Entry: Kembali Menulis Tuesday, July 21, 2009



Seperti biasa saya beralasan lagi ehehhee....saya sibuk bangat kebelakangan ini. Saya dah tamatkan perkhidmatan streamyx yang saya telah langgani bertahun-tahun kerana 1. lembab 2. asyik tak boleh online dalam tempoh yang lama 3. tak ada diskaun sekalipun line sangat tak elok keadaannya 4. tak pernah ada sesiapa daripada streamyx yang meminta maaf line tak elok, sekali pun bila saya ceritakan masalah ni di kedai TMpoint 5. saya dah bosan, saya dah bosan, saya dah bosannnnn.

Saya melanggan broadband celcom sekarang ni sekalipun line 3G tak ada di kawasan saya, guna gprs tapi sesekali waktu malam laju gak linenya...itu lebih baik daripada guna streamyx yang asik asik disconnect...baru online 1 minit disconnect lagi...hampeh..walau bagaimanapun saya tetap berterima kasih pada streamyx kerana saya telah menggunakan perkhidmatannya bertahun-tahun dengan penuh sabor (kata orang muo) ehehhehe. Broadband celcom ni pun tak ok gak...tapi saya cuba guna dulu...nanti saya masukkan balik streamyx ehehhe ada sebab arr saya wat cara macam ni.....broadband ni pun slow, tentunya masalah macam ni membosankan orang yang suka menulis blog seperti saya. Ermmmmmmmmm

Cerita saya kali ini bermula dengan kisah saya berkursus di Johor Bahru bulan Mei hari tu. Saya berkursus dari hari Isnin hingga hari Khamis,ke lokasi kursus iaitu Hotel Seri Malaysia JB...adik gemuk dan kawan baik dia hantar saya, seorang cikgu SMK Raja Muda tumpang kereta adik saya juga. Bila tiba di lokasi, (kami tiba agak awal juga) saya terus ke lobi hotel, nak mendaftar ni..sampai je depan pintu hotel ..tiba-tiba seorang lelaki berbaju kot membukakan pintu untuk saya...ermm terima kasih..terima kasih ehehehe... saya senyum...kami berbalas senyum... masa beratur nak mendaftar tu..saya perhatikan orang sekeliling...ermmm rupanya hanya saya dan kawan saya saja yang memakai name tag, cikgu lain tak pakai pun ehhehe. Saya perhatikan encik berbaju kot tadi..dia tak bukakan pintu untuk orang lain, dia bukakan pintu untuk saya je ehehhehehe dia kakitangan pusat sumber negeri Johor rasanya...saya pun dok fikir-fikir..naper orang tu bukakan pintu untuk saya, ermm rezekilah tu nak dapat layanan baik sikit kot ehehhe..

Suatu pagi tu ketika saya dan rakan sebilik saya menuju ke dewan makan, nak sarapan ni...sekali tengok semua kerusi meja penuh dek orang...mana nak duduk ni...agaknya lapor benor guru-guru ni pepagi ehehhee..awal pagi mereka dah pergi makan. Jadi saya dan rakan sebilik saya duduk di kerusi bahagian depan dewan makan bersama seorang lelaki dan perempuan yang tidak saya kenali...cuma yang saya pasti itu bukan guru yang berkursus bersama saya. Saya tengok lelaki itu memakai baju ala pakistani, ala baju tabligh tu, dalam hati ermm ada gak orang tabligh dok lepak sini...biasakan mereka lepak kat masjid...kawan sebilik saya tanya.."boleh duduk sini?" Orang tu cakap" duduk ...duduk banyak kerusi kosong ni". Saya dan kawan saya terus ar duduk dan makan-makan nyum yam nyum nyam gitu..ehehe. Sekali orang berpakaian tabligh tu bertanya, saya dan kawan saya ni dari mana, sekolah mana dll....dia banyak melayan kawan saya arr...sebab kawan saya terlalu peramahnya ehehhehe saya kan pendiam..lebih-lebih lagi kalau saya tak kenal orang tu...saya banyak diam cuma nyampuk sesekali..senyum sesekali...ala-ala puan sri gitu ehhehe...nak kata saya sombong, tak berapa...nak kata saya tak sombong macam ada sikit-sikit sombong arr...wakkakaka sekali pagi tu waktu tengah makan tu ..encik 'tabligh' tu bagi tazkirah percuma tentang kehidupan...tentang amal ibadah, tentang macam-macam...part ni saya mula berminat...ini line saya ehehhee.. dari gaya puan sri saya bertukar sedikit ramah arr...sekali tu saya terdengar dia cakap prof... prof...erkkk  saya sedikit terpaku...siapa pulak makhluk Allah depan saya ni sebenarnya...sekalitu datang arr seorang kakitangan perpustakaan Uitm Johor ke shah alam ke tak tahu ler saya ..lupa dah...dia duduk sebelah saya..dia bilang prof ni ada menulis buku....huk alah..lagi saya musykil...kawan saya pun sibuk tanya...boleh saya tahu, saya bercakap dengan siapa ni? ahhahaha....bagus-bagus..kawan saya dah bertanya... encik 'Tabligh' tadi tu pun kata arr.. awak sebenarnya bercakap dengan celebrity....sambil encik tabligh tadi senym simpul..ermmm sekalitu kakitangan perpustakaan tu bagitahu, depan saya tu yang encik 'tabligh' tu kan pengarah UiTM Johor ....lorr hai wakkakaka ingat ke encik Tabligh mana tadi ehehhee adoi lah . Meja makan yang saya duduki semakin ramai ..semua kakitangan Uitm, Puan Maznah A. Hamid (Timbalan Ketua Pustakawan PerpustakaanTun Dr. Ismail UiTM Johor), Puan Faridah Talib (Timb. Ketua Pustakawan Kanan PTAR UiTM Shah Alam), Tuan Haji Haron Wee Ah Boo (Ketua Pustakawan PTAR Shah Alam) seorang lagi saya tak ingat siapa. Tuan Haji Haron tu baik , peramah...cakap ada slang kelate ...

