selamat datang <BODY><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center> <BODY>

Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah reban beralih gelanggang, tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh











cikguizza


SELAMAT DATANG

Sabda Rasulullah s.a.w : Perkara yang mula-mula dihisab bagi seorg hamba Allah itu dihari kiamat ialah sembahyang (solat)".
Riwayat Tarmizi

Sabda Rasulullah s.a.w : “Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.” (riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Nasa’i)

Biodata :

Nama : cikguizza

Tarikh Lahir : 25 Februari 1972

Alamat : Parit Jawa, Muar, Johor.

Pekerjaan : Guru (sekolah menengah)

Opsyen : Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu


Sejarah Pendidikan :

SK Simpang (4) Pt. Jamil (1978)
SK. Parit Jawa, Muar (1979-84)
SMKA Maahad, Muar (1985-89)
Institut Maharani, Muar (1990)
SMK Tengku Mahkota, Muar (1991-92)
Univ. Pendidikan Sultan Idris (1998-2001)


Pengalaman Mengajar:

Tadika ABIM (1992-93)
Sek. Agama Arab At-Tanwiriah (men dan ren) (1993-98)
Sek. Agama, Parit Jawa(KAFA)- petang(1993-1997)
SMK Jementah, Segamat, Johor(2001)

Praktikum :
SMK Ulu Kinta, Perak (2000)
SMK Syeikh Abd. Ghani, Bidor, Perak (2001)


"Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua urusan"
Riwayat Bukhari






standards
standards
Nasyid




Game Giveaway of the Day


Go to ImageShack® to Create your own Slideshow



Personal



cikguizza@gmail.com



WAKTU SOLAT DAERAH MUAR




TINGGALKAN PESANAN


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30











Aliran Pemikiran Pendidik


copy url
CIKGUIZZA JURNALS


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Free Web Counter





















My blog is worth $11,855.34.
How much is your blog worth?




Page copy protected against web site content infringement by Copyscape



rss feed



Saturday, May 02, 2009
Kejadian Semalam

Pagi semalam (Khamis) jam 6.30 pagi waktu saya sedang bersiap untuk ke sekolah, saya dapat panggilan daripada rakan sejawat saya cikgu Hanim, nama dia Roziah tapi saya tak biasa dengan panggilan tu..Hanim ni panggilan orang kampung untuk dia. Saya tinggal sepekan dengan Hanim cuma lain kampung je. Waktu Hanim telefon saya ...saya dapat rasakan sesuatu telah berlaku...tapi saya tak suka meneka...saya tanya Hanim..." Naper Nim..".. "Rumaizah awak tengah buat apa?", dia tanya saya. Saya bilang,"saya tengah bersiap nak ke sekolah...tengah iron baju", ..." Rumaizah, ayah saya meninggal", ....."Innalillah..........., pukul berapa?", saya bertanya. "Pukul 3 pagi tadi". "Iyerlah, nanti saya bagitahu kawan-kawan".

Ada sedikit rasa terkilan dalam hati saya...tapi saya terima qada' dan qadar Allah. Teringat saya waktu Hanim berbual dengan saya..dia minta pada saya ayat untuk mengecilkan ketumbuhan dan untuk kanser. Saya terus hulur buku rawatan milik saya. Biar dia guna. Saya minta dia belikan biji aprikot untuk rawatan kanser...mahal biji tu...750gram dalam RM100 lebih...vitamin B17...sangat baik untuk rawatan kanser, insya'Allah. Hanim kata dia akan berbincang dengan keluarga dia... alhamdulillah. Saya selalu bertanya tentang keadaan ayah dia...saya pernah berada dalam situasi ini..hanya Allah yang tahu. Saya tak nak cakap lagi tentang apa yang saya lalui dulu....cukuplah...30 tahun akan datang pun kalau saya bercerita tentang abah saya...saya akan menangis...hanya Allah yang tahu...hanya Allah yang faham segala isi hati saya...apa yang saya alami dan apa yang saya lalui....Allah je yang tahu betapa saya sayangkan bapa saya...begitu juga mak saya.

Saya pernah cakap pada Hanim...setelah saya tengok apa yang abah dan mak saya lalui..saya rasa ..saya nak selamatkan semua orang....ermm tapi Allah lebih berkuasa.. insan seperti kita, hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Sampai sekolah saya khabarkan berita bapa Hanim meninggal dunia pada semua rakan sekerja yang saya dapat jumpa pada pagi itu...Kak Norsiah terus cakap pada saya..nak ikut saya ke rumah cikgu Hanim masa ke empat..sebetulnya saya nak pergi awal..lepas waktu pertama..saya tak ada kelas waktu kedua tu....abis tu dah kak Norsiah nak pergi sama...tapi kena ikut waktu dia...dalam hati saya kesian kat kawan saya Rafiza...dia nak pergi sama saya...naik kereta saya tapi waktu kedua....jadi serba salah arr....saya terdiam...tak tahu nak kata apa...saya maklumkan pada cikgu Rosli, GPK sekolah ..yang saya nak pergi melawat masa ke empat nanti..cikgu Rosli benarkan. Cikgu Rafiza merajuk....saya kata,"abis macam mana Fiza...kak Norsiah nak pergi waktu ke empat, saya serba salah". Fiza kata tinggalkan dia tu..biar dia pergi sendiri.... dalam kalut-kalut gitu...saya tergelak...Saya kenal sangat cikgu Rafiza...dia kawan saya sejak dalam kampus lagi... tu lah satu-satunya kawan yang saya cukup senang karektor dia....bukan pendengus, bukan seorang panas baran...bukan seorang yang suka menyakiti hati kawan-kawan lain...selalu beralah....tak pernah saya jumpa kawan yang begini... cuma saya tak berapa gemar kongsi rahsia dengan cikgu Rafiza...atas sebab-sebab tertentu ehehheheheehhe.

Kalau kat sekolah cikgu-cikgu muda biasanya akan kata kakak tiri, kakak angkat, abang tiri pada mana-mana cikgu yang tidak berapa digemari atas sebab sikap mereka yang garang, kasar, suka marah-marah atau jenis yang suka memerintah. Nanti semua kata bukan kakak tiri saya, bukan abang tiri saya..semua tak nak...tak suka ehhehehee.

Kalau di sekolah..saya dah dapat analisa mana kawan yang boleh simpan rahsia..dan mana yang tak boleh langsung simpan rahsia..saya punya cara...siapa yang saya ceritakan dia satu rahsia..dia bocorkan..saya tak akan percayakan dia lagi buat selama-lamanya.

Masa keempat (ikut jadual), saya ke rumah cikgu Hanim dengan Kak Norsiah. Bila Hanim nampak kami sampai, dia salam peluk-peluk..dia nangis. Tapi kali ni Hanim nampak lebih tenang berbanding masa mak dia meninggal tahun lepas. Saya tahu dia sudah bersedia...dia pernah cakap kat saya...dia lebih bersedia berbanding masa mak dia meninggal tahun lepas. Baca yassin dulu, lepas tu layan kak Norsiah jap...baca yassin akhir sebelum balik...tiba-tiba h/phone saya berbunyi lak....terpaksa jawab dan ulang baca yassin dari awal...tak sedap dah terganggu... Kak Norsiah tengok saya baca yassin lambat..jadi dia balik dulu..tumpang kak Zu..saya habiskan baca yassin. Saya ada kelas masa ke 5 pukul 10.30 pagi.. kak Norsiah pun ada kelas...tu yang bila dia tengok saya lambat habiskan baca yassin...dia balik dulu ke sekolah. Masa nak balik ..saya salam Hanim...Hanim bilang,"dah nak balik ke?"..saya kata,"ha'ah..ada kelas lepas ni...nak ikutkan nak berlama sikit tapi tak dapat lak". Hanim senyum. Saya faham, dalam keadaan begini ..kehadiran kawan-kawan akan memberikan kekuatan pada kita.

Saya salam mak cik-mak cik yang duduk berhampiran saya..semua tanya,"dah nak balik ke?"..saya kata arr ..saya ada kelas. Tu arr saya kalau pergi melawat orang meninggal dunia..saya tak suka nak balik sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan..rasa macam tak elok kalau balik dulu...tapi apakan daya..saya ada tanggung jawab. Saya keluar dari rumah Hanim, jam sudahpun menunjukkan pukul 10.24 pagi...saya terus memecut dan tersangkut di lampu isyarat....saya dah bajet mesti sampai jam 10.30 pagi. Bila lampu bertukar hijau jam menunjukkan pukul 10.26 pagi...kereta saya memecut selajunya.....zZzoooooMmmMMm ZZzZooOOooMMmm dan sampai sekolah tepat jam 10.30 pagi..alhamdulillah sampai juga. Berapa laju saya memandu...RAHSIA ehehhehee. Jarak pekan dengan sekolah 7 km...cuba kira . Catatan terbaik yang saya pernah buat 3 minit tolak lampu isyarat.

Masa sampai sekolah saya nampak Kak Zu sedang berjalan menuju tangga blok A...saya terus ke blok B..masuk kelas 1C.. saya relief kelas ni..cikgunya cuti. Masa masuk kelas saya nampak dua orang budak bergaduh...saya panggil dengan suara yang agak kuat sikit..mereka terperanjat...Saya tanya,"awak apasal?"...dia cikgu..dia ni cikgu.....hah dia ..dia dia.... saya angkat tangan cepuk dua-dua..satu kelas diam....senang je.... lepas tu...senang nak kawal kelas...semua buat kerja...ada yang bual-bual perlahan....sekalitu seorang budak mengadu kat saya...."cikgu budak kat belakang tu dia main terup". "Terup", saya kata. Saya bangun...semua budak kelihatan memerhatikan saya....nak tengok arr tu apa tindakan saya seterusnya....

Murid perempuan, dua orang main terup UNO...saya tanya kerja dah siapkan ke....saya kata," bagi cikgu terup awak".....dia serahkan pada saya..."kenapa bawa ke sekolah?", Dua-dua murid perempuan tu diam. Saya ambil terup mereka. Saya serahkan pada pengawas di luar waktu kelas.....tapi saya cakap kat pengawas....pulangkan pada budak tu....tapi pesan pada pengawas, cakap jangan bawa lagi. Main di rumah je. Pengawas tu kata nak pulangkan pada kakak murid tu...ok je. Ala budak-budak ...masa dia rasa bosan kat sekolah tu...tu yang mereka terfikir nak bawa benda macam-macam ..nak lepaskan rasa bosan. Cikgu pun sama gak.....bawa makanan lah..bawa asam jeruklah...bawa majalah lah...bawa katalog lah....bawa diri lah ehehheheehe. Perkara macam ni selagi tak jatuh haram dan berdosa..kita wajar bertolak ansur....

Balik sekolah, saya  singgah mini market Bestfull, beli jus tomato, tomato puri dan susu cair. Tadi adik gemuk call...dia kata orang yang nak tempah masak tu dah confirmkan jadi. Tu yang saya kena beli barang-barang untuk masak. Singgah pasar sekali sebab esok pasar tutup..1 dan 15 hari bulan setiap bulan pasar ditutup untuk dicuci tapi tak bersih-bersih pun pasar tu. ehehe . kat pasar saya beli nanas 2 biji dan daun sup.

Balik, singgah gerai pisang goreng..beli RM2.00 ... Sampai rumah, makan pisang goreng je untuk tengah hari ni....selesai apa yang patut saya buat..saya terus ke bandar Muar..kena beli lagi barang-barang . Ada tempahan memasak..tah tokey mana tah...adik gemuk kata nama dia Sam....orang agama Buddha...dia nak buat majlis meraikan kejayaan projek ratusan ribu yang dia dapat...Tah ..saya tak tanya sangat...Adik gemuk saya uruskan ...saya tukang masak je.

Dalam perjalanan ke bandar Muar..ada sekatan jalan raya...polis buat sekatan tu...saya jalan je tapi slow arr kereta ...saya tengok polis-polis tu wat tak peduli je masa saya nak lalu..bila dah nak lepas papan "Berhenti Pemeriksaan polis", tiba-tiba saya diarah memberhentikan kereta. Ada seorang polis berbadan gemuk..bermuka tak ada rezeki....menahan kereta saya dan menunjuk-nunjuk tulisan Berhenti Pemeriksaan Polis ke arah saya sambil berkata..."Reti baca tak ni?" beri salam pun tidak....ayat kasar....saya tak suka gaya polis tu...

Saya diam..saya anggukkan kepala....saya rasa polis tu tak beradab sopan...(sebenarnya saya nak kata polis tu kurang ajar. ermm dia memperbodohkan saya) menyindir saya tu....ingat saya budak-budak ke...kalau pak haji yang pakai serban...agak-agak polis tu cakap tak macam tu.....polis pun satu hal... kalau nak tahan kereta orang....dari awal lagi dah perhatikan kereta orang yang nak lalu....bosan...seorang anggota polis yang muda..berbaju celoreng ..memerhatikan saya..dia senyum. Lepas tu polis gemuk tu bebel-bebelkan saya....dia kata lain kali berhenti ..jangan laju je....apa yang laju nyer.....tak kan le saya bawak kereta laju dekat tempat pemeriksaan polis. Cuma saya tengok polis buat derk...saya jalan terus arr bila orang nak jalan....tahan pulak kereta orang. Bosan....

Saya terus ke econsave....tapi jalan jem teruk...rupanya ada sekatan jalan raya lagi...bila kereta saya sampai kat tempat pemeriksaan polis..ada papan tertulis Berhenti Pemeriksaan Polis.. saya nampak polis trafik angkat tangan dari jauh..mengarahkan kereta supaya jalan terus....saya pun terus arr jalan....ha macam tu arr....

Siap beli belah ..saya terus balik ke rumah tapi terpaksa lalu depan sekatan jalan yang ada polis gemuk tadi.....dah dekat nak sampai..saya tengok polis gemuk tu tak ada...yang ada kat tengah jalan seorang polis trafik....bila kereta saya lalu....dia tak mengarahkan berhenti dan tak mengarahkan supaya jalan terus....saya terasa macam orang bodoh jer.....saya perlahankan kereta....mata polis trafik tu memerhatikan dalam kereta saya tapi tak suruh berhenti dan tak suruh jalan terus....EeeeeeIIiiiiiiiiiiiiiiiii ..cakap le nak berhenti ke tak nih....kena terus ke tak nih.....karang tak berhenti kata saya tak reti baca ayat "BERHENTI PEMERIKSAAN POLIS"... bosan gila. Maaflah cakap...saya semacam kurang hormat pada anggota pasukan keselamatan ni....banyak kali dah saya kena ...diorang berkasar dengan saya....dulu masa saya dan adik bongsu buat report kat balai polis....komain lagi seorang anggota polis tu bercakap...macam-macam,kasar..dan menyinggungkan..sindir-sindir....bila tahu saya guru ..baru dia senyap dan tanya dalam keadaan yang lebih formal...agaknya kalau bercakap dengan tukang kebun macam mana arr diorang buli gaknya. Bila dah sudah buat report...saya baca salinan report tu...ejaan banyak salah...banyak guna ejaan lama tahun 50 an kot...yang jenis perpustakaan kata kutubkhanah tu....beg jadi bek.... macam-macam.... tapi yang tulis report ni polis baik...yang tukang tanya tu je yang lebih-lebih..orang Kelantan berdasarkan slang dia bercakap. Saya paling tak suka pergi balai polis... malas nak jumpa polis-polis ni..gaya je lebih....(bukan semua tapi yang pernah saya jumpa macam tu arr sikapnya - mengecewakan)... mereka ni agaknya suka buat sesuatu yang akhirnya menjatuhkan maruah mereka sendiri....masa kat balai tu..seorang anggota polis wanita tu baik dan sopan santun...jemput saya dan adik masuk balai dengan lembut je suaranya. Moto polis kan TEGAS, ADIL dan BERHEMAH......ermmm keruk kepala juga lah baca moto ni...dulunya moto apa ek..bersih, cekap dan amanah kot...terpampang jelas kat mana-mana balai polis......jangan moto tinggal moto jer....rakyat ni bergantung harap pada polis dalam menjaga keselamatan rakyat dan negara.. kalau sikap polis mengecewakan ...susah arr..nanti jadi harapkan pagar, pagar makan padi...

Saya masih ingat ..waktu saya dan kawan-kawan balik dari Melaka tempoh hari....kan kenderaan kami kena tahan.. masa tu dengan JPJ....sekali pegawai JPJ tu kata....saja je.....ermmm saya malas nak komen....saya rasa lebih baik..mereka hati-hati dengan tindakan mereka...jangan sampai masyarakat hilang rasa hormat dan keyakinan pada anggota berpakaian seragam begini. Saya bukan jenis orang yang suka pada  orang  yang bermain-main  pada waktu yang tidak kena masanya...... saya juga tidak suka pada orang tua tapi tak tahu adab dan cara untuk berkata-kata..... mereka patut jadi insan yang boleh diteladani oleh orang yang lebih muda...

Jangan memperbodohkan orang lain dengan berkata...reti baca ke tidak....satu sindiran yang membangkitkan gejolak kemarahan ...memerahkan lagi bara yang baru hendak menyalakan api.....kalau saya salah cakap saja, tunjukkan apa yang betul dengan berhemah dan tinggi budi bahasa...

Malam tadi saya tak dapat tidur nyenyak sebab ...kerja-kerja mengupas bawang dan lain-lain mesti dilakukan malam tadi....malam ni saya tak makan nasi....semacam terlupa je nak makan ehehhee......kecewa betul arr saya hari ni..

Posted at 02:03 pm by cikguizza
Comment (1)  

Monday, April 27, 2009
Makan-makan

Selepas Majlis Maulidur Rasul sekolah...tergerak hati nak masak nasi beriani. kat rumah..adik gemuk suka tapi tak boleh makan banyak-banyak rempahnya, dia punya perut sensitif. Jadi suatu hari, tak ingat hari apa...saya bangun awal pagi..masak-masak nasi beriani, daging beriani, ayam kari dan pencuk (acar timun/jelatah) untuk buat makan di rumah..memandangkan saya masak banyak..jadi saya bawa ke sekolah. Lambat saya ke sekolah pagi tu ehehehhehe

            

Ha tu arr nasi dan lauk pauknya...tengok kawan saya senyum...baju pink tu cik Yanti..tengah senduk nasi tu....gembira arr tu ehehhee. Yang sebelah tu cik Fairuz...macam tengah seng seng lengan baju je tu ehehhehe

            

Cik Nabiha tengah mengambil lauk...nak sarapan arr tu...tak banyak arr saya bawa...jadi siapa yang ada je yang dapat rasa....

            

Nasi beriani semangkuk, lauk-lauk dalam mangkuk tingkat..air je cari sendiri ehehhe

            

Ustaz pun makan sekali...masa tu ustaz kata dah kenyang, dia dah makan kat  kantin sebenarnya...tapi lepas tu ustaz makan sekali dengan cikgu-cikgu lain..ustaz kata kalau nak buat lagi bagi tahu..dia nak kongsi duit. Kalau ye pun tak ada sudu garpu tak yah ler sampai nak guna dua jari tu ehehhehee...makan-makan jangan memalu...

Oklah ngantuk dah pukul 3.39 pagi....ingat tadi nak menulis awal ..tapi streamyx ni asik jer putus linenya.....aduh laahhhh streamyx-streamyx....

Posted at 02:19 am by cikguizza
Comments (2)  

Maulidurrasul Sekolah Saya

Adik bungsu saya hantar pesanan ringkas (sms ler tu) katanya dia nak balik kampung, dia bawa LA dia perempuan, ada projek kat Batu Pahat, kena pergi Majlis Daerah Batu Pahat...ermmm saya pun bilang pada adik saya.....LA Perempuan???? heh bahaya tu..nanti fitnah orang kata anje balik bawa 'perempuan'.  Adik saya kata,"abis dia tak nak duduk hotel..dia kata duit claim hotel yang dulu pun tak dapat lagi, lagipun tak kan Ali nak pergi Batu Pahat nanti, pagi-pagi nak kena ambil dia dekat hotel lak..susah".

Jadi Rabu malam, adik saya sampai dengan LA dia...ermm budak lagi LA tu..adik kata umur dia sebaya adik gemuk..adik saya yang nombor enam. Jadi malam tu saya dah siap masak.. tak de masak apa sangat..lagi pun dua orang je..

            

         Sayur campur je

            

            Asam pedas dan telur dadar....tak ada gambar telur dadar ek eheheh

Hari Khamis malam Jumaat pun masak untuk makan malam je..sebab siang-siang adik dengan LA dia makan kat tempat mereka bekerja.

            

            Sayur kacang panjang goreng bertelur..

            

            Siakap masam manis

            

             Kari ayam...cukup ler tu..

Hari Jumaat selepas waktu Jumaat, tak ingat pukul berapa..lebih kurang pukul 3 arr...adik dan LA dia nak balik seremban semula...saya bagi ar sikit barang berupa kuih, kismis, keroma, buah tin dan lain-lain sebagai tanda terima kasih menginap di rumah saya.

Petang ni kat sekolah ada rewang...esok nak ada maulidur rasul...lepas adik saya dah balik baru lah saya bergegas ke sekolah...tetamu ada kat rumah tak kan kita nak tinggal je ..tak baik arr kan.. bila saya sampai sekolah...riuh arr cikgu-cikgu ..diorang kata kerja dah siap..saya lewat..jadi saya kena kemas semua. Ermm kemas ek...sorry ehehhehee saya tak terlibat menyepahkan barang..siapa sepahkan barang mereka ler yang kena kemas...saya sampai diorang tengah sedap-sedap mengunyah makanan..kalau tak silap sup ayam dengan roti.

Tengah duduk-duduk berbual..kawan-kawan ajak balik..ada yang ajak pergi Tanjong Emas..ada ekspo sempena hari keputeraan Sultan Johor. Baru masing-masing nak berangkat pulang tiba-tiba ada pulak kerja...kena potong daging arr.. ermm leceh sikit bab potong daging ni...bau hamis tangan nanti.

            

Potong jangan tak potong....nampak tak saya ..tu yang tinggi tu ehhehee

            

Bersungguh-sungguh nampaknya ehhehe...gaya macam pembunuh upahan wakkakak...

            

Ni rewang ke, sesi tayang muka je nih...aiseyy.. potong ler apa lagi....kok kek kok kek kok kek..borak arr tu...pompuan kan...ehehhe marah diorang kalau baca tulisan saya ni ehhehehe...

         

Keesokan harinya...ermm maulidurrasul ni merupakan hari yang amat saya tunggu...meriah arr ..macam hari raya jer...saya suka tengok budak-budak gembira...tapi cikgu sekolah saya ada yang jenis suka marah-marah..sikit-sikit jerkah budak-budak...kadang pagi-pagi lagi dah kena marah ...dengar suara cikgu jer jerit-jerit pekik....saya rasa kurang seronok...mak kata kata pagi-pagi dah marah-marah hari tak berkat....tak ada rahmat...Wallah hu alam... kan orang yang paling gagah dalam Islam ialah orang yang berjaya menahan marahnya. Tegas lain...marah lain...tegas ni suara perlahan pun boleh tegas..tak perlu menengking. erm malas komen bab ni...marah ni mencemarkan hari-hari bahagia.

         

  Budak-budak mula nak berarak sambil berselawat tapi budak-budak sekolah saya ni...tak semangat nak berselawat...tak bergema selawatnya...tak ada rasa hingga menusuk kalbu selawatnya....ada yang baca ..ada yang tak baca...ermmm

                

Nasyid kumpulan perempuan..ermm saya rasa kalau perempuan nak bernasyid dalam majlis yang semuanya perempuan tak apa...tapi kalau majlis bercampur lelaki perempuan bukan mahram..perempuan tak payahlah bernasyid...suara tu aurat. Kenapa Allah buat begitu..Allah lebih tahu....sebab Allah maha bijaksana...kita tidak perlu pertikaikan dan tidak perlu membantah. Allah lebih tahu perkara yang terdahulu dan perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Saya bukan anti sosial tapi biar kena pada caranya. Esok dah mati kita juga yang kena soal dengan malaikat...boleh jawab ke? Soal agama bukan perkara caca marba..ermm takut pulak nanti ada yang kata," hah, Rumaizah ..kalau awak bijak benor...awak arr handle majlis ehehehhehe".

         

         Sesi orang dapur...bungkus makanan...naper tu cikgu? berpeluh ke? Baik-baik, masuk pulak peluh tu dalam nasi nanti ehehhehhe....

         

Ni saya kat belakang pentas...tengah dengar ceramah dengan cikgu Rafiza tu...kat luar tak ada kerusi lagi...kerusi yang saya duduk tu dah disimbahi cahaya mentari...panas arr..tu yang lari belakang pentas ..sejuk sikit. Adalah amat rugi pada mana-mana majlis yang ada ceramah agama tapi kita tak mendengar ceramahnya kerana terlalu menyibukkan diri dengan aktiviti lain. Ada juga yang jenis memang masa ceramah tak nampak batang hidung...tapi masa makan ada ehehhehee....belajar-belajarlah berubah...sama-samalah kita berubah...cukup dah ke aset untuk bekalan akhirat yang kekal abadi? Sama-samalah kita fikirkannya..

         

Tukang jaga periuk nasi ehehhehee.....cik Diba..

semoga tahun hadapan saya akan dapat menyambut maulidur rasul lagi ..insya'Allah.          

Posted at 01:44 am by cikguizza
Comment (1)  

Sunday, April 05, 2009
Yang Mencuit Hati

Sekolah saya dibom..pergaduhan yang membawa kepada peperangan antara rejim Batilan dan Hakkilan... banyak harta benda sekolah musnah.....habis semua perabut, bilik, tingkap pecah, patah, tanggal-tanggal..sungguh tidak selesa...terasa seperti berada di bumi Palestin..ehehhehe

         

Tingkap yang tanggal dek ledakan bom...kerusi meja yang tercampak keluar....

        

Bilik pejabat sekolah yang musnah, siling yang pecah-pecah, perabut yang rosak, wayar-wayar letrik bersimpang siur, tingkap yang terbang entah ke mana.

       

Papan dan kayu-kayu yang bertaburan di atas tanah..paku yang berceracak..sungguh berbahaya kepada pelajar yang kaki tangan sekolah...walau bagaimanapun sekolah tetap beroperasi seperti biasa...tidak ada tentera-tentera UNHCR yang datang membantu mengawal keadaan ehehehhe..kami semua terpaksa bekerja di bilik kebal bawah tanah ehehhee...

         

Keadaan bilik guru umpama dilanggar garuda..bersepah-sepah...banyak fail-fail penting yang tidak dapat diselamatkan..

       

 Barang-barang yang dapat diselamatkan, dan dipindahkan ke bilik guru A. Kipas dan lampu habis semua tercabut...kami terpaksa duduk dalam bilik guru dalam keadaan kepanasan. Sesekali kami turun ke bilik bawah tanah....Sudah dua minggu peperangan berlaku. Beginilah kesan perang, yang menang jadi arang, yang kalah menjadi abu. Rakyat menjadi mangsa keserakahan pemimpin ehhehehehehe ...

         

Hanya 4 orang guru yang berjaya menyelamatkan diri..saya telah menyelamatkan ustaz. Dalam keadaan begini ustaz sangat penting...sekiranya kerasukan berlaku di kalangan kami..maklumlah perang kan ..stress..jadi kerasukan boleh berlaku bila-bila masa saja...jadi khidmat ustaz boleh digunakan untuk membaca rukyah Syariah, azan atau sebagainya memandangkan dia tak akan period insya'Allah ehhehehehe.....

Sebenarnya sekolah saya sedang dalam pembaikpulihan ehehhe...tapi memang bersepah sangat...sangat tidak selesa dengan keadaan begini...setiap hari saya balik dalam keadaan letih mental dan fizikal, rohani dan jasmani. Tak ada semangat untuk mengajar dalam keadaan begini. Tak tahulah kenapa waktu-waktu begini sekolah dibaik pulih....kenapa tak tunggu cuti panjang. Pelajar terpaksa dipindah-pindahkan dari kelas ke dewan, dari dewan kembali ke kelas, dari kelas ke makmal...dan sebagainya.

(Sabtu)

ermm semalam waktu saya nak ke Batu Pahat, saya terserempak dengan  pelajar-pelajar saya yang sibuk nak mencari bahan untuk kerja kursus Sejarah tingkatan 3, bukannya dapat pun bahannya..saya kata dah dah...ikut saya je...saya hantar balik..hari selasa nanti baru cikgu pergi mesyuarat kerja kursus..lepas tu baru kita tahu apa yang kita nak buat. Jadi penuhlah kereta saya dengan anak-anak murid saya....seorang demi seorang saya hantar. Kira macam teksi arr kereta saya ehehhe....sampai depan rumah Izaty (anak murid saya juga tapi dah lepas spm, 2008 yang lepas) saya ambil dia ..kami ke Batu Pahat. Saya nak beli kurma, kismis, aprikot dan buah tin...sampai Batu Pahat..singgah kedai jual buku-buku agama, lepas tu baru pergi ke kedai jual kurma, tu pun selepas tanya-tanya kat orang baru le tahu kedainya kat mana ehehe.

Malangnya cuma ada buah kurma dan kismis jer...buah tin ada tapi buah tin dalam peket dan kotak-kotak kecil, jadi saya tak beli arr...saya nak buah tin yang bulat-bulat kering..buah aprikot lagi arr tak ada..payah nak jumpa buah aprikot kering. Kena tunggu orang balik umrah ke haji baru dapat makan...kadang-kadang ada arr juga jumpa buah aprikot kering kat pasar tani..tapi amat jarang arr.

Lepas tu terus pergi carrefour...dah terlanjur sampai Batu Pahat tu....singgah le sekali kan....singgah makan kat KFC....harap-harap suatu hari nanti RadixFC dibuka di Muar....tak payah lagi beli KFC tu....Radix FC tu milik orang Islam sepenuhnya. Saya ahli HPA...herba penawar Al wahida tu...banyak arr juga gunakan produk syarikat tu...

Balik rumah, terus lepak ..letih sangat. Tadi ingat nak merayau ke bandar Muar pulak tapi tak larat arr ..bila dah masuk rumah terus je letih-letih manja ehhehehe.

(Ahad)

Pagi Ahad, saya ke pasar tani...cari buah tin bulat bulat....saya jumpa juga akhirnya...buah aprikot tak ada stok kata pemilik gerai tu....oklah tak per....beli murtabak sekeping...ermm bukan suka sangat nak makan murtabak tu tapi tak tahu nak beli makanan apa sebenarnya untuk sarapan pagi ni. Adik gemuk tak ada rumah sejak hari Khamis...dia pergi KL...saya tinggal sorang-sorang...dulu masa abah baru meninggal..rasa takut sangat tinggal sorang...sekarang dah tak takut..asalkan malam-malam tak blackout sudah arr...kalau blackout ...aiseyy takut gak arr...maklumlah gelap kan..macam-macam boleh berlaku...saya kalau dalam keadaan gelap, mata saya lagi tajam....lepas tu deria saya lagi cekap....tu yang leceh tu....pantas je nanti mata saya nampak sesuatu ..dalam diam-diam jer ..roma saya naik naik.....tu yang tak rela....boleh pitam kalau tak kuat semangat ehehhehehehe....pernah lah suatu hari tu terputus bekalan elektrik, abah masih ada lagi masa tu....abah kejut saya...lampu picit tak jumpa pulak masa tu...jadi saya bangun..dalam keadaan tunduk tunduk kepala...meraba-raba cari mancis dan lilin di tempat yang saya rasakan ada....padahal gelap tapi saya tetap tundukkan muka....takut ternampak lerr.....

lepas ke pasar tani, saya ke econsave...beli sayur dan barang-barang yang perlu, lepas tu saya patah balik ke bandar pergi kedai baju...saya nak beli jubah...kan nanti Sabtu ada Maulidur rasul...tapi tak ada yang berkenan...saya ke Baitulmal...ada jual baju-baju banyak kat situ...tapi tak jumpa juga yang berkenan...bab kain baju ni ..saya memang cerewet...sebab tu kalau nak beli baju ke kain ..saya tak suka bawa orang..saya suka pergi sorang-sorang... kalau bawa orang nanti..kita nak beli yang tu..dia bilang tak sesuai lah itu lah inilah...kita nak beli yang ni...dia kata tak cantiklah....tak kenalah....jadi pergi sorang...beli...cantik tak cantik..sukati kita ler...kita yang nak pakai ehehhehee...asal di mata kita ok sudah....yang penting berpakaian ...bukan bertelanjang.

Saya keluar dari baitulmal...dan terus balik....sampai Parit Jawa..saya singgah pasar..masuk pasar tak beli apa-apa pun...tak tahu dah nak masak apa....ermm singgah bestfull..beli air batu dan tepung adabi untuk buat jemput-jemput....nampaknya saya sudah diserang penyakit malas.....selalu juga saya beli lauk...ada masanya masak juga..tapi sebab selalu tak habis lauk pauk tu..sekali pun dimasak sikit jer...jadi beli jer arr..tak adalah penat memasak.

Sampai rumah...adik gemuk lom sampai lagi..dia kata nak balik pagi ni...jadi masuk rumah sarapan dulu...dah pukul 10 lebih pun ehehhee. hampir pukul satu tengah hari baru mula memasak..itupun setelah adik gemuk bagitahu yang dia dah sampai Merlimau. Nanti tak ada makanan ..kesian pulak kat adik gemuk...jadi saya masak juga arr....sayur ..makan timun je arr...

Tak lama lepas tu adik gemuk sampai....petang tu saya tengok cerita wild Hog....macam best jer mengembara naik motor-motor besar.....pak kal lah saya kurus..kalau badan saya besar....saya dah beli motor besar...Vvvvvrrooommm Vvrommmm ...macam best jer... ni baru cakap nak ambil lesen motor je...adik gemuk bilang,"dah tak payah..angah tak payah amek lesen motor, bukan reti bawak perlahan". erkkkk adik gemuk marah...ehehehhe pastu adik gemuk bebel..dia kata adik beradik perempuan semua bawa kereta laju-laju...ermm sebut pasal laju ni...baru saya teringat nak cerita apa...

Pagi tadi waktu saya nak ke pasar tani..nak melintas jalan depan rumah...ada arr lalu sebuah kereta waja warna hijau gelap....perempuan yang pandu kereta tu..dia toleh ke arah saya...tapi saya tak perasan arr tua ke muda....tak ada arr laju dia bawak...dalam 70 meter dia tu...jadi bila saya dah ada atas jalan..biasa arr aktiviti pagi...latihan formula 1....saya pun memandu arr...memotong satu persatu kereta yang bergerak agak perlahan....ada arr dalam 3..4 buah...dan akhirnya saya berada di belakang kereta waja hijau...tak laju kereta tu...dalam 80 berdasarkan meter kereta saya....jadi saya pun rapat nak memotong..tiba-tiba....waja tu melajukan dirinya....ermmm....saya pun tekan arr minyak...kan saya dah niat nak memotong..jadi saya akan memotong jugak ehehhehe....saya tukar gear....VrOoooommm Vvvrrooommmm.....saya berjaya....tapi meter saya 100.....110....dan maintain pada 120....sebab waja tu dekat sangat dengan belakang kereta saya...aisey...pompuan tu kenapa?...nak lumba ke dengan bini ayah tiri schumaccher ni...wakkaakkaaa.....saya kekalkan kelajuan pada 120....dannnnn saya beri signal kiri...saya masuk bypass Pt Keroma....dan kereta waja tu...memintas saya dengan menghampiri body kereta saya...dekat sangat....marah ler tu...saya memotong kereta dia tadi ehhehehehe... saya kena belok masuk kat bypass..tu untuk mengelakkan iblis menghasut saya buat kerja-kerja gila ehhehehe. Kalau saya terlalu penat je, saya tak berani sangat nak memandu ..sebab nanti saya pandu kereta tak betul....tak fokus..banyak khayal...macam masa saya jaga abah kat hospital dulu....pandu kereta pun tak betul...asik nak terlanggar...orang dah break ..saya tak break...ehehe.

Bila saya ada kelapangan..saya akan cari siapa pemandu kereta waja hijau tu...sebab tadi saya ternampak kenderaan itu masuk jalan kampung berhampiran kampung saya....memandu adalah salah satu daripada hobi saya....mengenali pemandu yang buat saya tercabar juga salah satu cabaran yang menarik....eehheh.

Saya tak banyak bercakap tapi apa yang ada dalam hati saya, selalunya saya luahkan dalam bentuk perbuatan....lagipun saya ada baca sebuah buku agama dalam perpustakaan sekolah saya....panduan mencari isteri....satu daripadanya carilah yang tidak banyak bercakap....sebab dia boleh menjadi isteri yang taat dan menghormati suami insya'Allah ehhehehehehhehee saya lah tu ..insya'Allah...ni bukan iklan yer...saya ulangi bukan iklan....saya cuma nyatakan apa yang saya baca jer...iyerlah kalau dapat isteri yang banyak bercakap nanti...dia jadi queen...pastu queen controlll......awak ni tak boleh ke tengokkan anak-anak...awak ni...tak reti ke nak sidai kain tuala awak...cuba awak ni dah sudah sembahyang sidai sejadah tu....awak ni asik tidur jer....cuba ler tolong-tolong saya...awak ni asik le beli ikan ni...tak ada ikan lain ke...biar saya je yang pergi pasar..awak duduk jaga anak....awak ni...tolong-tolong le buat susu anak saya banyak kerja ni....awak ni asik le merayau..cuba ler duduk-duduk rumah....awak ni kalau nak pergi mana-mana bawak saya sekali...karang melencung entah ke mana le tu....awak ni.....awak ni...awak ni.....dan sebagainya....

*...ehehhee saya no komenlah ..saya rasa orang yang dah berkahwin mesti dah pergi kursus kahwin...ustaz dah terangkan selok belok perkahwinan....kehidupan dan perkongsian....cuma arr kan saya perhati dan dengar-dengar...ramai yang sudah berkahwin...yang isteri ngumpat suami...yang suami mengutuk isteri....ermm entah saya pun tak faham...kita tutup bab ni...ni bab rumah tanggan wakakkakak..

Nanti panjang umur ...saya tulis lagi insya'Allah ..

Sabda Rasulullah s.a.w,"Akan datang suatu masa di mana pada saat itu, hati orang mukmin mencair bagaikan mencairnya garam di dalam air. Ada seorang yang bertanya,"Mengapa hal ini terjadi wahai Rasulullah". Baginda menjawab,"Akibat ia melihat kemungkaran tapi ia sendiri tak mampu mengubahnya".

Sudah berlaku tak keadaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w tu??? sudah kan...malah banyak sekali...ramai orang yang mengaku ahli agama...mengaji tinggi-tinggi..tapi apabila kemungkaran berlaku depan mata, buat tak peduli..tegur pun sekadar melepaskan batuk di tangga ...kenapa??? sebab nak jaga kepentingan diri... nak jaga periuk nasi...nak jaga keistimewaan-keistimewaan yang diperolehi...jadinya ilmu yang tinggi ibarat simpan dalam peti besi...kunci peti hilang...peti tak boleh dibuka....ilmu terus tersimpan ..tak ada faedah untuk sesiapa..... sedangkan semua itu duniawi..akhirat jua yang kekal abadi.... mereka buat-buat lupa tentang hari pembalasan yang sememangnya ada....dan mengerikan. Sama-samalah kita beringat-ingat. Wallah hu alam.

 

Posted at 04:40 pm by cikguizza
Comments (3)  

Monday, March 30, 2009
Lawatan Bersejarah

Jumaat yang lepas, saya dan beberapa orang kawan ke Melaka jalan-jalan. Mulanya hari Khamis tu entah macam mana waktu tengah sedap-sedap makan di kantin...nak kata sedap sangat makanan tu tak juga...rasanya macam biasa je, sebab makanan di kantin tu rutin..balik balik makan makanan yang sama....tak ada selang seli dengan nasi tomato ke, nasi minyak ke, nasi beriani ke....menunya saya dah hafaz....dalam satu minggu mesti ada nasi ayam, nasi ambang, soto, nasi goreng, nasi lemak pulak hari-hari ada, mee goreng hari-hari ada...mee hoon, mee sup, kuey tiau ...semua tu boleh mintak hari-hari.

Tu arr masa makan tu, agaknya masa tu saya rasa bosan tiba-tiba tertimbul isu nak jalan-jalan..terus je cakap kalau jalan pergi Melaka ni best jugak...sekali tu kawan-kawan kata ok gak...apa lagi....tanya siapa lagi yang nak pergi....sekali kira-kira, saya, Raudah, Fairuz, Biha, Yanti...semua nak pergi...Biha arr paling suka nak ikut ehehheee....Ayu mula-mula nak pergi...tapi akhirnya terpaksa batalkan sebab dia ada latihan ke pertandingan bola baling ke bola jaring gitu ler....saya bab-bab bola-bola ni tak suka ambil tahu....tak minat sukan bola...

Jadi pada hari kejadian, iaitu hari Jumaat...lepas balik sekolah, masing-masing tukar baju...si Fairuz...pakai jubah (hari Jumaat kan) tapi dalam jubah dah pakai seluar jeans ehehhehehehehhe.....saya balik rumah dulu...iron baju...memandangkan cuaca agak panas-panas suam...jadi saya pilih baju putih....maklumlah agenda nak merayau guna kaki....jadi kena cari warna baju yang sesuai.

Saya tunggu di rumah nanti Fairuz yang memandu kenderaan unsernya akan ambil saya depan rumah. Kemas telekung, dan keperluan semasa ..masukkan dalam beg maxis saiz kecil...terus sandang di bahu dan keluar. Fairuz suruh saya melintas jalan.....masuk dalam kereta dan meneruskan perjalanan ke Serkam untuk ambil Yanti...rumah dia kat Serkam...

Jumpa rumah Yanti...call dia...dia masuk kereta dan  meneruskan perjalanan...kenderaan menuju ke Banda Hilir...

Hari ni saya pergi jalan-jalan bersama gadis-gadis genit ehehhehehehe....saya paling senior....yang lain tu umur dalam 25, 26....saya seorang 37...jadi fungsi saya memantau gadis-gadis genit ini supaya tidak menjadi gadis-gadis gedik ehehheheheeh.

Mula-mula simpan kereta kat tempat letak kereta bangunan Mahkota Parade...pergi solat zuhur dulu...lepas tu jalan-jalan  di Muzium Kemerdekaan..

            

           Muzium Kemerdekaan....sepatutnya lokasi ini lebih popular dari Dataran Merdeka....kenapa??? cuba kaji sendiri..

Tak ramai orang dalam muzium tu.... masa nak naik tangga ke atas ..saya berada di anak tangga paling bawah, kawan-kawan semua depan saya..tiba-tiba saya rasa ..saya diekori ehehehhee jeng jeng jeng...saya tahu ada yang ikut saya naik tangga menuju ruang atas muzium...makhluknya tidak dapat dilihat dengan mata kasar... perkara ini biasa saya rasai jika ada golongan tak nampak ni berhampiran saya....saya beritahu kawan-kawan yang lain...saya kata ada yang ikut kita ni....bila sampai di atas...ermm patutlah ada patung-patung berbaju tentera kat ruang atas muzium..tapi masa turun nak keluar daripada muzium...'dia' tak ikut keluar....agaknya tadi 'dia' keluar jap beli kuey tiau kerang ehehhehehe.

Kemudian kami melawat Muzium Melaka berbentuk Istana Melaka duhulukala..

            

Di sini tak ada rasa apa-apa..tak ada makhluk yang tak nampak, mengikut.....tapi saya suka perhatikan patung-patung tu punya mata....mana tahu kalau-kalau ada yang berkelip secara tiba-tiba....ehhehe malangnya tak ada pula....tiba-tiba masa nak keluar dari muzium saya terpandang satu makhluk Allah yang berkemban, bukan patung tau.. ermm ..panas cuaca di Melaka....ehehhehee Mak Cik Minah Saleh yang bersendirian melawat muzium....nasib baik kami berlima tak terfikir nak berkemban sama ehehhe. Best juga kalau saya dapat buat rumah macam ni hehehee.

Lepas dah sudah melawat Muzium Melaka...kami menuju  ke A Famosa.......A Famosa ni tak ada apa-apa ...tinggal sikit je bangunannya..bahagian muka pintu je yang ada..

         

         A Famosa

Lepas tu panjat bukit St Paul...lenguh arr kaki...eheh gayat lak tu..seperti yang pernah saya ceritakan dulu...saya takut pada ketinggian, tasik, sungai dan laut ehehhe....sebab tu saya tak suka naik kereta kabel, kapal terbang, atau apa pun yang tinggi-tinggi....meleleh air mata nanti.

             

      Atas Bukit St Paul...tinggi tau...gayat saya..nasib baik nak turun tu ada ler tempat nak pegang-pegang ..kalau tidak, terpaksa panggil anggota penyelamat untuk turunkan saya ehheheh

               

                      Fairuz, Nabiha, Yanti, Saya dan Raudhah

 

               

Masa sibuk kami nak bergambar ni..ada arr juru gambar dari negara China...pun ambil gambar kami....kami ambil gambar sekali tapi juru gambar dari negara China 2. .3 orang tu ambil gambar kami banyak kali...baru sengeh sikit je..sNaPPp snApp sNaPp.. mereka ambil gambar..pantang tengok kami bergambar ..mereka pun ambil juga....

Bila turun bawah ingat nak melawat lagi muzium mana-mana..tapi member dah tak larat lak...ermm ..jadi sesi membeli belah pulak...beli ar barang sikit...yang paling suka membeli belah ni..Raudah...masuk mana-mana mesti dia beli satu barang..masuk kedai buku je dia tak beli buku rasanya. Yang lain semua dia beli....cd, beg, baju, brooch ....pendek kata lengkaplah...untuk adik beradik semua dia beli. ehehe.. jenis yang ingat adik beradik dia arr tu..bagus-bagus.

Masa beli barang kat tepi bangunan merah tu arr terjadi satu peristiwa, Nabiha nak beli gelang..Si Yanti tukang tolong tawar menawar mula-mula pekedai tu dah tak nak turunkan harga lagi..tapi akhirnya dia beritahu Yanti..dia setuju dengan harga yang diminta ...jadi masa nak bayar tu...Nabiha ni nak ambil beg duit dia..entah macam mana...dia tertinggal beg duit dalam kereta ehehhehehehe.....Biha dah siap minta maaf lagi pada orang kedai tu ..kata tak bawa beg duit...kesian betull..sekali saya terdengar...hulur ar RM 20.00 kat Biha..dia bayar ...dan terus pakai gelang tu...dan tayang-tayang kat kami..ehehhe lawak je...kesian...budak-budak kecik lagi gitu ler.. wakakkak

Lepas tu dah peluh -peluh ni pergi makan pulak...lega arr sikit duduk dalam tempat berhawa dingin....

         

 makan-makan...aaauuummm aaauummm ...ehehhehe ni Yanti dan Nabiha...Yanti bertudung hitam...laparr tu..kata orang Muar..laporr tu... orang Melaka kata lapauuu lapauuu ehehhe, masa makan rasanya Raudhah bagi Biha pinjam duit...kesian sungguh laa...baru nak belanja tapi Odah dah hulur duit kat dia....Odah belanja saya air tebu....dalam kereta tah saper pulak belanja air mineral....kalau tak Fairuz, Biha arr tu...

         

Ni selepas makan...maklumlah tenaga dah ada..siap memanjat lagi....ustazah-ustazah ehehehheh

Lepas tu kami patah balik ke Mahkota Parade ..solat asar dan sesi beli belah ..kebanyakannya cuci mata jer...

Menjelang maghrib...kami menuju ke Eye On Malaysia...nanti kalau tak pergi takut ada yang menangis..ehhehe...

            .

 Eye On Malaysia...di belakang saya tu...saya tak naik, walaupun usaha untuk memaksa saya naik dilakukan tapi mereka tak berjaya membuat saya naik benda alah tu...isk tak rela...gayat ar.. gambar tak jelas....nih saper amek gambar ni...wehh tak jelas nih...isk iskkkkk....

            

Bahaya naik benda tu...saya kalau naik alamat jerit sekuat hati sampai semua gondola tu tercabut ehhehee....masa kawan-kawan saya naik...saya dengar bunyi eyeeeett eyeeettt bunyi besi-besinya..kalaulah dua tiga skru benda alah tu tercabut ...ermm tak tahulah nak cerita...jadi tragedi arr...keluar berita utama malam nanti....keluar muka depan surat khabar....saya pernah terbaca kenyataan seorang ulama' ..jika kita tahu benda tu bahaya, kita tidak memerlukan, perkara yang lagha....macam kereta kabel..atau jenis-jenis eye on malaysia tu ..tapi kita naik juga..bila jatuh dikategorikan sebagai bunuh diri..wallah hu alam. Tapi itulah kan budak-budak kecik..seboleh-boleh nak naik jugak benda alah tu....saya dengan Yanti dok perati dari bawah jer...

Lepas tu bergerak ke TESCO untuk menunaikan solat Maghrib dan membeli belah lagi...dan akhirnya bertolak balik jam 9.30 malam...sampai rumah lebih kurang 10.00 malam...inilah kali pertama saya lakukan aktiviti serupa ini selepas 'kehilangan' abah yang saya kasihi.

Cita-cita saya seterusnya mendaki gunung Kinabalu ehehhehehe....takut arr..tapi macam nak buat juga....insya'Allah....harap-harap suatu hari nanti saya dapat pasangan hidup yang mempunyai minat yang sama macam saya...

Saya suka alam semula jadi, saya suka perkara-perkara mistik (saya suka belajar ilmu perubatan alternatif >>menjurus pada kaedah perubatan Islam) , saya suka buat sesuatu tanpa rasa ketegangan, saya suka releksss...saya suka memandu...saya suka aktiviti menjelajah...tapi saya bukan jenis yang suka menonjolkan diri....bukan jenis suka menunjuk-nunjuk hebat....saya jenis yang low profile ehhehehhe.... saya lebih suka tidak dikenali ..jadi saya bebas...saya tak gila glamor...saya tak gila pangkat..saya tak gila harta....saya cuma suka releks...dan menghargai Alam ciptaan Allah...menghargai usia yang dipinjamkan...suka pada kasih sayang....

Nikmatilah hidup dengan rasa syukur...kerana rasa syukur akan membawa kita pada rasa kasih yang amat tinggi pada Allah dan Rasulullah...Tak ada jalan yang lebih baik melainkan membawa diri kita terus ke jalan-jalan yang diredhai Allah.

Terima kasih pada pemandu MPV Unser tu..tah saper namanya ehhehehee....

Posted at 04:39 pm by cikguizza
Comments (7)  

Thursday, March 19, 2009
Kembara Di Lautan Sepi

Hehehee tak tahu nak letak tajuk apa , tulis je arr.

Hari Selasa malam Rabu saya telefon pak cik saya, Pak Nal saya panggil dia, tapi tak ada pula kat rumah, pak cik pergi masjid ada belajar , lom balik lagi. Jadi saya cuba hantar sms, saya ajak pak cik pergi hantar borang ambil kuasa harta pusaka abah. Mak cik kata kena cepat sebab nanti seksa roh dalam kubur....isk tak pernah pula saya dengar ada hadis tentang tu, ermm tapi kata ustaz kalau harta si mati, direbut-rebut orang sampai gaduh-gaduh yer arr roh terseksa dengan sikap si perebut harta yang tak tahu malu tu. Kalau sesiapa tahu ada hadis ke firman Allah..bolehlah perjelaskan kepada saya ..melalui email yer...tak usah tulis kat tag board tu ...panjang berjela pula nanti ...penat saya nak mendeletenya...(memadamkannya - marah Datuk A. Samad Said nanti, saya mencampuradukkan bahasa....) Tag board tu untuk mesej ringkas sahaja.

Pak cik saya jawab, ok. Pandai pulak pak cik tulis sms ..selalu tak pandai reply..mesti dia akan telefon saya semula ehhehe mesti orang lain yang taipkan sms tu ehehhehehe. Lepas tu saya tertidur....ala biasa arr saya ni kalau dah letih tak sedar bila tertidur....bulan jatuh ke riba pun saya tak sedar...tapi saya tak hairan sangat dengan bulan..sebab rumah saya ada banyak bulan purnama ...cukup terang untuk menerangi kegelapan malam...lebih indah lagi, bila bulan purnama di rumah saya itulah yang menjadi titik tolak yang membawa diri saya ke jalan-jalan yang terang lagi lurus...insya'Allah....abah saya orang yang mula-mula mendidik jiwa saya ke arah tu.....saya tak nampak kesan negatifnya melainkan positif semuanya, insya'Allah.

Jadi, pagi Rabu tu ketika saya bersiap-siap mengemaskan file, borang, geran-geran tanah dan kenderaan, dan lain-lain..sekali saya ternampak pak cik saya sedang membuka pintu pagar rumah saya. Aisey, saya belum mandi...saya janji pukul 9.30 pagi..pak cik datang 9.15 pagi....saya cepat-cepat mandi. Tengah siap-siap pakai tudung..pak cik panggil..."Ngah, ko dah siap lom", "Dah", ringkas je saya jawab..padahal tengah cari stokin tu..ehehhee , capai beg tangan, ambil pen, ambil kunci kereta, kunci rumah, ambil beg plastik yang saya simpan file dan dokumen-dokumen penting di dalamnya dan terus start enjin kereta.

Dalam perjalanan saya berbual arr macam-macam dengan pak cik..lepas satu, satu perkara kami bercerita. Pak cik saya ni dah berumur 80 tahun tapi kuat lagi, cuma lutut je sakit...iyerlahkan ..umur dah 81 tahun...lama dah tu...engsel lutut dah haus kot ehehhe. Nasib baiklah pak cik saya ni ada, banyak perkara yang pak cik tolong saya sejak abah meninggal dunia. Terutama hal-hal yang melibatkan orang kampung..macam nak jemput kenduri, nak tetapkan tarikh kenduri, macam-macam arr . Hari tu masa saya masak kenduri pun, pak cik ada kat rumah saya dengan mak cik...kira ada arr org tua, tak adalah takut sangat...

Sampai bandar ..letak kereta kat pejabat tanah..luar pagar arr bukan dalam pagar. Terus pergi ke bahagian pusaka...ikut pak cik arr..pak cik yang tunjukkan ..saya ikut jer....sampai kat situ...saya tanya ,"Kak, saya nak hantar borang pusaka kat sini ke?". Ha yer kata sini....kata pekerja kat kaunter tu tanpa secebis senyuman...ermm tak senyum pun tak apalah...saya pun bukan suka sangat senyum kat orang wakkakakak. Kakak tu kata...tak lengkap...ni kena sign depan pesuruhjaya sumpah...tapi awak dah sign dulu..."erkkkk saya tersilap"....pastu dia kata,"ni borang cukai tanah tahun lepas, pergi bayar dulu..lepas tu fotostat...lepas tu jumpa pesuruhjaya sumpah". Ermm geran yang pada Pak Ngah saya memang belum bayar cukai tanahnya. Jadi saya pergi bayar cukai tanah dulu...RM78.00....terbangg ehhehe ...duit duit duittttt.....

Lepas tu pergi ikut pak cik cari pejabat pesuruh jaya sumpah. Dah jumpa. "Mintak saya ic", kata pesuruh jaya sumpah tu. Sekali cari ic saya tak jumpa....alamak...saya mula arr gelabah ehehhehee....ic saya dah 2 kali hilang...nanti kalau hilang lagi dah jadi 3 kali...berapa tu nak kena bayar kalau hilang 3 kali....ratus rasanya. pesuruhjaya sumpah tu kata," tak ada ea, tak ada tak apa...cuba baca nombor ic awak"...saya pun baca dengan lancarnya...010101-01-6009 ehehhe tapi tangan saya masih lagi mengopes-ngopes beg duit cari ic ...tak caya arr ic hilang. Sekali tu jumpa...aduhhh lega...siap cop semua...pergi semula ke pejabat tanah...pak cik nak duduk dalam kereta...dah lenguh kaki kot...Saya hantar semula ke pejabat pusaka tu...tapi dia tulis pesaka....sebenarnya pesaka ke pusaka....nanti saya tengok kamus ekk....ehehehe walaupun saya guru Bahasa Melayu/Malaysia..tapi saya bukan kamus ehehehhe . Hulur semua borang yang dah siap pada kakak kaunter pesaka tu....dia periksa-periksa semua dokumen saya....lepas tu dia bangun ..entah pergi mana...saya tunggu je depan kaunter dengan muka seposen....lepas tu dia datang balik..dan hulurkan satu kertas A4...ni bayar kat kaunter cukai, lepas tu datang sini semula...kata kakak tak nak senyum tu....saya masuk balik tempat bayar cukai tanah tu..bayar RM10.00 ...bayaran perkhidmatan....lepas tu pergi semula kat kaunter tadi...hulurkan kat kakak tak nak senyum tu resit bayaran....lepas tu dia belek-belek dan tulis-tulis tah apa tah....lepas tu dia hulur kan kat saya resit tu..dan kata....dah. Saya tanya balik,"dah ke?". Dia angguk tanpa senyum.

Saya cakap terima kasih dan terus ke kereta yang jaraknya lebih kurang 50 langkah saya. Pak cik ada dalam kereta....lepas tu saya terus balik....dalam perjalanan balik..saya berbual dengan pak cik cara menguruskan majlis perkahwinan...iyerlahkan abah dah tak ada, mak pun dah tak ada...kalau nanti pak cik pun tak ada...siapa nak tolong saya uruskan majlis perkahwinan adik-adik saya...jadi saya belajar dulu cara-caranya. pak cik terangkan satu persatu..cara nak buatnya...anggaran perbelanjaannya...orang-orang pakat kampung saya...cara nak beli daging lembu...cara nak beli beras....macam-macam arr...saya cakap ngan pak cik..abah dah tak ada susah je rasa...kalau apa-apa pak cik arr ek take over tempat abah....pak cik angguk-angguk...sambil kata insya'Allah..insya'Allah. Pak cik nasihatkan saya...angah tak larat nak buat semuanya sendiri..yang mana kita boleh mintak tolong orang kita mintak tolong, yang mana kita boleh beli, kita beli...sob sob..sedihh tau....abah pesan pada saya....sekarang dah jadi wasiat," nanti bila abah dah tak ada, angah kena kahwinkan adik-adik semua kat rumah ni". Abah tak bagi buat tempat lain...hatta nikah pun mesti di rumah...berattt...saya ada tugas berat.....kadang-kadang saya nak menjerit sekuat hati...lebih kuat daripada bunyi gempa...tapi kalau saya jerit nanti...saya rasa semua orang ketakutan ..semua penduduk kampung akan tinggalkan rumah dan harta..lari lintang pukang....wakkakaa maka dengan itu mudah sungguh kerja saya merampas harta benda mereka ahhahaha....heheh gurau arr.

Sebab tu arr saya agak sensitif kalau orang berkasar dengan saya...sebab fikiran saya berselirat dengan tugas dunia...yang hanya terhenti apabila saya berhenti bernafas....saya tak suka nak fikir perkara lain yang akan menambahkan beban fikiran saya.

Sampai rumah beri pak cik minum air, hiriskan buah mangga siam yang sudah masak ranum. Lepas tu saya bungkuskan jagung mentah untuk pak cik bawa balik dan rebus di rumah...bolehlah pak cik makan jagung tu nanti bersama mak cik dalam suasana romantis, di bawah cahaya lilin, dan tiupan bayu dari kipas angin lama ehhehehe.

Sebenarnya jagung tu, adik gemuk dan saya yang memetiknya. Banyak pokok jagung keliling rumah..adik gemuk dan para pekerjanya tanam.

                            

            Tu adik gemuk saya baru nak mula memetiknya, tadi dia dah petik..saya dah rebus pun..sekali tu saya teringin nak petik...saya pun cakap kat adik gemuk,"Bang Cik, angah nak pergi petik jagunggg". Sekali adik gemuk kata,"Bang cik pun nak petik ah, angah amek bakul". Hehhe mula-mula saya ambil bakul kecil..pastu saya tukar ambil bakul besar....

                         

Ladang jagung adik gemuk ehehhe tapi pokok jagung tu tak gemuk..kurus macam saya..sebab masa tu tanam musim kemarau...dia dah tak cukup subur tapi buahnya lebat juga...rasa macam ladang jagung kat negara barat lakss ehehhee. Rasa macam kesiannya tengok adik gemuk...dia gembira sangat masa  petik jagung tu...maklumlah dia tanam.

                         

Tu tangan saya tu...eheh saya pegang jagung yang baru dipetik... yang dalam besen tu jagung yang saya dah buangkan sarungnya ehhehee. Malam-malam adik bawa ke kedai dia..rebus kat sana...beri orang yang datang kedai makan..sedikit sama dirasa..kalau banyak saya jual ler ehehehhee. Ada lagi tu untuk dipetik pusingan ke dua....Jangan harap orang berbudi kepada kita...biar kita yang berbudi kepada orang.

     

Tu arr hasil yang saya dan adik gemuk petik kelmarin. Banyak arr....berat nak angkat bakul tu...

Hari ni saya periksa PTK....untuk kali yang ke berapa tak tahu arr...dah malas nak kira....pagi-pagi lagi anak murid saya Nabila Azmi dah hantar mesej ucapkan selamat berjaya untuk saya....terima kasih.

Jumpa ustaz kat pusat peperiksaan, saya teringat kacang kelor dan batang pokoknya yang saya kirim daripada seorang kawan yang tinggal di Pulau Pinang. Menurut kawan saya, dia dah kirimkan pada ustaz sebab ustaz dan keluarga dia ada datang tidur rumah kawan saya di Pulau Pinang...Bila tanya pada ustaz, dia kata ada kacang kelor dalam bonet kereta dia. Saya ambil batang pokok dan buah kacang kelor tu...petang tadi saya dah tanam...insya'Allah, senang nanti kalau memerlukan ,dah ada pokoknya. Tak adalah merata pergi mencarinya.

Ngantuk arr.....sekarang line streamyx sangat membosankan....baru online 1 minit dah putus linenya...putus lama pulak tu....tension jer....betul-betul arr indah khabar dari rupanya...kaut bayaran komain tinggi tapi perkhidmatannya hampeh....memang teruk...selalu tak boleh online...

Posted at 08:00 pm by cikguizza
Comments (4)  

Sunday, March 15, 2009
Catatan Pengalaman

Sejak abah meninggal dunia, banyak perkara yang saya mesti uruskan...ambil alih tugas-tugas abah, dan juga tugas-tugas tambahan lain....amat meletihkan, saya kurang tidur, kalau dah mula tidur terus tak sedar apa yang berlaku, tapi bila dah terjaga malam, payah pula nak tidur semula.

Bil air rumah mencecah RM70.00, bil letrik mencecah RM 150.00 lebih, campur bil streamyx dan telefon mencecah RM....... RM300 lebih saya kena jelaskan bulan lepas ...aduhhhh banyak sungguh, tak pernah mencecah jumlah begitu selama saya tinggal berdua dengan abah. Sekarang tinggal dengan adik gemuk..bil air, bil letrik semua naik...nak pitam saya membayar. Adik gemuk saya tu penakut juga...sekali kalau dia buka lampu sebelah malam...punyalah banyak, macam pesta jer rumah ni...dia buka, saya tutup..dia buka, saya tutup.....bazir...yang teruk membayar bil saya lah tu nanti.

Sekarang adik gemuk, buka kedai, jual roti John, jual burger, jual kebab, jual kerepek. Adik gemuk kata nanti bila pendapatan dia dah ok..dia tolong saya bayar duit kereta ..bil-bil semua tu..kongsi-kongsi....saya sebenarnya tak sampai hati sangat tengok adik gemuk kerja...start petang...sampai pukul 1.30 pagi atau pukul 2 pagi...nanti adik gemuk kena pergi kursus pengurusan lembu 2 bulan...bapa kawan dia dah bayarkan yurannya...dia pergi dengan kawan dia....nanti dia kerja kat Bukit Serampang. Ladang lembu bapa kawan dia...Projek lada masih dalam usaha...kawan dia tipu dia....Sarjan Balai polis Parit Jawa...panggil adik gemuk, minta dia buat report pasal kawan dia yang tipu dia tu....Sarjan tu kawan abah....ramai kawan abah yang tolong kami.....insya'Allah ..Allah akan tolong kami anak-anak yatim piatu ni ehhehe dan Allah akan balas semua perbuatan baik mereka ..

Setiap bulan saya berkejar ke EON bank, bayar duit-duit kereta adik-adik saya. Dulu abah yang bayarkan, abah juga yang belikan mereka kereta-kereta tu.  Sebelum ni abah belikan motor untuk adik bongsu, tapi motor tu kena curi dalam kampus  UiTM Shah Alam. Jadi abah belikan kereta terus. Sekarang saya kongsi dengan 3 orang adik saya yang dah kerja, Akbar, Ain , Dita untuk bayar duit kereta adik bongsu dan adik gemuk. Saya ingat lagi amanah emak, sebelum emak meninggal dunia...emak suruh saya jaga adik-adik. Susah macam mana pun saya, saya akan tolong adik-adik saya insya'Allah. Walaupun gaji saya tak besar mana... Lepas tu berkejar ke CIMB bayar duit kereta saya dan masukkan duit makan untuk adik bongsu. Lepas tu berkejar pulak ke TM Point bayar bil-bil semua.

Teringat pula apa yang aruah abah cakap pada saya, nanti abah dah mati..rumah ni buruk jer, abah cakap macam ni bila kami berbual tentang rumah-rumah yang buruk setelah kematian orang tua di kampung saya. Saya jawab insya'Allah tak, saya akan jaga. Rumah yang saya duduk sekarang abah beri pada adik lelaki no 3...abah beri saya rumah lain...saya ingat nanti saya nak buat lagi rumah lain..kalau ada rezeki...kalau boleh tanpa hutang. Rumah saya yang abah beri sekarang ni...saya izinkan buat markas PAS...saya sambung amal jariah aruah abah....biarlah mereka guna...lagi pun saya tengok orang-orang PAS buat bacaan yassin, baca quran ..belajar agama....semua yang berbentuk fi sabilillah...tak ada buat karaoke, tak ada buat pesta-pesta, tak ada guna kugiran, tak ada buat parti liar.....alhamdulillah....semoga abah dapat pahala atas apa yang telah abah mulakan.....

Hari tu, masa mesyuarat agong PAS cawangan, saya dengar diorang sebut nama abah, diorang sedekahkan Fatihah untuk abah sebelum mula mesyuarat, sebak arr saya.....saya bersyukur arr, saya tahu abah dah pilih jalan yang betul....dan yang paling saya rasa kagum bila saya dapat tahu rupanya abah Timbalan Pengerusi PAS cawangan saya....saya tak tahu pun, abah tak pernah cakap...abah dah meninggal baru saya tahu....(teringat pak cik Sudin pembantu am rendah sekolah saya cerita, masa abah meninggal dunia...pengetua hadir ziarah, pengetua balik ke sekolah, pengetua cakap kat pak cik Sudin....semua yang datang rumah Rumaizah kopiah putih - maksud pengetua orang-orang PAS arr ).

 Memang saya akui...kawan-kawan abah dari kalangan orang-orang PAS sangat banyak membantu..sama ada masa abah masih hidup atau setelah abah meninggal dunia. Pernah sekali lepas abah meninggal dunia...saya nak ambil duit kat mesin ATM...ada kawan abah dekat mesin tu nak ambil duit juga...belakang saya ada ramai orang warga asing, Nepal, Indonesia dan Bangladesh nak ambil duit juga....tahu je arr kalau orang perempuan ada ...bangsa asing tu terbeliak-beliak mata memandang kita....jadi...kawan abah tu depan saya....Kawan abah tu tegur saya...." Ko anak haji Razak ea", Saya jawab yer. Dia berbual pasal projek tanaman lada adik gemuk saya tu. Lepas tu bila tiba giliran nak ambil duit...saya cakap pak cik ambillah dulu....pastu kawan abah kata...ko ambil dulu...tu belakang ko ramai orang Bangaladesh << cara pak cik tu sebut Bangladesh. Jadi saya ambil duit....kawan abah tu tukang jaga saya. Lepas saya dah ambil duit, baru pak cik tu ambil....terima kasih banyak-banyak...sebak je rasa....sob sob...ada juga orang yang ambil berat pada saya, walaupun abah dah tak ada lagi. Bukan itu saja...ada lagi...tapi tak yah arr cerita...nanti jadi novel pula cerita saya ni ehehehhee.

Bulan ni banyak arr duit mengalir, selain bayar bil-bil, bayar semua duit cukai tanah RM 200 lebih kat Pejabat Tanah, hulur RM200.00 kat Pak Ngah saya pula, untuk duit pengurusan tanah-tanah abah kat Parit Raja. Minta geran tanah abah, untuk uruskan pusaka....tapi saya pulang semula sebab tak sempat nak uruskan...cuti ni ambil semula geran tu untuk saya uruskan.

Baru-baru ni saya dapat surat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, bahagian pencen, saya dah hantar surat pemberhentian pencen abah..dan dah dapat maklum balas. Saya pula kena sediakan beberapa dokumen untuk buat tuntutan baki duit pencen abah seperti arahan jabatan... dalam otak saya berselirat semua kerja-kerja yang saya perlu buat. Patutnya anak lelaki kena take over semua ni...sebagai satu tanggung jawab setelah kematian bapa...sebab anak lelaki boleh jadi wali...kuasa dia penuh...ni sudah terbalik pula....

Minggu sudah adik saya no 4, Ain, adik ipar, dan adik bongsu saya balik...cuti hujung minggu dan cuti maulidurrasul. Pagi Ahad saya keluar dengan adik bongsu beli belah, lepas tu saya dan adik bongsu pergi ke arah Segamat untuk cari barang..ada urusan. Petang tu dalam perjalanan balik rumah, gear kereta rosak masa kami kat Giant...tak boleh undur....aduhh....nasib baik saya berdua dengana dik bongsu...saya jaga dalam kereta, dia tukang tolak ehhehe..asik ketawa-ketawa je kitaorang. Lari-lari, tukar-tukar driver, tolak kereta ...kelakar pulak rasanya. Hai lah ..tu arr pengalaman bermakna....sampai jalan hala ke rumah saya lebih krang 11 km lagi nak sampai rumah, terjumpa satu bengkel servis kereta yang buka...hari Ahadkan....banyak kedai tutup....saya terangkan pada orang kedai..masalah kereta saya..dia kata pomen tak ada....aisey.....kami terus balik rumah...sampai rumah..adik bongsu try betulkan gear..tiba-tiba gear tu ok....jadi cepat-cepat masuk dalam rumah..solat zuhur dulu..lepas tu saya dan adik bongsu keluar semula ke bandar ..pergi bengkel tadi....servis minyak gear....salah saya ni..saya asik terlupa nak tukar minyak gear. Nyonya tu pesan...nanti kalau nak servis datang sini maa...kami boleh buat servis, ganti tayar semua boleh... huaaa sempat promote bengkel dia....nyonya tu siap kata.... nasib baik awak datang sini semula...kalau awak sudah pergi jauh..sekali kena macam ni...mahu nanti org bengkel lain kenakan bayar lagi mahal..sini RM90 je maa.....ehehehehe iyolah tu....apa-apa pun terima kasih banyak le..nasib baik Allah permudahkan urusan saya..ada bengkel yang buka..sebab esok saya akan bergegas ke Melaka....saya ada kursus di sana...mesti tepati masa...

Petang Isnin , adik-adik semua balik dah ke Seremban..sebelum balik Ain hulurkan bayaran duit kereta adik-adik untuk dua bulan, dan hulur RM100 untuk saya ..sebab dia tahu saya dah bayar duit cukai tanah dan bayaran lain.....alhamdulillah....saya guna arr untuk beli barang kenduri duit tu. Kenduri kali ni saya nak masak sendiri, tak nak tempah makanan. Dulu masa abah ada, memang saya masak sama-sama dengan abah. Lepas abah meninggal , semua kenduri makanannya ditempah sebab saya tak ada mood nak masak. Kenduri kali ni lah baru kali pertama saya masak selepas abah meninggal.

Khamis yang baru lepas, ada majlis kenduri yassin dan tahlil, giliran abah, yassin kampung tu. Jadi saya uruskan..saya nak buat di rumah seperti apa yang selalunya abah saya buat...kalau nak buat di surau boleh juga....tapi abah pesan kalau buat di rumah...rumah kita dapat keberkatannya insya'Allah. Saya berpegang pada pesanan abah saya. Jadi saya ambil cuti rehat pada hari Khamis. Pengetua saya yang amat memahami dan amat saya kasihi tu, benarkan saya bercuti, malah pengetua berjumpa sendiri dengan saya ..dan memaklumkan cuti saya diluluskan....untuk pengetahuan semua.....saya dah jumpa ramai pengetua tapi setakat ini...inilah yang terbaik....seumpama seorang ayah....Amat susah nak jumpa manusia sebegini pada zaman nuklear ni...ehehhehee

 Untuk kenduri,  saya minta adik gemuk tempahkan ikan parang saiz besar 4 ekor dengan kawan dia kat pasar. Nasib baik adik gemuk ada ramai kawan kat pasar, kalau adik gemuk pergi pasar..selalu dapat ikan free.....itu yang selalu buat saya tersenyum ehehhehehee.....jangan mula-mula bagi ikan free lepas tu ambil kakak adik gemuk free juga sudah ler wakakkakka....gurau jer....diorang ikhlas insya'Allah.

Barang-barang kering, macam lada kering, beras wangi 10 kg, bawang merah, bawang besar, bawang putih, minyak masak, kentang, asam jawa, belacan, kertas tisu,  saya dah beli awal. Saya beli juga jug air plastik kat kedai RM2...senang tak payah guna jug kaca..beli 12 buah. 

 Pagi hari Rabu sebelum ke sekolah, saya tinggalkan RM200.00 pada adik gemuk, saya senaraikan barang yang dia kena beli, bayar duit 4 ekor ikan parang kat kawan dia, beli tauhu kering melayu kat cikgu Azizah pasar, beli tauhu Melayu 30 keping, tempe 30 keping dan lada merah sekilo. Adik gemuk pergi beli buah tembikai 3 biji. Baki dalam RM 20.00.

Balik sekolah saya terus  ke pasar beli kerang 3 kilo, beli udang sekilo, beli ayam 5 ekor, beli bunga kantan 10 kuntum kat pasar. Lepas tu beli ais 5 beg plastik kat mini market besfull. Hantar barang semua kat rumah. Saya keluar semula ke pasaraya Econsave, beli sayur kacang panjang 2 ikat, beli lada hijau 10 biji, beli timun, beli sayur kacang bendi sekilo lebih. Terus balik rumah.

Sampai rumah terus kupas bawang-bawang dulu dan rebus kerang. Lepas tu kopek kerang pulak, simpan dalam peti sejuk. Saya siapkan pinggan-pinggan, gelas, cucur tangan semua untuk digunakan masa kenduri.

Hari Khamis saya cuti, jadi saya mesej Fahmi suruh beritahu Fauzi , pergi sekolah naik bas sebab saya cuti. Selalu Fauzi naik kereta saya. Sekali pagi tu hujan...isk tak sampai hati nak suruh Fauzi naik bas, saya mandi cepat-cepat...terus ke rumah Fauzi, nak ambil dia tapi Fauzi dah tunggu bas, mak dia kata.....saya tak nampak dia kat pondok bas sebab gelap...pukul 7.05 pagi tu suasana masih gelap ...Fauzi nampak kereta saya masuk kawasan rumah dia..jadi dia melintas balik rumah..saya hantar Fauzi ke sekolah dan pesan suruh balik naik bas......

Hari Khamis keputusan SPM keluar...aisey...tak senang saya nak buat kerja di rumah....pukul 11 pagi saya bergegas ke sekolah setelah siap menggoreng semua ayam. Saya pergi tengok result anak-anak murid saya....tengok subjek yang saya ajar...sejarah....5 Sains 5 orang dapat 1A, beberapa dapat 2A, beberapa dapat 3B dan 4B...seorang dapat 5C, seorang dapat 8E...ermmm alhamdulillah....kelas 5C...semua lulus, seorang dapat 1A, seorang dapat 2A...yang lain ada dapat B3, B4,6C, dan 8E....alhamdulillah.....lega ...kembang hati saya ehhehehehe. Bukan senang nak lulus sejarah...bukan semua pelajar minat subjek sejarah....subjek tak penting kata mereka..tak membantu dalam kerjaya mereka nanti..gitu alasannya. Orang yang menguasai sejarah, dia tak akan mengulangi kesilapan yang sama, sejarah memainkan satu peranan besar dalam hidup manusia dan juga negara tapi subjek ni seolah-olah dipinggirkan....pada pendapat saya orang yang memandang subjek sejarah itu low class sebenarnya, orang tu lah yang mempunyai pemikiran low class.

Lepas tu saya berkejar balik...sambung untuk masak makanan kenduri...saya minta beberapa orang pelajar saya datang membantu, 4 orang yang datang, Izzaty, Hirda, Nisak, dan Hamizah. Cuci lantai luar, hiris sayur kacang panjang, lap pinggan mangkuk, tumbuk sambal belacan, buang kulit timun, siapkan cucur tangan.

Dalam pukul 1.30 petang saya mula masak ayam masak kicap dulu....siap, saya masak pulak sambal goreng Johor, siap. Saya pukul 4 petang saya masak asam pedas, letak bunga kantan, letak kacang bendi, ikan parang 19 kelar. Mak cik saya datang lepas zuhur dengan pak cik...mak cik tolong kisar lada kering. Jam 5 petang saya masak nasi 10 kg....anggaran makan untuk 50 orang lebih kurang.

Azan asar je, Pak cik dan mak cik balik rumah mereka dulu..nanti lepas maghrib mereka datang semula....tinggal saya dengan anak murid saya..adik gemuk kejap ada kat rumah kejap tak ada....nasib baik ruang depan dia dah siap bentang carpet. Jam 5.45 petang anak-anak murid saya pulak balik rumah mereka...saya bungkuskan sikit lauk ..nak bagi banyak tak dapat sebab kenduri belum berlaku...tak tahu lauk cukup ke tak....nasi pun tengah tanak. Jadi bagi lauk je arr. Tinggal arr saya dan adik gemuk.

Dekat nak maghrib adik bongsu saya sampai ehhehehe suka arr....saya rapat dengan adik bongsu, perangai pun dekat sama...maklumlah lepas mak meninggal ..saya yang jaga adik bungsu saya...sebab masa tu dia kecil lagi..baru tingkatan 3 (15 tahun). Sekarang dah 22 tahun nak masuk 23 tahun.

Lepas tu isteri sepupu saya (kak Nora) sampai dengan anak-anak dia...bawa kuih agar-agar roti....alhamdulillah...adik bongsu dan kak Nora tolong potong tembikai. Pukul 7 petang kak Nora  dan anak-anak balik.

Malam tu saya sibuk suruh adik-adik saya mandi cepat takut nanti orang dah sampai, tak ada orang yang sambut. Saya pun siap-siaplah pakai baju kurung.

Lepas maghrib..orang kampung mula datang....mak cik dan pak cik pun dah datang, pastu kak Nora dan anak-anak sampai...tak lama lepas tu Kak Hawa (jiran saya yang paling banyak tolong keluarga saya) sampai dengan anak-anak, Lepas tu kakak sepupu saya, kak Long Yah sampai, lepas tu 3 orang kawan sekerja saya sampai, Wani, Fairuz dan Biha...ada yang ingat kenduri tu majlis saya bertunang ahahhahahahaha .....ada pulaknya fikir macam tu...isk isk iskkkkkk.

Masa tengah kenduri, adik gemuk hantar sms dari ruang depan rumah saya, bunyinya,"angah, ayam tu letak 3 ketul je, ramai ni yang datang". Memang arr memang ramai...saya pun tak sangka ar...saya anggarkan 10 hidang je atau kurang macam selalu yang abah beritahu saya...tapi malam kenduri tu ramai yang datang...nasib baik Allah bagi ilham pada saya untuk masak lebih dari selalu. Sekali tu saya dengar diorang marhaban sekali lepas solat Isyak....suka arr saya..selalu majlis sambutan maulidur rasul abah jadikan agenda tetap rumah saya....ada majlis khas...ni dah sekali harung ...boleh lah.

Lauk-pauk semua habis...saya tinggalkan sikit untuk makan esok...saya malas masak esok ehehhehehee.....masa untuk berehat je....pinggan mangkuk semua sedara mara dan jiran dah tolong basuhkan. Alhamdulillah...syukur pada hadrat Allah SWT....majlis berjalan lancar....mudah-mudahan suatu hari nanti saya dapat kumpulkan orang ramai untuk mengadakan satu usrah tetap, bulanan di rumah aruah bapa saya ni.....Saya akan usahakan insya'Allah. Doakan saya....Takbirrrr Alllah Hu Akbar....ehehheehe...

Tak ada suatu pun yang lebih indah daripada kerja-kerja fi sabilillah....tak ada suatu hal pun yang lebih indah daripada urusan mendekatkan diri pada Allah....ambillah kesempatan ini...sebagai bekalan kita di alam akhirat nanti..dunia ini hanya satu persinggahan...

Sabda Rasulullah,:

Enam orang masuk neraka dengan enam sebab:

1. Bangsa Arab disebabkan kesukuannya (oleh itu kita tidak boleh berjuang atas nama Melayu, berlaku adillah pada semua kaum sebagaimana saranan ulamak tersohor Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat) , Ulama' warisatul anbia'...ulamak pewaris nabi....berjuanglah atas nama Islam.

2. Para raja disebabkan kezalimannya. Saya pinjam kata-kata Hang Jebat....'Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja disanggah".

3. Para pemimpin disebabkan sifat takburnya. (Takbur kerana ada kuasa....aku selamat..aku selamat, aku berkuasa hahahhahaa ..apa pun yang aku lakukan aku selamat kerana akulah yang paling berkuasa..aku boleh bayar juta-juta pada siapa sahaja....undang-undang adalah aku...dan aku adalah undang-undang ahhahahahah) "ingat kuasa itu hanya di dunia...hanya ketika hidup...setelah mati...daging- daging tubuh akan jadi makanan cacing dan ulat...untuk menjentik cacing dan ulat itu pun ..kuasanya sudah tiada...yang menunggu hanyalah azab api neraka buat mereka yang takbur dan engkar perintah Allah.

4. Pedagang disebabkan sifat khianat....tipu timbangan, sorok barangan....mengaut untung dengan penindasan...duit untung itu tidak akan ada nilainya di alam akhirat...cubalah mati bawa duit berguni-guni..buat beli pakaian baru di padang mahsyar....bayar pada malaikat...agak-agak apa malaikat jawab??

5. Orang desa kerana kebodohannya....belajar-belajarlah mengaji...cari ilmu...dunia sekarang ramai yang jahil tapi suka tunjuk bijak....ramai juga yang berilmu tapi ilmu tu seolah-olah seperti harta karun...simpan jer tidak diamalkan..."ilmu yang tidak diamalkan, umpama pohon yang tidak berbuah"...tiada guna apa-apa...

6. Para ulama' disebabkan sifat hasad....Sabda Nabi S.A.W..." hasad memakan pahala kebaikan seperti api memakan kayu bakar".

 Sifat hasad ada 3 ciri: 1. Jika berhadapan menjilat ( mengampu, memuja, memuji dan seumpamanya) 2. Jika di belakang mengumpat 3. Senang jika orang lain mendapat kecelakaan.

Apabila telah ditunjukkan jalan kebenaran....masih engkar ..ingatlah bahawa, mati itu benar, alam akhirat itu benar, seksaan api neraka itu juga benar...

Ibarat..orang yang sudah kita nasihatkan bahawa pakaian ketat itu maksiat...mendedahkan aurat itu maksiat....maka tetap dilakukan juga...maknanya selamanyalah dia bergelumang maksiat...sesetengah orang menganggap..zina itu maksiat dan dia memandang hina pada penzina....dia tidak berzina jadi dia tidak melakukan maksiat..tapi dia berpakaian ketat....bukankah itu juga melakukan maksiat....

Dosa yang mungkin kita lakukan setiap hari:

1. Mengumpat, mengutuk, mengeji

2. Fitnah

3. Berpakaian ketat

4. Keluar rumah tanpa izin suami

5. Keluar berdua dengan pak we mak we

6. Tak tunai tanggung jawab bersolat

7. Leka tanggung jawab dalam rumah tangga

8. Meninggikan suara pada orang tua

9. Melengah-lengahkan solat

10. Menonton suatu yang lucah

11. Melancap

12. Berpakaian ketat, mendedahkan aurat

13. Minum arak, berdisko

14. Perempuan yang menyanyi (menayang suara pada org ramai)..dedah aurat

15. Membiarkan orang di sekeliling kita tidak bersolat tanpa usaha menegur...atau mengejutkan mereka daripada tidur

16. Perbuatan homosek, dan lesbian

17. Berbohong

18. Hasad dengki

19. Sihir menyihir

Dan lain-lain

Maka sama-samalah kita perbaiki diri...bawalah diri kita sama-sama ke jalan yang diredhai Allah. Saya mengingatkan diri saya sendiri.....

Posted at 05:46 pm by cikguizza
Make a comment  

Friday, March 06, 2009
Hari Ini, Semalam, Kelmarin dan Dulu-dulu

Hari ni saya terjaga awal, tapi terasa malas yang teramat nak bangun bersiap untuk ke sekolah....aduhhh duhhh ...kalaulah kita duduk je pastu dapat duit, berlepuk-lepuk duit jatuh macam daun gugur kan best ehehhehehehe. Tapi untuk saya soranglah....kalau semua org di  Malaysia  dapat duit gugur macam daun ..alamat kedai semua tutup..semua orang terpaksa ke luar negara untuk membeli ikan masin 3 ekor, kicap sebotol, nanas sebiji, bawang sekilo, beras sekampit, 500gm lada kering dan seikat kangkung...sebab semua orang dah berduit dan tak perlu susah payah cari duit...bayangkanlah...teringin nak makan sayur kangkung masak sendiri, kat Malaysia dah tak ada orang tanam kangkung..terpaksa pergi Thailand naik kapal terbang beli kangkung seikat ehehehehehe parah parah.....jadi biar saya seorang dapat duit gugur...yang lelain kena kerja yer eheh.

Jam 6.10 minit pagi saya terpaksa bangun...takut terlajak tidur ...tak pasal-pasal bangun jam 7.30 pagi pulak...nanti tuan pengetua telefon....Rumaizah, awak kat mana? kenapa tak sampai sekolah lagi?" "Sekarang dah pukul 8 pagi. ...saya jawab,"saya baru bangun tuan haji". Tuan haji jawab pulak,"Astaghfirullah hal azim....awak tahu pukul berapa dah ni..., awak nak jadi cikgu ke awak nak jadi tukang kebun ".....wkakakakakka adoii...

Saya bangun le....ambil sehelai jubah berwarna coklat gelap dan tudung bercorak putih coklat....terus sterika pakaian saya....saya tak gosok malam tadi...kalau tak ada elektrik  ...ala letak je iron atas dapur gas....keletik...idupkan apinya....bentang kain alas untuk menggosok...letakkan sehelai tuala kecil untuk lap bawah iron..takut ada minyak masak ke, ekor ikan bakar ke, melekat pulak nanti kat jubah saya, tak pasal-pasal dapat brooch free, ekor ikan cencaru bakar ehehhe.

Solek-solek sikit...ala bukan solek apa....tepek dengan bedak jer...saya ni bukan suka pakai make up....lipstik pun saya amat jarang memakainya....teringat saya masa zaman sekolah dulu....saya temankan seorang kawan saya pergi sekolah nak ambil sijil berhenti rasanya...masa tu baru tamat tingkatan 5...kawan saya ni pakai ler lipstik merah...merah sungguh mak ngah.....abis digelak dek cikgu-cikgu...tu arr pasal...saya, kalau pakai lipstik pun ...yang warna suram..macam warna asli bibir...jadi tidak ler merosakan kecantikan semula jadi saya  ni   cheewaahh ....wakkakakaka perasan tahap gaban pulak saya ni....

Kemudian keluar rumah sambil baca-baca ayat..fuhh kanan fuhhh kiri....start engin kereta...bismillah...... VvRoooMmm....VvRoooMmm ...ha sampai depan Sk Seri Jamil..saya ambil Fauzi....anak murid saya....adik kepada Fitri dan Fahmi...ala mereka tu saya dah anggap macam adik saya sendiri....Fahmi dah tamat tingkatan 5, Fitri pulak baru seminggu masuk Sekolah Menengah Teknik Jasin....jadi tinggal Fauzi je yang masih naik kereta dengan saya. Dalam 7.15 pagi saya sampai sekolah...saya ke pagar ...jadi tukang jaga pagar....cikgu kan macam tu...tukang jaga pagar, tukang jaga padang, tukang jaga harta benda kerajaan, tukang jaga anak-anak orang, tukang tunjuk ajar, tukang kebun, tukang periksa tandas, tukang hantar anak orang ke klinik dll.

Sampai dalam bilik guru, saya teringat pada satu mesej yang masuk jam 3.30 pagi tadi.....saya godeh-godeh h/p cari mesej tu...Fahmi hantar mesej jam 3.30 pagi....sedih jer luahan hati dia...panjang sungguh ayat yang ditulisnya...saya dah reply pagi tadi...tapi pendek je...nak reply panjang-panjang saya dah tertido. Adalah saya bagi sedikit nasihat pada dia....isi mesej dia dan saya tak perlu dipaparkan di sini...biar menjadi rahsia hidup saya dan dia..hehee karang timbul pulak fitnah.....ala sebenarnya bukan apa...malas nak tulis..panjang berjela eheheheh mesej seorang adik mengadu masalah hidup kat kakak dia...gitulah

Hari Jumaat saya tak ada kelas, jadi saya diberi arahan untuk menggantikan kelas kawan-kawan saya yang tiada di sekolah sebab sakit dan bertugas di Padang SMK Bukit Pasir, ada sukan (MSSD) di situ....

Saya dah bertugas petang semalam...bahagian jamuan...pukul 5 petang baru balik....tapi saya datang lepas zohor...dua orang lagi kawan saya dah sampai dari pukul 11 pagi lagi....jauh tu SMK Bukit Pasir dari sekolah saya....atas bukit lagi....

Semalam kawan saya yang bertugas di SMK Bukit Pasir ..rumahnya dimasuki pencuri...kesian dia...dia tinggal berdua dengan anak saudaranya yang baru berada di tingkatan 5....bila anak buah dia balik rumah ..tengok rumah dah lintang pukang....habis semua duit dalam tabung dia, baju baru yang ayah dia belikan...hadiah-hadiah yang kawan-kawan dia belikan...h/phone yang ayah dia belikan...beg duit kawan saya....duit-duit harian kawan saya....dikebas dek pencuri....tah apalah pencuri tu...cari duit halal malas....main seko jer duit org....dasar pencuri tak tahu diri....tak tahu malu....muka tempe....wkakakak tah apa-apa arr saya ni....marah tau..kesian kawan saya dan anak buah dia tu..anak buah dia tu dah ler adik beradik dah meninggal...mak dah meninggal....kena pulak macam tu.... ermm apa nak buat ek..takdir tu ..ada ler hikmahnya.

Malam Jumaat semalam tu...adik saya pergi surau, ada kenduri yassin, balik tu adik gemuk bawalah berkat untuk saya....tapi saya dah tertidur keletihan....lauk yang jiran hantar kat dapur pun saya tak makan...saya tidur jer...sekali adik gemuk balik, dia kata,"angah pergi makan....isk isk".

saya cakap.."angah ngantuk...angah malas makan"..pastu saya tidur....sekali tu adik gemuk ambil berkat nasi tadi letak dekat badan saya yang tengah baring depan tv....dia kata,"angah nah ni makan"...saya cakap lagi....ngantukkk. Tengah saya tidur tu, tiba-tiba saya terdengar bunyi...kkuikk....kuat...alaaaaaaa, saya tengah scan laptop...ada amaran viruslak...terpaksalah saya bangun....Bila adik gemuk nampak saya bangun terus dia kata...."yeyy yeyy angah bangun", ehehehhehee.

Lepas tu adik gemuk main game kat tv, saya duduk mengadap laptop sambil surf internet....dah ngantuk, saya masukkan makanan dalam peti sejuk, saya baring semula depan tv, adik gemuk tegur,"dah habis bercinta....". "Mana ada bercinta daaaa", jawab saya..sambil pejam mata.

Baru nak mula tidur..tiba-tiba saya terdengar bunyi sesuatu macam mengeruk pintu dengan kuatnya...adik gemuk pandang saya...saya pandang adik gemuk....kecut seyy ehehhee, adik gemuk jerit kuat-kuat ....WOooOoouuu.....tapi bunyi tu tak berhenti sebaliknya tetap mengeruk pintu lagi dan bertambah kuat.....kami kecut perut bukan apa....tadi dah tengok citer keliwon ke apa tu...hah tu yg kecut bila dengar bunyi pintu kena keruk....saya dengan beraninya bangun....adik gemuk ikut di belakang kakaknya yang kurus itu dengan membawa kayu besbol... ehehhehehe....saya cuba buka pintu bilik saya..tapi ada sesuatu menolak dari dalam bilik....isk apa ni...takut pulak....saya tutup balik pintu...tarik nafas...ambil sedikit kekuatan keturunan saya...keturunan pendekar seni silat selendang merah....ehehhee saya buka kembali pintu bilik dan menolak kuat ke dalam.....MiiiaaAUUuuuuuuu MiaaUuuuu ....oOopppocot.....kecut mak atuk nenek ..jantung i ni....toreh tak berdarah hehehe,

Rupanya Si Pungut...kucing kesayangan abah yang telah terkunci di dalam bilik saya....sayalah tu yang mengunci pintu bilik tadi...terlupa dia ada dalam bilik.....saya pun sambung tidur semula.....ermmm sedapnya tidur...tidur memang nikmat bagi orang yang malas untuk berqiamullail.....tapi tidur itu satu kerugian yang amat besar bagi orang yang benar-benar takut kepada Allah, dan bagi mereka  yang mencintai akhirat melebihi cintanya kepada dunia...

Perkara-perkara dunia ni banyak melalaikan kita daripada mengingati Allah....kita terlalu sibuk nak melayan orang, sibuk nak menjaga hati orang, sibuk nak kaut harta banyak-banyak, sibuk nak glamor, sibuk dengan rasa perasan pada tahap gaban, sibuk nak membodek orang untuk naik pangkat, sibuk nak tunjuk pada orang bahawa akulah manusia yang rajin, yang hebat, yang terpandai , terbijak di dunia, sibuk mengharap pujian orang....sibuk untuk bekerja dengan niat-niat yang tertentu...sibuk bekerja dengan rasa yang tidak ikhlas....sibuk, sibuk, sibuk....dan sibuk....semuanya selalunya melalaikan.....saya dah malas layan tu semua....memang merosakan jiwa saya....hemm

Marilah kita sama-sama kembali ke jalan yang diredhai Allah....saling ingat mengingatkan...saya terlalai rakan-rakan ingatkan...rakan-rakan terlalai...saya mengingatkan....kita memang manusia yang lemah yang sering terlalai ..apa yang terbaik sama-sama kita perbaiki kelemahan dengan sentiasa mengingati Allah. Banyakan beristigfar, sabda Rasulullah s.a.w, "Bahawa hatiku sering benar tertutup, kerana itu aku selalu memohon ampunan kepada Allah setiap hari 100 kali" Hadis riwayat Muslim.

Rasulullah beristigfar 70 -100 kali sehari....memohon keampunan kepada Allah....berapa kali satu hari kita beristighfar???? kalau kurang dari jumlah itu..bererti kita sebenarnya sombong, dan kita sebenarnya telahpun berasa terlalu hebat dengan apa yang kita ada. Wallah hu a'lam...

Posted at 05:27 pm by cikguizza
Make a comment  

Sunday, March 01, 2009
Sukan Sekolah Saya

Saya tak ada masa untuk bercinta dengan dengan manusia, tapi saya ada banyak masa untuk bercinta dengan Allah...cuma saya mohon Allah swt berikan kekuatan kepada saya dalam mendekatkan diri pada Allah..godaan dan cabarannya cukup besar. Saya agak sibuk hingga tak ada masa untuk update cerita baru...harap pembaca blog tak jemu menunggu saya menulis cerita baru ehehhe

Sebenarnya saya nak tulis tentang hari sukan sekolah saya ermmm saya telah memikirkannya berulang kali...nak tulis ke tidak nak tulis ke tidak...nak tulis ke tidak...ermmm saya tulislah.....ini pandangan peribadi saya...tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.

Sebelum hari sukan seperti biasa acara sebelum sukan berlangsung...semangat yang kental dan rasa kasih sayang yang amat dalam ...dalam diri ketua pasukan rumah saya, (rumah Satria) telah mendorong ketua pasukan saya melakukan macam-macam usaha untuk meraih kemenangan. Kadang-kadang ada juga perkara yang saya kurang bersetuju dengan cara ketua pasukan saya tapi sebagai anak buah..ketaatan dan sokongan saya pada pasukan dan ketua saya adalah tidak berbelah bagi.

Bermula dengan satu surat bantahan rumah pasukan saya ke atas rumah pasukan lain, maka dengan itu bermulalah satu insiden yang memalukan dunia perguruan tanah air ehehhehe. Ketua saya yang membuat bantahan tidak salah, dia melakukan mengikut prosedur yang betul juga atas sokongan rakan-rakan sepasukan, kawan saya yang kena bantah juga tidak bersalah sebab dia guru baru yang masih baru belajar untuk menjadi ketua rumah sukan . Hanya kerana sukan bertaraf sekolah...saya ulangi bertaraf sekolah...maka keluarlah kata-kata yang kurang sesuai dari mulut guru-guru pasukan lain...agak mengecewakan. Saya akui latihan yang diberikan oleh ketua pasukan saya pada para peserta sukan dari rumah pasukan saya ketika waktu pembelajaran dan pengajaran berlangsung adalah satu kesalahan. Saya amat tidak bersetuju dengan tindakan beliau tapi dalam diam saya mengiktiraf semangat, keberanian dan kebijaksanaan beliau dalam usaha menaikkan nama rumah pasukan Satria.

Ada guru lain yang bising-bising dengan mengeluarkan bahasa yang kurang enak di dengar...saya kata, bagi saya ketua saya bijaksana....ada yang menjawab ..bijaksana apa kalau guna pelajar untuk berlatih masa waktu belajar....saya kata pelajar boleh menolak kalau dia tidak mahu berlatih....tapi semua pelajar yang dipanggil turun berlatih....cuba fikir kenapa? sebab pembelajaran dalam kelas tidak seronok...kalau guru bijak membimbing pelajar belajar insya'Allah pelajar tak mahu keluar berlatih...sesetengah pelajar pernah berkata kepada saya...daripada belajar dengan guru tu baik kita berlatih ehehheheee.....saya tak kata apa...itu pilihan mereka.  Ketua pasukan saya tak akan marah kalau pelajar menolak untuk berlatih ketika waktu belajar...saya kenal ketua saya tu..bukan sehari saya kenal dia....dari mula-mula saya masuk sekolah tu lagi saya dah bekerja bersama beliau...malah ketua rumah sukan saya adalah kawan-kawan emak dan abah saya sendiri. Kalau nak kira bijaksana ke tidak bijaksana ke ...saya lihat ramai juga guru-guru lain yang ambil pelajar ketika waktu belajar untuk berlatih macam-macam terutama ketika hendak menyertai mana-mana pertandingan lain, pertandingan ping pong, pertandingan kuiz, pertandingan  kebudayaan, aktiviti-aktivti sekolah dll , juga menggunakan pelajar untuk membuat garisan-garisan di padang ...adakah itu boleh dikatakan tindakan yang bijaksana.... adakah itu tidah salah...kenapa orang tak bising-bising bila keadaan itu berlaku. 

Cuma pada hari sukan hampir berlangsung ni..semangat semua guru terhadap rumah sukan mereka adalah seperti tentera yang berada di medan peperangan ..perang Israel dan palestin....semangatnya sungguh mengerikan....

Saya diserang dengan macam-macam ayat ketika hari perhimpunan sekolah semata-mata kerana guru-guru lain tak berpuashati dengan ketua rumah sukan saya....kenapa saya yang diserang???? saya tanya balik pada mereka....dah jumpa ketua saya ke? kenapa tak tanya dia sendiri....tak ada orang yang jawab pertanyaan saya....

Satu hari, kawan saya telah menelefon dua orang anak murid saya yang tak dapat hadir ke sekolah pada waktu pagi...seorang sakit pinggang ..entah apa aktiviti dia pada malam tu..sampai dia sakit pinggang...seorang lagi tak hadir sebab kaki dia cedera masa acara sukan semalam..agaknya dia nak kumpul kekuatan kaki untuk acara petang.... sebelah petang mereka datang..dan duduk di tempat letak motosikal...perkara ini juga menjadi sindiran seorang guru....dengan berkata..pasukan satria siap lagi boleh telefon pelajar dia yang tak datang pagi tapi masuk acara belah petang....saya diam jer. Malas nak layan....

Suatu petang saya dapat menangkap seorang pelajar rumah pasukan tot tot yang tiada acara tapi guru rumah sukan tu call suruh datang sekolah petang tu untuk masuk acara..ganti orang last minute, betul-betul ketika acara dah nak berlangsung....pelajar itu membuat pengakuan kepada saya...dia tiada acara tapi cikgu pasukan dia call suruh masuk acara....sedangkan acara sudah hampir berlangsung..beberapa minit lagi..pertukaran pelajar dilakukan di padang tanpa pengetahuan rumah pasukan lain.....saya yang menjadi marsyall ketika itu....pertukaran juga tidak dimaklumkan kepada pengelola pelajar...saya diam je....saya biarkan sebab saya nak tengok lagi apa kutukan guru-guru rumah sukan lain terhadap rumah sukan saya...sedangkan mereka tidak nampak kesilapan yang dilakukan dalam rumah sukan mereka sendiri...tak tahulah tak nampak ke buat-buat tak nampak...

Kawan sepasukan saya mengadu..ada nama peserta rumah sukan lain..yang bila dipanggil nama tu, tapi yang datang masuk acara orang lain...berlaku penipuan peserta di padang...ermmm saya bilang pada kawan saya ..biarkan...kita tengokan jer..

Kalau kita nak tengok perangai sebenar manusia...tengoklah pada hari sukan...macam-macam berlaku...itulah perangai sebenarnya....macam-macam perkataan keluar dari mulut guru-guru tanpa memikirkan perasaan rakan-rakan lain. Hari sukan hanya sebulan dan kemuncak sukan hanya satu hari...sedangkan guru-guru akan bersama dengan rakan-rakan sekerja dalam tempoh yang lama jika tidak ditukarkan ke sekolah lain...jadi nasihat saya jangan kerana hari sukan, kita merosakan diri dengan menunjukkan perangai buruk kita pada kawan-kawan yang lain...belajarlah menjaga mulut sebab semua orang ada hati dan perasaan. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Bukan satu kes jer yang saya dapat tangkap..ada lagi kes kepengelatan berlaku tapi saya dah malas nak cerita. Sukan pun dah lepas.

Saya agak kasihan melihat ketua rumah sukan saya yang habis-habisan dikutuk orang. Seolah-olah tidak ada langsung perkara baik yang pernah beliau lakukan untuk semua rakan-rakan sekerjanya. Kata orang kalau sekalipun kita tidak sukakan orang itu, jangan sampai menutup beberapa kebaikan yang pernah dia lakukan. Kata seorang kawan saya dari rumah sukan Satria..."Mai, saya hairan betul tengok diorang ni (cikgu-cikgu lain), kalau cikgu Rahman minta balik cepat semua orang gembira, senyum sampai ke telinga..semua orang balik cepat, cakap terima kasih kat cikgu Rahman pun tidak..komain suka lagi, tapi bila cikgu Rahman buat macam tu ramai pulak yang kutuk-kutuk dia". Saya pulak menambah...."Ha'ahlah diorang tu...cikgu Rahman mintak balik cepat suka...senyum sampai bibir terjuih ke lutut wakkakakakkaa saya gelak-gelak, tapi bab ngutuk cikgu Rahman tak berfikir pulak diorang tu ek". Saya gelak-gelak dengan kawan saya...sambil cubit-cubit manja.

Yang parahnya golongan guru, golongan pelajar releks jer....ini baru sukan bertaraf sekolah je tuan-tuan dan puan-puan, belum lagi sukan olimpik ehehhehehehhee...tergelak sungguh saya...

Hargailah semua kawan-kawan sekerja kita...semua orang telah berpenat lelah menjayakan hari sukan..jangan sebab nila setitik merosakan susu sebelanga. Masa hari sukan saya tak nak pakai baju biru...saya pun tak pakai baju warna merah kesukaan saya....warna yang sama dengan rumah sukan saya....saya pakai baju warna hitam dan maroon ....saya bertindak berkecuali...seperti tak ada rumah pasukan, sebab bagi saya semua orang adalah rakan-rakan saya..masa hari sukan, selain jaga pelajar, saya lebih banyak buat kerja menarik plastik hitam untuk mengutip sampah-sampah yang bertaburan. Waktu pengumuman kemenangan rumah sukan saya...saya tidak berada di padang..saya kemaskan tong-tong air sirap bandung yang saya bawa dari rumah...saya masukkan ke dalam kereta. Saya pergi tengok gerai burger adik gemuk saya kat hujung pagar sekolah...laku burger dia hari tu...tu gerai pasukan satria....ahli rumah satria makan burger yang dibuat oleh adik saya dan rakan-rakannya.

Saya tak mahu kerana hari sukan ada yang bergaduh-gaduh, bermasam muka. Kutuk mengutuk...kata mengata..sindir menyindir...saya lebih suka tengok kawan-kawan saya gembira...saya suka tengok semua kawan-kawan saya tersenyum....saya suka berkawan. saya tak suka kehilangan kawan...tapi saya tak suka berkawan dengan orang yang tak pandai menjaga mulut anugerah Allah yang tak terhingga nilainya yang hanya dipinjamkan sementara untuk kita.

Saya tak suka hari sukan sekolah...saya tak suka gaduh-gaduh hanya sebab sukan...saya tak suka sindir menyindir hanya kerana sukan...saya tak suka orang tinggikan suara pada saya hanya kerana sukan....saya benci kekasaran, saya benci mulut-mulut jahat pada hari sukan...kalau orang lain mahu bergaduh hanya kerana hari sukan sekolah, carilah regu gaduh mereka....saya bukan kaki gaduh....mungkin pada hari sukan akan datang saya akan memohon untuk menjadi tukang kutip sampah keliling sekolah...saya kira itulah pekerjaan yang lebih mulia untuk saya ketika itu. Saya tak perlu bercakap dengan orang lain..saya cuma kutip sampah jer....kutip dari mula sukan hingga penutup sukan....indahnya menjadi pengutip sampah pada hari itu....

terima kasih pada semua yang telah menjayakan sukan sekolah tahun ini...kawan saya cikgu Yusuf cukup bimbang kalau pada hari sukan tak ada orang yang menolong....saya kira beliau telah menjadi setiausaha sukan yang bagus..begitu juga cikgu Rahman, beliau juga pernah menjadi setiausaha sukan yang bagus sebelum ini. Bukan mudah untuk mengendalikan satu majlis besar.

Semoga sukan sekolah tahun ini memberikan satu pengajaran yang bermakna dalam hidup saya.

Posted at 08:58 am by cikguizza
Comments (5)  

Monday, February 23, 2009
Terlalu Sibuk

Maaflah buat semua pembaca blog saya, saya betul-betul sibuk buat masa ni....esok hari sukan. Ada sesuatu yang hendak saya ceritakan nanti...saya ada banyak kerja yang perlu diselesaikan.....kalau sesiapa yang masih setia, tunggulah saya menulis cerita baru nanti....buat masa ni saya perlu selesaikan beberapa kerja penting..sekarang saya tengah memerhatikan gelagat manusia, untuk saya selitkan dalam cerita baru saya nanti....alangkah baiknya jika blog saya tidak dibaca oleh rakan-rakan sekerja saya ehehehhehehe.....maklumlah blog saya adalah rumah saya, adalah kampung saya, adalah buah hati pujaan saya, tempat meluahkan rindu dan melepaskan dendam....tempat melemparkan jutaan kemarahan yang tertahan pada zahirnya....tempat mencurahkan kasih sayang.....dan macam-macam...takut ada yang tak sanggup sahaja untuk membacanya....

 

Posted at 06:49 pm by cikguizza
Comments (5)  

Previous Page Next Page
© cikguIzza 2000-2012