Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah reban beralih gelanggang, tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh
cikguizza
SELAMAT DATANG
Sabda Rasulullah s.a.w :Perkara yang mula-mula dihisab bagi seorg hamba Allah itu dihari kiamat ialah sembahyang (solat)".
Riwayat Tarmizi
Sabda Rasulullah s.a.w : “Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.” (riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Nasa’i)
Biodata :
Nama : cikguizza
Tarikh Lahir : 25 Februari 1972
Alamat : Parit Jawa, Muar, Johor.
Pekerjaan : Guru (sekolah menengah)
Opsyen : Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu
Sejarah Pendidikan :
SK Simpang (4) Pt. Jamil (1978) SK. Parit Jawa, Muar (1979-84) SMKA Maahad, Muar (1985-89) Institut Maharani, Muar (1990) SMK Tengku Mahkota, Muar (1991-92) Univ. Pendidikan Sultan Idris (1998-2001)
Pengalaman Mengajar:
Tadika ABIM (1992-93) Sek. Agama Arab At-Tanwiriah (men dan ren) (1993-98) Sek. Agama, Parit Jawa(KAFA)- petang(1993-1997) SMK Jementah, Segamat, Johor(2001)
Praktikum : SMK Ulu Kinta, Perak (2000) SMK Syeikh Abd. Ghani, Bidor, Perak (2001)
"Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua urusan" Riwayat Bukhari
Nak berbicara tentang hidup, saya rasa saya tak ditakdirkan untuk memiliki cinta manusia , tp saya hanya layak untuk menjadi pemerhati cinta manusia, penasihat kala pencinta terluka, pemujuk kala pencinta kecewa....ehehhe apa boleh buatkan...ada hikmah di sebaliknya.
Nilah dia seorang guru yang dulunya tabah tapi sekarang hati dia dah parah..banyak sangat terpaksa menanggung perasaan ehhehe
Alleycats
Nota Terakhir
Ada sekeping nota Kujumpa di atas meja Mencurahkan satu rahsia Yang terpendam menjadi dendam
Mungkinkah selama ini Kau hanya bersandiwara Demi melupakan Suatu tragedi Yang tak mampu ku tempuhi
Nota yang terakhir ini Cukup aku mengerti Firasatku terhadapmu Semuanya benar
Ku bukan seorang jutawan Yang sebagaimana engkau inginkan Ataupun seorang cendekiawan Yang dapat mendidik seribu insan
Ahaksss....ehehe jiwang jap...ni hanya sekadar suka-suka jer....saja nak melapangkan fikiran yg kusut dengan kertas-kertas esei pelajar yang hendak ditanda...kita tak semestinya gembira jika cinta itu ada, dan kita tak semestinya kecewa jika kita tidak memiliki cinta....ermm suka tengok cerita drama Cinta Gila, Rahsia Hati....
Buka cerita baru....sebagai manusia biasa kita tak akan lari daripada rasa marah , gembira, benci , suka dan seribu satu macam rasa. Kadang-kadang bila dah lama sangat pendam perasaan tu arr yg jadi haru biru, Tak perlah biasalah tu...blog saya ni tempat saya meluahkan perasaan ..sebab saya tak suka meluahkan pada orang depan mata saya ehehehhe.
Minggu sudah, minggu bawa makanan ke sekolah...malas nak turun ke kantin jauh dah kat depan..ada hari yg saya bawa urap beremi, sambal udang, kawan-kawan bawa sambal tempe , ayam masak merah...makan arr ramai-ramai ..GPK pun makan sama kitaorang...seronok kalau kat tempat kerja kita rasa gembira...cuma adatlah kan dalam hidup ada masa kita gembira ..ada masa kita berduka...
Bukan saja 'ribut' berlaku di tempat kerja saya..tapi ribut yang sebenar-benarnya juga berlaku di kampung saya...lihatlah kesannya.
Hari tu ribut melanda kampung saya..(keluar dalam surat khabar)..saya terjaga masa hujan turun lebat sangat....cepat-cepat saya iron baju sebab takut tak ada letrik....masa tengah iron baju tu arr ribut melanda...sampai bergegar kuat pintu cermin....langsir terangkat-angkat kainnya....takut juga arr...bunyi angin tu tak dapat nak digambarkan ..kuat sangat bunyi angin bersiul...saya dengar kat luar bunyi macam-macam benda terbang....lepas iron baju..saya duduk diam-diam jer....tunggu ribut berhenti...
Esoknya masa pergi sekolah tu sepanjang perjalanan memang banyak arr pokok tumbang ..patah dahan, bersepah-sepah..kejadian ribut tu juga meragut dua nyawa remaja yang pulang lewat pagi.. langgar pokok yang tumbang merintang jalan...dalam hati saya macam manalah agaknya keadaan kubur abah ..sebab ada pokok tinggi hujung kepala kubur abah...banyak pokok yang tumbang tu tercabut akar-akarnya sekali....
Esoknya balik sekolah saya ada urusan di bandar..balik dari bandar terus saya ke kubur abah...benarlah seperti yang saya jangkakan....pangkal pokok ni betul-betul dekat kubur abah.
Sebatang pokok tumbang kemudian menghempap sebatang pokok lain hingga patah dahannya....
Pokok tumbang tu hempap kubur yang berhampiran kubur abah sampai senget nisan dia...
Keadaan bersepah-sepah dekat kubur abah...kubur abah memang tidak dibuat sebarang binaan atas wasiat abah. Alhamdulillah Allah melindungi kubur abah saya...
Banyak dahan patah di kebun bapa saudara saya, hingga menghalang laluan rumah jiran..pagi-pagi lagi masa di sekolah saya dah call adik lelaki saya, minta dia callkan kawan abah, pak cik Mak Som. Pak cik Maksom yang bersihkan laluan rumah jiran saya .
3 batang pokok pisang yang tumbang menghempap bangsal memasak sebelah rumah saya....tu saya tak pergi tengok kebun belakang...nampak ada banyak dahan yang patah.
2 hari selepas kejadian..saya menyusur jalan menjejaki kesan ribut...tu bangsal pak cik jual kuih sekeping 20 sen yang terbang ke rumah jiran dia...kaki bangsal ke atas ...
Papan tanda kontroversi yang baru ditukar...gambar asalnya gambar seorang lelaki yang ikan keluar daripada seluar dalam dia...ada ker patut buat papan iklan gambar macam tu...dia tukar papan iklan baru tapi masih ada unsur lucah..akhirnya bila ribut melanda tercabut papan iklan tu...itu arrr nak buat sesuatu tu kena berfikir...Allah marah...jangan sampai nanti kita jadi macam kat Indonesia...bila Agama Islam kita tak jaga betul-betul ..pandang remeh pada soal hukum..membunuh orang yang berjuang atas nama jihad fi sabilillah, khurafat berleluasa akhirnya Allah turunkan gempa....Tsunami ..dan sebagainya....isk takut jer...nauzubillah ..
Lokasi kat Parit Samsu..terbongkar akar pokok tu...
Lokasi kejadian yang meragut nyawa dua orang remaja, yang pulang lewat waktu ribut melanda. Jalan ni menghala ke tanah perkuburan bapa saya.
Bagi saya kejadian ribut hari itu adalah satu peringatan Allah....jangan memandang remeh kuasa Allah....segala kesenangan dan kebahagiaan yang telah Allah berikan kepada kita adalah satu ujian supaya kita semakin dekat kepadaNya...kalau kita semakin jauh, semakin lalai....tunggulah saatnya....
* jangan kejar pangkat dalam hidup kita, jangan kejar nama dalam hidup kita, jangan kejar puji-pujian dalam hidup kita, jangan kejar harta-harta dunia....biarkan semuanya datang dalam keadaan yang tenang...itulah rezeki namanya....
Tahun ni bermula dengan satu mood yang tidak begitu bagus, kehilangan abah, saya kena uruskan wasiat-wasiat abah, uruskan banyak perkara..urusannya sulit tak sesulit menguruskan 4..5 orang anak (saya dah biasa jaga adik-adik sejak saya sekolah rendah lagi). Senang lagi waktu abah masih ada..kalau ada masalah pun saya akan berbincang dengan abah. Sekarang abah dah tak ada, semua kena buat sendiri. Nak cerita pada orang baik tak payah...saya kurang percaya pada orang ..bukan apa berdasarkan pengalaman arr nanti dah cerita tidak membantu apa-apa, lagi bertambah pening ada arr....mungkin sebab saya tak suka dengan orang yang banyak bercakap...jadi saya malas nak bercerita dan bercakap.
Urusan kerja pulak tahun ni saya ditegur/dileter/ala-ala dimarah arr jugak oleh pegawai PKG sebab DVD player perpustakaan terlepas ke tangan orang dan orang tu tak nak pulangkan bila saya minta. Dia punya perangai menyebabkan saya yang kena...geram jugak arr. Saya bilang pada pegawai PKG...saya cuma bagi pinjam pada cikgu A sahaja sebab untuk merakam sukan Olimpik 2008 ...sepatutnya dipulangkan selepas tu tapi tak dipulangkan. cikgu A ni dihormati kawan-kawan dan disenangi kawan-kawan sebab sikapnya yang baik pada semua orang. Cikgu A kata cikgu B guna..., ketua bidang tut tuttttt. Saya cakap dengan pegawai PKG sebab masa tu pegawai tu tengah periksa peralatan Pusat sumber....saya cakap, saya dah ingatkan dia suruh pulangkan tapi dia tak nak pulangkan, dia kata perpustakaan dah siap kemas ke?. Saya ingat lagi pesan aruah bapa saya....peralatan sekolah biar dia rosak tak digunakan daripada disalahgunakan.....ni dah salah guna arr...ada ke nak wat rakaman untuk ABM pergi ambil DVD sekolah bawa balik sampai hampir setahun....masa TV rumah saya rosak, saya nak ajar karangan berita tak ada arr saya amek tv sekolah bawa balik untuk rakam contoh berita....senang macam ni...kalau bukan harta kita...kita jangan usik, jangan nak pinjam-pinjam tanpa kebenaran....lagi arr kalau harta tu hak kerajaan. Nak guna, beli sendiri....saya cakap lagi kat pegawai PKG, saya dah suruh pulang banyak kali....Pegawai PKG kata,"sepatutnya pinjam bawa balik rumah ni memang tak boleh sama sekali....cuba tengok dalam inventori, di mana kedudukan DVD player tu sepatutnya...lain kali kena tukar jer dalam inventori tu tulis kedudukan DVD player kat rumah ketua bidang tut tutttt". Tu arr pasal orang lain yang buat masalah...orang lain yang degil dan orang lain yang punya salah, saya yang kena...
Saya suruh pulang DVD tu ..dia pi buat surat bagi pada pengetua...nak mintak kelulusan pengetua pulak...pengetua tak tahu yg dvd tu dah dipinjam hampir setahun....payah kalau orang tak nak dengar kata dan nak jadi queen control harta benda sekolah..lepas tu menyusahkan hidup kawan-kawan sekerja. Malas betul dengan orang macam ni....
Lepas saya kena tegur dengan pegawai PKG saya terus pergi jumpa pengetua dan bagitahu pengetua...pegawai PKG dah marah saya pasal DVD tu..dvd tu dah dipinjam hampir satu tahu tuan haji, sejak tahun 2008 lagi, saya dah mintak banyak kali supaya dipulangkan tapi dia tak nak pulangkan, saya cakap dia buat tak tahu jer. Terus arr Tuan haji bilang pada saya, "tak apa biar saya yang minta". Bila pengetua minta cepat pulak dia pulangkan...nampak sangat arr .......wal hal....Allah je arr yg tahu.... Lepas tu pengetua jumpa saya dia tanya,"Rumaizah dia dah pulang tak DVD tu"..."dah" saya jawab....
Tahun ni teruk arr kerja..bilik guru dan pejabat dimasuki perompak 2 kali..sekarang bilik guru dah tukar ke bangunan baru tapi berlaku lagi kontroversi bila ramai cikgu naik angin bila sebuah bilik yang telah dikemaskan oleh ketua kelab bilik guru untuk dijadikan bilik mesyuarat dan tempat tumpang solat oleh guru-guru dihalang oleh ketua bidang tut tuttt....saya kesian tengok ketua kelab bilik guru yang balik sampai pukul 3 petang pada suatu petang untuk menyediakan kemudahan solat untuk guru-guru, dia cari carpet, bentangkan carpet , bersihkan tempat tu...alih-alih tak dibenar bersolat di situ...bertegas le orang tu tak bagi orang solat kat situ..bilik punyalah luas...walhal bilik tu atas kuasa ketua kelab bilik guru bukan ketua bidang. Memang bilik tu untuk simpan file panitia dan meeting tapi tak kan nak solat yang sesekali kat situ tak boleh....ni lah manusia bila Allah berikan kesenangan sepatutnya dia bersyukur dan Allah dululah yang kita letakkan dalam hati dan fikiran kita ..tapi ni tidak...jadi macam ni...
Lepas tu ada pulak yang nak kemas bilik guru lama..semua buku-buku yang cikgu-cikgu dah tak nak, buku-buku lama nak disumbatnya dalam perpustakaan dengan alasan senang budak-budak nak rujuk...berpusat dia kata....saya bilang buku-buku tu bagi je pada kelas letak kat sudut bacaan kan boleh.....Eh! tak..tak nak keputusan dah ada dalam kepala dia tapi buat-buat tanya kat kita...semuanya dia nak control kat hujung jari dia... apa ler....tension betul ar....nak pergi kerja pun dah naik menyampah....dulu duduk kat sekolah bahagia je....kawan-kawan pun cakap sekarang gi sekolah pun dah bosan....
Hari tu saya kena lagi dengan orang yang sama, ada ke surat arahan pentadbir meminta 'dia' uruskan budak-budak untuk menyusur sungai kat Johor, tup-tup dia potong nama dia...dia tulis nama saya lepas tu terus bagi surat tu pada saya dan cakap bla bla bla....naik angin arr ..besar ke pangkat dia tu...mati nanti bungkus kain sama warna tau....saya baca surat tu, tak ada pun suruh guru mengiringi pelajar ke JB nanti...saya cakap ngan "dia". Dia jawab apa ,gini ayatnya,"eh! tak ada ek..cikgu tak kena pergi ek..kalo tak ada tak apa arr, meh sini suratnya akak uruskan" tengok tu..nampak sangat arr memang niat nak menyusahkan saya.... Kadang-kadang saya kesian arr tengok saya sendiri....jadi mangsa aniaya orang...saya ni nampak macam tak ada kerja tp dalam kepala saya kerja bersusun.
Kawan-kawan saya nasihatkan saya supaya sesekali kena tegas ..kalau tidak nanti macam-macam saya kena...
Tak per..hari ni hari saya........
apa yang saya belajar ..rupanya dalam hidup ni tak boleh berlembut dan bertolak ansur selalu....nanti ada gajah pijak kepala kita....
Maklumlah bila dah ramai-ramai ni perangainya macam-macam. Ibarat dalam setandan pisang tak semua pisang tu baik..ada ler sebiji dua yang busuk.
Bawak ler berubah perangai tu...jangan hidup menyusahkan kawan-kawan...teringat saya pada suatu peristiwa ..seorang kawan saya menangis...saya ni tak tahu benda arr terus masuk bilik guru sekali tengok kawan saya menangis ingat ke pak we dia marah dia ke apa....yang seorang lagi kawan saya lak masuk terus jer tanya ..eh! wani ko naper.....kawan saya yang ni ingat ada orang meninggal...lepas tu kak suzana ngan wani cerita...rupanya dia kena marah dengan ketua bidang tut tuttt dengan nada suara yang tinggi...patut arr masa saya masuk dia masih lagi bebel panjang....cikgu wani ngan cikgu liza cerita kat saya, walhal semua urusan persatuan sudah pun disediakan..itulah orang kalau tak sabar memang arr suka menyerang jer tanpa usul periksa...
Petang masa aktiviti koko, saya tengok orang yang marah cikgu wani tu duduk je tak buat kerja sambil bual-bual dan gelak-gelak...cikgu wani je yang uruskan budak-budak.....hemmm macam-macam...
Dalam hidup kita ni kita kena ingat...sekali kita melukakan hati orang, belum tentu hati orang tu akan baik seperti sedia kala...walaupun kita peluk-peluk dia, kita tepuk-tepuk dia...kita ketawa-ketawa...org yg terluka mungkin terpaksa arr ketawa sama..tapi di belakang kita dia sebenarnya mungkin menyampah tengok kita....sebab pulut santan binasa ..sebab mulut badan binasa.... kalau orang lain mungkin arr diorang boleh berlakun ketawa sama-sama..berbual sama-sama tapi kalau saya ..saya tak kuasa...saya malas layan...kalau saya kena sekali saya boleh lagi arr kata tak apa..tapi kalau dah kena banyak kali....sorryyyyy sangat-sangat ..saya malas nak campur..malas nak layan..kalau tak ada hal penting tak adanya saya nak bercakap.....kalau saya tak suka....maknanya saya tak suka arr...saya ada banyak lagi kerja yang saya kena uruskan.
nak lagi baik....kat tempat kerja kalau kita dah ada bilik pergilah duduk dalam bilik tu...kalau tak ada hal yang benar-benar penting tak yah lah dok nak menyinggah borak-borak kat tempat lain...
satu lagi kita bila kerja ..jangan hipokrit...biar ikhlas...tak perlu nak menunjuk-nunjuk atau memandai-mandai...kita dalam satu kumpulan bukan kita bergerak seorang...dalam apa-apa hal kita kena bincang beramai-ramai bukan ikut keputusan sendiri....sekolah milik ramai...jangan bilik ini aku nak..bilik itu pun aku nak.....yang ini aku nak...yang itu aku nak....nanti lama-lama disebabkan perangai buruk kita...orang tengok kita menyampah..dengar suara kita pun orang menyampah...bila kita lalu nanti orang lain pun akan saling memberikan isyarat tak suka......cukup cukup lah tu...kita yang buat salah akhirnya kita yang kena balik..ibarat seorang penebang pokok...dia nak tebang pokok tapi salah bahagian yang digergajinya akibatnya hempap diri dia balik.
*saya ceritakan supaya kita semua ambil iktibar daripada semua peristiwa di atas..itu pun tak cerita semua....
>>>sesi edit atas nasihat kawan-kawan, cuma saya diminta supaya tidak memadam cerita ini supaya menjadi pengajaran pada semua.... saya perlu luahkan supaya saya tidak begitu tertekan<<<< saya perlukan masa yg amat panjang untuk kembali sejuk....apa yang pasti saya sudah hilang minat.... sekarang apa rasa kalau hati disakiti....dan cuba fikir apa perasaan org yang telah ramai kita sakiti.....fikirlah kembali......saya rasa sungguh lega setelah meluahkannya.......
Raya lepas sama macam dulu-dulu ..ada banyak rumah terbuka...Suatu hari pada hari Rabu yang 2...3 minggu lepas ..tak ingat dah ehehhe ada 6 rumah terbuka...rumah pengetua, rumah GPK Koko, rumah Kawan sekerja Fairuz, rumah cikgu Din, rumah Kak Rosdiza, dan rumah Pak cik Sudin (pekerja pejabat). Saya pergi semua..ada banyak makanan, saya makan banyak-banyak ehehehhee. Pertama kali raya sebagai anak ayatim piatu ..saya rasa pelik dan berlainan benar....saya jenis yang suka menyimpan perasaan...sebab tu saya jarang senyum..terlalu banyak menahan sabar...dan terlalu banyak menahan marah...nanti ada satu cerita saya nak ceritakan supaya menjadi pengajaran pada semua. Nantilah..ni nak cerita pasal raya hari tu.
Pergi rumah pengetua, makanannya ada ikan keli masak lemak cili api + daun cekur....saya kan tak makan ikan darat..lagi arr macam keli tu ehehhe saya geli badan dia bulat macam ular....tapi masa di rumah pengetua...saya kata dalam hati ..saya nak cuba jugak...sebenarnya saya bukan suka ikannya tapi saya suka sangat makanan yg dimasak ada letak cekur...pastu saya cuba arr ambil ikan keli tu seekor...dan cuba makan...ermm agaknya pengetua dah baca-baca doa...saya makan dengan selera tanpa fikir-fikir cuma saya tak makan sebersih peminat ikan keli makan...saya tak boleh nak ratah-ratah arr...masih ada rasa yang tersangkut kat tekak ehehhehehhe. Tapi itu dah jadi satu cubaan yang baik...
lepas tu pergi rumah cikgu Hamdan (GPK Koko)...huaaaa banyak ar makanan..ada pecal, ada laksa, ada macam-macam arr. Ada orang besar-besar dapat duit raya tapi saya tak dapat arr ehehhe.
Lepas tu pergi rumah kawan saya Fairuz, makan buah-buah, saya dan kawan-kawan bergasak makan jambu batu dengan asam boi...best...lama tak makan jambu. Lepas tu pergi rumah cikgu din, makan bubur som som...ada gak mee goreng..saya dah kenyang ni....lepas tu terus pergi rumah kak Rosdiza..makan pecal....sedap. Lokasi sampai Semerah, lepas tu patah balik menghala ke Muar...singgah kat Sungai Balang Besar, pergi rumah Pak cik Sudin..ada buah betik, ada tembikai, ada nasi putih, sambal udang...lagi apa ek...lupa dah ehhee..tapi puas arr beraya malam tu pengsan arr tidur.
Pastu saya ada pergi rumah terbuka PAS...tak salahkan kalau pergi...orang dah buka untuk semua...saya bujang...pergi rumah terbuka dapat makan free ehehhehe.
Makan kat rumah terbuka PAS..tudung merah, UMNO, tudung hijau, PAS ehehehhe. Hidup mesti gembira, buat apa yang kita suka yang penting tak bertentangan dengan agama..
raya-raya -raya...raya lagi ehehhe
saya terlupa buka name tag ..sebab pergi beraya sebaik saya tamat kerja eheheh
Kemudian mak cik-mak cik kat kampung bilang nak datang marhaban...ermm puas dok fikir nak masak apa arr untuk diorang tu...akhirnya saya ternampak kuali goreng burger ngan roti John adik gemuk...apa lagi terus terfikir nak masak roti jala ehehehhee....pukul 2 petang orang nak datang marhaban...pukul 11 pagi saya dah mula menebar jala..
Lepas tu saya masak kuah kari dalam pukul 1 petang. Saya dah set masa semua tu...jadi mesti buat kerja ikut masa...senang bekerja kalau mulut tutup...kalau buat kerja sambil bercakap..berbual..alamat kerja tah ke mana...masa tah ke mana..saya tak suka cakap banyak masa memasak...dan tak gemar berkawan dengan penyibuk...tukang sibuk..yang suka nak sibuk-sibuk hal orang...
ok ..kita hidangkan roti jala atas meja yer...kuih-kuih kita angkut sekali dengan bekasnya tak payah masuk-masuk bekas-bekas lain ..bukan masa nak menunjuk-nunjuk ehhehehehee. Lagipun memang tak ada bekas cantik pun ehehhehehe. Jangan hipokrit kan kan...tak ada buat cara tak ada...jgn tak ada nak mengada-ngada..
Cukuplah tu, lagipun rumah saya rumah yang ke tiga akhir...diorang dah kenyang pun nanti bila datang rumah saya. Pak cik saya telefon ..pak cik kata,"Ngah ko tak ikut marhaban". Saya jawab,"tu veteran je yang pergi pak cik ehehhehehehe". Pak cik gelak-gelak...ehehhe. Kalau ada masa terluang ..saya memang akan duduk di rumah yang banyak meninggalkan kenangan ni tapi saya sedang berusaha untuk menambah baik rumah lagi satu...nak tukar duduk rumah tu. Ni jadi rumah hinggaplah pula insya'Allah. Tak tahulah bila pertukaran itu akan dilaksanakan. Mungkin 3...4 tahun lagi...atau 2 tahun lagi.
Walau apa pun, hari raya tidak begitu bermakna tanpa mak dan abah....dah ditakdirkan begitu....nak buat macam mana...hendak tak hendak kena terima...
Line internet dah ok sikit...ada masa saya update cerita baru..banyak cerita tapi tak ada masa. Sekarang saya tengah sangat banyak kerja...di samping masalah-masalah dengan manusia-manusia kat sekolah tu. Tahun ni sungguh membosankan. ermm ..saya rasa ..saya dah tak berapa tabah..."Jiwa saya tidak dimamah usia..tapi jiwa saya dimamah manusia...".
Sejak dari awal raya lagi saya memang sangat sibuk...biasanya muka saya ni muka dapur ...duduk kat dapur ..buat kerja dalam dapur juga...malam raya, berbuka puasa dengan ketupat, Sambal Goreng Johor, Kari ayam. Ketupat tu buat dalam 70 ke 80 sarung. Malam tu juga adik ipar bawa balik kuih lopis berbantal-bantal yang masih berbungkus dengan daun pisang. Adik ipar orang Melaka. Saya tak gemar kuih manis tapi saya suka kuih lopis ar, aruah abah pun suka juga . Mak adik ipar saya dah ajarkan cecara nak buat kuih lopis cuma saya belum pernah cuba memasaknya. Ramai keluarga saya suka kuih lopis.
Adik saya Ain, beraya di kuala Pilah tapi petang raya dia balik Muar. Tak sudah-sudah dia mesej saya suruh masak sambal goreng Johor ( Sambal goreng ni bukan macam sambal biasa tapi ada tempe, tauhu, tauhu kering, suun, Perut lembut (babat), adik saya Akbar tambah kerang dalam bahan masakan kali ni, santan...eh macam-macam arr). Lepas tu dia pesan suruh simpankan sambal goreng tu, suruh masak rendang banyak-banyak pulak....rendang tak sempat masak...makan jer rendang yang saudara mara beri. Banyak dah tu...
Pagi Raya saya bangun awal untuk memasak nasi beriani, daging beriani dan kari dalca. Terlewat juga dah tu bangun..dalam pukul 5 pagi..adik lelaki saya yang akan membantu saya memasak awal-awal lagi dah berpesan supaya mengejutkannya bila saya mula nak memasak beriani. Jadi pagi raya tu dimulakan dengan merebus daging dulu bagi lembut...rebus daging untuk beriani dan rebus daging untuk buat kari dalca sayur dan daging. Nasi beriani masak lambat sikit....fresh arrr nasi tu. Adik ipar masak ayam masak merah dan buat pencuk (Johor panggil pencuk, tempat lain ada yang panggil acar timun).
Petang baru pergi hantar nasi rumah jiran-jiran, saudara mara dan kenalan. Adik saya Akbar, hantar nasi ke rumah mak mertua dia di Melaka. Dalam pukul 5 petang saya masak lagi nasi beriani sebab nasi yang masak mula-mula tadi dah nak habis. Dia balik malam tu bawa pulang daging asam Melaka...banyakk. Puaslah memakannya.
Raya ke dua, ramai keluarga saya balik rumah saya, bapa saudara, ibu saudara, sepupu-sepupu..penuh laman rumah dengan kereta-kereta. Petang ni sesi makan kuih muih, murtabak daging, adik gemuk ada buat air lincikang (ada orang panggil laicikang, cikang dan sebagainya). Malam masak nasi putih, lauk ada dah. Macam-macam ada. Abang mak saya dan keluarga balik ke JB malam tu juga, abang mak saya dah uzur..tak kuat sangat.
Raya ketiga, pagi tu saya masak nasi goreng dan mee hoon goreng (mee siam). abang sepupu beli roti canai, putu piring. Bapa saudara saya beli mee rebus. Ikan untuk masak tengah hari ditaja oleh abang sepupu.
Tengah hari tu masak asam pedas ikan pari, asam pedas ikan mayong, udang goreng, sayur kobis goreng. Lepas makan bapa saudara dan keluarga balik Subang Jaya. Petang tu abang sepupu dan keluarga pula bertolak balik ke Kajang.
Raya ke empat. Hari ni ada kumpulan marhaban pakatan kampung nak datang rumah. Nak masak soto hari ni. Adik saya dan adik ipar keluar beli ayam dan semua bahan. Adik bongsu keluar beli buah dan bahan lain yang diperlukan. Saya berharap tak ada orang datang beraya di rumah pada hari ini..sebab saya sibuk sangat..anak murid saya mesej...saya cakap set hari lain...saya sibuk hari ni. Daripada pagi lagi buat sarapan, lepas tu masak tengah hari. Saya sempat makan sarapan hanya pada waktu tengah hari...makan tengah hari saya tak sempat ambil...letih ...letih. Belum siap apa-apa lagi, masa nak tengok adik sepupu saya balik ke Subang Jaya tiba-tiba sekumpulan pelajar datang...kelam kabut arr saya....siap-siap solat..tukar pakaian....nasib baik adik bongsu saya tahu apa nak di buat...adik bongsu dan adik saya Hidayah (Dita), menyiapkan air minuman dan kuih-kuih raya..adalah dalam 20 orang bekas pelajar saya tahun 2006. Nasib baik diorang tak lama kat rumah saya ehehhe. Saya dah lambat ni ..saya kena masak soto untuk marhaban malam nanti...Saya tukar semula baju supaya saya mudah buat kerja...Masuk dapur nasib baik adik bongsu dah masakkan nasi empet dan dah cincang ayam. Saya siapkan bahan-bahan lain...sambil-sambil mengajar adik bongsu saya cecara masak soto tu.
Tiba-tiba keluarga Mak Andak saya pula datang....erkkk mak Andak masuk dapur...saya beritahu malam nanti ada kumpulan marhaban nak datang. Jadi saya layan mengikut sepatutnya..nasib baik diorang faham, tengok kami di dapur begitu sibuk...diorang tak berlamalah di rumah saya. Kalau abah ada..tak apa..abah boleh tolong layan sementara kami semua memasak.
Semua adik-adik saya membantu, keluarkan pinggan mangkuk, bekas-bekas minuman, jug air, kemas ruang depan, angkat buah-buah, dan macam-macam lagi. Kalau saya buat sorang mahu pengsan saya ehehhe....saya bersihkan ayam, masak soto seperiuk besar sambil dibantu oleh adik bongsu saya, hiris timun, celur tauge dan sebagainya. Nasib baik sayur tauge tu adik saya Ain dan bersihkan ekornya. Lama dia membersihkan dari tengah hari sampai petang.
Lepas maghrib adik saya Akbar sampai dari rumah mertua dia. Saya minta tolong dia belikan bawang goreng tadi...yang sedia ada tak cukup kata adik bongsu saya. Sempatlah makan malam sekejap ..tengah-tengah makan... kumpulan marhaban sampai. Siap tak cukup mangkuk dengan sudu lagi..adalah dalam 30 orang.
Lepas tamat marhaban, barulah dapat berehat..adik bongsu saya angkat semua pinggan mangkuk bawa ke dapur. Saya cakap biar jer kat dapur esok baru kita basuh...terlalu letih dah....masa untuk tidur....ZZzZzzZ semua orang pengsan keletihan.
* saya ingat kan dah post cerita ni...rupanya saya tak post ehhehe siap dah lama...busy punya pasal la ni ehehhe
Ramadan kali ini buat pertama kalinya saya lalui tanpa abah, dan tahun ini juga adalah tahun ke lapan saya melalui Ramadan tanpa emak. Saya anak yatim piatu, begitu juga semua adik beradik saya. Sedih juga....ada orang kata sedih lagi kalau lahir-lahir tanpa emak dan abah tapi bagi saya tidak, sebab bila kita besar bersama emak dan abah, kita melihat banyak perkara, kita lalui banyak juga perkara bersama, kita nikmati hidup bersama, kita gembira dan sedih bersama...semua yang dilalui itu amat sukar kita lupakan. Kalau lahir tanpa ibu bapa...kita tak mengenali siapa mak dan abah..jadi kita tiada kenangan bersama untuk diingati...
Selama hidup saya, saya akui, saya lebih rapat dengan abah berbanding emak. Kawan-kawan saya tanya, mana gambar emak awak bila mereka terpandang wall paper laptop saya adalah gambar saya yang diapit oleh dua gambar abah saya. Saya jawab ringkas saja, "mak saya tak suka bergambar". Saya tak suka orang bertanya soalan begitu kepada saya tapi saya tak menyalahkan mereka dan soalan itupun tak salah mereka ajukan kepada saya. Mereka ingin tahu. Jelas sifat manusia memang selalu ingin tahu....
Walau apapun saya tetap sayangkan emak saya dan sayangkan abah saya juga...saya selalu berada bersama mereka ketika mereka masih hidup, dan saya juga selalu berada di tepi kubur mereka sesudah mereka meninggalkan saya. Semoga mereka berbahagia di alam 'sana'. Adik-adik saya pernah berkata," abah dah jumpa emak". Saya teringat suatu ketika dahulu, kawan-kawan abah pernah ceritakan kepada saya, mereka cuba menjodohkan abah dengan perempuan-perempuan lain...tapi abah jawab," kalau jumpa yang seperti emak saya, abah akan terima...". Hakikatnya tiada. Bagi abah, emak adalah yang terbaik...walaupun pernah sesekali kehidupan rumah tangga dilanda badai, taufan, ribut dan angin sepoi-sepoi bahasa..adat berumah tangga...sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula...... Penghargaan tidak semestinya ditunjuk-tunjukkan ..ada masanya kita cukup menghargai seseorang..tapi kita simpankan dalam hati...bagi saya itu lebih bermakna. Abah jenis yang begitu tapi saya tahu....memuji kadang-kadang lebih merugikan...sebab kita yang memuji mendatangkan rasa ujub dan riak dalam diri orang lain yang secara tak langsung mungkin boleh menambahkan dosa dan mengurangkan rasa ikhlas dalam diri seseorang....memuji ada masanya memberikan sedikit kebaikan ..bila mana seseorang itu menjadi lebih rajin, lebih berusaha dan sebagainya..wallah hu a'lam.
Seumur hidup saya hanya sekali, dua sahaja abah marah saya...tapi banyak kali saya dimarahi oleh emak....kadang-kadang saya dimarahi hanya kerana perkara kecil atau kadang-kadang saya dimarahi kerana perbuatan adik beradik lain....ada hikmah di sebaliknya. Bila mak marah saya, saya akan ikut solat berjamaah di belakang abah...ermm . Hari tu dalam facebook, pensyarah adik bongsu saya, Dr. Noriah bertanya pada adik bongsu saya, adakah saya dan adik saya nombor lima adalah kakak-kakak adik bongsu saya....adik bongsu saya jawab,"Ya". Lalu memperkenalkan kami kepada Dr. Noriah...saya baca apa yang adik saya tulis...adik bongsu saya kata,"saya macam mak-mak sikit"...saya tersenyum membacanya....Memang saya macam mak-mak....ada beberapa sikap yang saya warisi daripada aruah mak dan abah saya. Sikap mak saya yang sangat perisau, sikap mak yang tak suka bertandang ke rumah orang dan suka beli barang-barang plastik. Sikap abah saya yang tak banyak cakap, sikap abah saya yang sangat tegas. Sikap yang sama antara mak dan abah yang saya warisi iaitu berkebolehan dalam memasak dan menguruskan urusan rumah.