          

 

             Ni dalam dewan kursus Hotel Seri Malaysia Johor Bahru.

Ketika dalam dewan, semasa Prof. Mohd Kamil berucap, beliau telah berkata, tadi ada dua orang guru yang makan bersama dia sempat arr dapat kuliah percuma agak lama juga. Kemudian sebelum ucapan beliau berakhir, beliau telah meminta dua orang guru yang makan bersama beliau tadi, iaitu saya dan seorang kawan saya supaya berjumpa dengan beliau untuk diberikan cenderamata. Kami berdua pun bangun arr....prof datang kat meja kami...dan berikan cenderamata berupa cd ceramah beliau...siap ditandatanganinya.

             

      Saya dah tengok dan dengar ceramah beliau...bagus untuk diambil pengajaran oleh semua.

          

  Prof. Tn. Hj. Muhd. Kamil b. Ibrahim ketika sedang berucap. Beliau seorang yang peramah dan mudah berkongsi ilmu...terima kasih daun keladi.

Hari Rabu petang adik gemuk datang, dia tidur kat hotel tempat saya berkursus, memandangkan bilik hotel banyak habis, yang ada cuma bilik untuk family, jadi saya bayar jer arr...adik gemuk komplen , angah asik tinggalkan dia jer ehhehehe. Tu yang saya suruh dia tidur jer kat hotel, bawalah kawan dia seorang.  Dulu adik bongsu saya komplen, dia bilang, "angah ni asik je pergi sekolah" . Macam tulah kerja seorang guru, lain sekolah lain caranya, sekolah besar lain gayanya, sekolah kecil lain gayanya, guru ramai lain cara tadbirnya, guru sedikit lain pula cara tadbirnya....bagi guru, malam hari kerja, siang pun  hari kerja...cuma yang penting dalam hidup kita...kerja biar ikhlas, bukan untuk menunjuk-nunjuk, bukan untuk diwar-warkan, bukan untuk meminta-minta anugerah cemerlang,  sumbangan bakti kita....biar hanya Khalik yang Maha Esa saja yang tahu....itu lebih bermakna. Kalau dah kerja-kerja tiba-tiba je orang nak bagi cemerlang...itulah rezeki yang Allah beri...belajarlah bersyukur.

         

Cukup 4 hari 3 malam berkampung di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru, hari ni saya akan berangkat pulang bersama-sama adik gemuk, kawan dia dan seorang cikgu SMK Raja Muda yang tumpang kereta adik saya.

Rasa rindu yang membuak-buak pada kampung halaman ..cheeeewaaaahhh padahal bukannya jauh sangat pun. Tapi saya ni memang cepat rindu kalau tinggalkan rumah. Bagi saya rumah abah adalah 'syurga' saya. Di situlah suka dan duka hidup saya terhimpun dan tersimpul rapi.

Sampai jer rumah, angkat barang-barang semua. Hidupkan enjin kereta kembara saya....ermmmm rindunya dengan kereta lumba saya yang comel ni ehehehhe. Lepas enjin dah panas-panas suam....saya pun apa lagi...ZZzzzZzooooooMMmmm ZZzoooMMmm dengan kelajuan 5 kuasa kuda padi eehheheh kereta saya meluncur laju menuju kedai buku Popular di bandar Muar. Saya beli buku Travelog Haji , mengubah sempadan iman, dan sebuah lagi Tarvelog Dakwah, Meniti Hari Esok..kedua-duanya ditulis oleh Prof. Tn. Hj. Muhd. Kamil bin Ibrahim.

Sekian.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments