|
Melihat pada tajuk tulisan saya hari ini, dapat saya rasakan bahawa itu satu tajuk yang amat besar penjelasannya. Terus terang saya katakan, saya mengkagumi dunia perubatan Islam, kekaguman itu akhirnya mendorong saya membawa diri saya terus ke dalam dunia tersebut secara formal. Hakikatnya saya mengkagumi ilmu Allah. Belajar sedikit demi sedikit, bak kata pepatah sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit. Saya tak pernah mahu mendedahkan apa yang saya sedang lakukan, adalah lebih baik hanya Allah sahaja yang tahu tapi ada beberapa perkara yang berlaku sepanjang penglibatan saya dalam dunia ini menyebabkan saya terdorong untuk menulis cerita ini. Apabila kita membawa diri kita ke dalam dunia perubatan islam perkara paling utama, paling penting ialah niat. Tiap-tiap suatu perbuatan itu bermula dengan niat. Apakah niat kita menuntut sesuatu ilmu, untuk menunjuk-menunjuk hebatkah, untuk membangga dirikah, untuk berbakti kepada keluarga dan masyarakat kerana Allah kah atau untuk apa? tanyalah diri masing-masing. Kalau setakat untuk membangga diri dan menunjuk-nunjuk hebat maka sia-sialah. Bila saya bercampur gaul dengan sebilangan kecil insan dari dalam dunia perubatan Islam ini...alhamdulillah ramai juga yang berilmu tinggi. Ada yang ilmunya memang tinggi tetapi pemurah pula untuk berkongsi ilmu, ada yang berilmu tinggi dan sentiasa pula merendahkan diri. Alhamdulillah....ilmu Allah amat luas, sampai bila-bilapun kita tetap mentah dalam menuntut ilmu. Yang mengecewakan ialah persaingan yang kurang sihat dan sifat ketaksuban pada sesatu pusat rawatan Islam menyebabkan ada di antara pengamal perubatan Islam yang saling kutuk mengutuk antara pusat rawatan mereka, kutuk mengutuk antara mereka, menaburkan cerita-cerita yang tidak patut, malah ada juga sampai satu tahap pengamal perubatan berbangga dengan ilmu yang ada di dada mereka, kemudian memperlekehkan tahap ilmu orang lain, memperlekehkan kaedah yang digunakan oleh pengamal perubatan yang lain, menabur fitnah dan sebagainya . Seolah-olah merasakan diri mereka saja yang hebat. Yang lebih mengecewakan manusia yang begini hanyalah berstatus anak murid sahaja. Inilah yang dikatakan tok gurunya tak apa-apa, anak-anak murid yang lebih-lebih. Kadang-kadang rasa tawar hati.............., tapi saya menguatkan semangat dan berpegang teguh pada didikan yang diberikan oleh orang tua saya. Saya tidak dilahirkan untuk menjadi penipu, hipokrit dan saya tidak dilahirkan untuk menjadi penyebar fitnah. Saya akan sentiasa menyiasat dan menyelidik setiap suatu perkara yang disampaikan kepada saya, serta bertanya pada orang yang boleh dipercayai untuk mendapatkan suatu berita/ilmu yang benar dan menolak segala kebatilan. Semoga Allah berikan kekuatan kepada saya dalam berhadapan dengan manusia yang kita tidak tahu hati di dalamnya. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Saya juga berpegang pada nasihat Imam Syafie, "duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkan daripada bersahabat dengan kawan yang mesti aku waspadai" & "sesiapa menghormati orang lain tentulah ia akan dihormati kerananya. Begitu juga, sesiapa menghina orang lain, sudah tentu ia akan tersisih". wallah hu a'lam Apa yang sangat penting sebelum menjadi pengamal perubatan Islam ialah bersihkan hati, betulkan niat, ikhlaskan diri semata-mata kerana Allah. Ini bukan platform untuk bertarung memperlihatkan kehebatan ilmu sendiri tapi inilah lantai untuk kita hidup berkongsi ilmu, bersama bersatu untuk membantu diri sendiri, keluarga dan masyarakat kerana Allah. Apa yang sepatutnya pengamal perubatan Islam lakukan iaitu menjaga nama baik perubatan Islam dan bukannya merosakkan nama baik perubatan Islam dengan akhlak pengamal perubatan Islam yang kurang baik. Sesekali kena mendengar teguran dan kritikan orang lain dengan berlapang dada, belajar mengaku kesilapan dan buangkan sifat ego dan letakkanlah kejujuran di dalam diri dan jangan cepat merasa diri sendiri hebat. Allah SWT telah berfirman, yang ertinya: "Belajarlah menangis mengenangkan dosa yang telah banyak kita lakukan, bukan ketawa gembira dengan menambah dosa yang sedia ada" |
| razman ahamd October 7, 2009 07:27 AM PDT saya di tapah, ada musibah diri sejak 4 bulan lalu, dah banyak dapatkan rawatan tapi masih belum dapat baik sepenuhnya. kalau dapat cikgu membantu,isteri saya di sk jalan bidor, harap dapat membantu. terima kasih | ||
| cikguizza October 27, 2009 06:52 PM PDT salam, saya dah tidak tinggal di bidor..maafkan saya.cuba cari perawat terdekat...saya doakan semoga mendapat kesembuhan dengan izin Allah | ||
| Leave a Comment: |