Perbezaan dan persamaan antara emak dan abah saya...
1. Emak banyak bercakap..abah tidak
2. Emak selalu marah...abah tidak
3. Abah garang lebih tapi mak kurang sikit garangnya
4. Emak perisau dan suka tunjukkan kerisauannya, abah perisau tapi kurang menunjukan kerisauannya.
5. Emak pandai masak, abah pun pandai masak
6. Emak rajin, abah pun rajin
7. Emak tak suka berjalan (terutama pergi rumah orang sekalipun rumah adik beradik sendiri), abah suka berjalan.
8. Abah lebih suka membeli belah dan berbelanja dalam kuantiti besar dan mahal, beli periuk-periuk besarlah, perabutlah, pinggan mangkuklah..emak saya suka berbelanja dalam kuantiti kecil dan sederhana mengikut keperluan, emak suka beli barang plastik macam besen, baldi, gayung, bekas-bekas makanan, tumbler.
9. Emak suka pergi kelantan dan terengganu,begitu juga abah...mereka sangat suka membeli belah di sini.
10. Emak suka bawa balik roti dari sekolah untuk saya, abah tak.
11. Emak boleh makan ikan apa-apa sahaja kecuali ikan darat (ikan sungai arr), abah hanya makan ikan merah, jenahak, tebal pipi, beliak mata, ikan parang, gelama, kasih madu, ikan mesia, tamban, abah pun tak makan ikan darat.
12. Emak suka makan sayur rebung jeruk, tauge, meranti, dan banyak lagi. Abah Abah lebih suka kobis bunga, brokoli, cendawan, meranti, asparagus dan abah tak makan rebung jeruk.
13. Abah suka kuih-kuih manis, mak tak kisah sangat tentang kuih.
14. Abah suka duduk di warung, mak tak suka abah duduk di warung.
16. Emak suka pergi pasar, abah pun suka pergi pasar.
17. Abah suka makan buah-buahan. Hari-hari mesti ada jer abah beli buah jika bekalan buah di rumah sudah habis. Mak tak kisah sangat..ada mak makan, tak ada mak tak kisah.
18. Mak buat baju sikit jer tapi abah kalau buat baju banyak helai. Baju abah lebih banyak daripada baju emak saya. Saya ikut abah juga bab ni..saya suka beli kain dan buat baju baru.
19. Abah sangat dikenali di tempat saya, emak low profile dan agak malu untuk bercampur gaul dengan orang kampung. Selalunya emak pergi rumah jiran dan rumah saudara mara sekeliling rumah je. Kalau kenduri kahwin baru mak pergi rumah orang kampung.
20. Emak akan menulis di meja, sedangkan abah lebih suka menulis sambil meniarap. Adik-adik saya yang suka menulis atau membuat kerja sambil meniarap ialah Dita @ hidayah, adik gemuk, adik bongsu dan abang saya. Saya, Ain, Akbar lebih suka menulis di meja.
Ada banyak lagi tentang emak dan abah saya, lain kali saya cerita...tahun ni buat pertama kalinya saya dan adik beradik beraya tanpa abah...buat pertama kalinya saya dan adik beradik beraya sebagai anak yatim piatu...
Petang Khamis, saya pergi membeli belah bahan-bahan untuk memasak..saya beli belah kali kedua...Hari tu adik lelaki nombor 3, bagi saya duit, saya gunakan duit tu untuk beli barang-barang dapur sebagai persiapan hari raya. Saya tak nak beli belah lewat sangat sebab nanti jalan semua jem, kereta terlalu banyak, pasar terlalu ramai dengan manusia. Saya tak suka tempat yang sesak. Kelmarin saya pergi Econsave tapi tak ada tempat nak parkir kereta, sudahnya saya balik je. Saya pergi lagi sebaik sahaja balik sekolah pada keesokan harinya. Alhamdulillah tak ada orang sangat ketika saya sampai tapi bila saya keluar keadaan tempat letak kereta sudah penuh. Saya jumpa beberapa orang kenalan yang sama tujuan seperti saya dalam Econsave tu seperti cikgu Zakaria dan isteri, dan seorang anak murid saya yang datang bersama ibunya yang juga kenalan saya.
Kuih raya memang tak buat dah ..saya dah tak ada mood untuk buat kuih raya sejak beberapa tahun dulu lagi. Mungkin nanti bila saya beli oven besar baru saya mula buat kuih semua, insya'Allah. Semuanya beli saja...adik bongsu saya bawa balik kerepek dari Shah Alam. Saya beli kek lapis sikit dan kuih tart daripada adik sepupu saya Geff. Beli kek kukus di pasar tani..
Balik dari bandar saya terus ke kubur abah dan emak pada petang Khamis tu, dalam perjalanan balik..ketika sampai simpang keluar jalan kubur...saya nampak ada dua orang bersongkok tepi simpang...ermm ada kematian hari ni... sama seperti aruah mak saya yang meninggal pada bulan Ramadan tahun 2001 beberapa tahun dulu. Di jalan besar saya berselisih dengan kenderaan jenazah...ermm betul telahan saya.
Mood raya tak datang lagi...rumah pun tak berkemas ..adik bongsu yang sibuk mengemas. Petang Khamis, saya panggil tukang potong rumput. Pagi Jumaat adik bongsu mengemas sana sini. Malam tadi, sewaktu saya tersedar jam 1.30 pagi..adik bongsu sedang menganyam sarung ketupat. Kesian dia. Hari ni Dita balik kampung, Ain dan adik ipar akan balik petang hari raya selepas ke rumah ibu mertuanya di Kuala Pilah. Adik lelaki nombor tiga ada di rumah mertuanya di Melaka...tak tahu akan sampai ke rumah Parit Jawa pukul berapa. Malam tadi bekas pelajar saya Izzaty, datang menghantar ketupat dan lauk pauk, ada kek juga. Banyak mak dia bagi...Izzaty memberi saya sebuah kitab yang tebal dan berkulit keras seperti sebuah tesis master bertajuk hukum hakam solat berjamaah. Terima kasih banyak pada zaty dan mak zaty yang amat bermurah hati. Ini bukan kali pertama saya dapat lauk pauk dan ketupat dari keluarga pelajar saya ni...biasanya kalau mak Zaty bagi makanan, memang banyak..ayam jer tah berapa ketul..saudara mara saya pun tak bagi sebanyak ni....tahun ni ada kek lagi...ada kitab, ada brooch lagi....alhamdulillah..semoga Allah murahkan rezeki mereka sekeluarga dan dianugerahkan kesihatan yang baik supaya mudah beribadah. Amin3x Ya Rabbal Alamin. Zaty satu-satunya anak murid saya tahun 2008 yang memilih jalan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang pendidikan Islam walaupun dia dari aliran Sains. Saya kira dia telah memilih satu jalan yang bijak....insya'Allah. Semoga dia berjaya dengan pilihan jalannya...insya'Allah.
Daging, tulang lembu, ayam dan semua bahan masakan sudah dibeli..tapi tak sebanyak dulu. Dulu abah yang keluarkan belanja ..saya tambah sikit-sikit jer. Kali ni saya banyak uruskan. Kalau boleh tahun ni tak nak bagi duit raya..sebab kocek dah kering. ehehhee tapi tak tahu lah.
Hari ni, hari tersibuk. Petang nanti dah nak masak lauk hari Raya...esok Ahad kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Sebelum cuti sekolah, hari terakhir kami semua bersalam-salam bersama pelajar-pelajar dan guru-guru. Adatlah hidup...kalau tak kita menyakiti hati orang, orang yang akan menyakiti hati kita. Sama ada kita sedar atau tidak, sama ada kita mahu mengakuinya atau tidak tapi itulah hakikatnya. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Cuma biasanya hati saya disakiti orang. Biarlah...
Sempena hari raya Aidil Fitri pada hari esok, saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir batin pada semua rakan-rakan pembaca blog saya di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, USA, Jepun, Britain, dan di mana-mana sahaja. Hati-hati memandu bila berziarah dan jangan lupa menjengah ibu bapa dan saudara mara jika berdaya. Saya akan kembali lagi dengan cerita baru jika keadaan mengizinkan ..insya'Allah.
"Hargailah apa yang kita ada sebelum nikmat itu diambil semula oleh Khalik Yang Maha Esa"...
Sebelum menjelangnya Ramadan, sekolah saya bergabung dengan SMK Raja Muda mengadakan Kem RIMUP...ni perkhemahan untuk perpaduan arr tapi tahun ni tak ada satu pun bangsa lain dari bangsa Melayu yang menyertainya...ermm tahlah...anak-anak murid saya yang berada di tingkatan 4 pun tak nak menyertai...agak rugi arr pada pandangan saya. Kem RIMUP tahun ni terbaik setakat ni bagi sayalah. Cuma waktu tidur malam tu hujan pulak..dah budak-budak ni dikejutkan untuk tidur di surau. Kem bermula dari hari Jumaat hingga Ahad. Saya rasa tahun depan saya nak beli khemah besar macam yang Tunku Mahkota Johor pakai tu....boleh berdiri. Tak tahulah berapa harganya. Saya pun nak turut sama tidur dalam khemah ehehhehe. Jadi tahun depan insya'Allah tak adalah gaduh-gaduh tak ada cikgu yang nak tidur di sekolah waktu program RIMUP begini.
saya tak tidur di sekolah sebab dah seharian hingga ke malam saya berada bersama-sama pelajar. Malam saya balik..sebab saya tahu saya biasanya akan 'pengsan' bila mengikuti aktiviti begini ehehheheh. Itu pun GPK HEM bising-bising kata cikgu bujang pun tak nak tidur kat sekolah...kadang-kadang saya fed up dengan sikap sesetengah orang...kenapa dalam semua hal cikgu bujang je yang kena tala buat itu buat ini....ingat cikgu-cikgu yang bujang ni tak ada tanggung jawab lain ke.... saya tengok cikgu-cikgu yang dah berkeluarga sarapan pagi anak nak ke sekolah pun tak buat...pagi-pagi dah tercongok dalam kantin. Saya buat sarapan pagi. Saya tak kata arr saya baik, atau bagus tapi tanggung jawab tetap tanggung jawab. Sekurang-kurangnya siapkan air teh o ke apa ke...aruah mak saya dulu setiap pagi mesti buat sarapan. Mak bangun awal pagi, jam 4.30 pagi ..jam 5 pagi. Masak kari ayam, asam pedas, macam-macam. Anak-anak akan tengok ibu bapa macam mana, kemudian dia menilai. Sebagaimana ibu bapa mahukan anak-anak bagus, baik, bertanggung jawab, jujur, begitulah juga dengan anak-anak mereka juga mahukan ibu bapa yang begitu.
Saya rasa tak salah kalau dalam urusan kerja kita bergilir-gilir buat kerja. Yang setakat datang siang jengah-jengah je masa aktiviti perkhemahan tu, eloklah sebelah malamnya tidur pula kat sekolah. Ni balik-balik orang bujang...balik-balik orang bujang...kadang-kadang terasa macam hamba kerahan tenaga... cikgu-cikgu bujang ni ramai yang tak kisah nak tolong menolong tapi bila dah tolong kena bebel memang arr kita orang rasa kecewa sangat...terasa macam ada orang yang tak tahu bersyukur. Nasib baik tak cakap depan saya tu...kalau cakap depan saya masa tu juga saya start enjin kereta ...bye bye arrr.....jaga sendiri ehehheheheh. Saya tak suka orang membebel...saya tak suka orang banyak cakap...bosan.
Budak-budak ni sedang mendengar taklimat daripada kem komandan, cikgu Fauzi (SMK Raja Muda). Cikgu Fauzi seorang yang amat bertanggung jawab, memang layak arr jadi kem komandan.
Itu saya arr tu ehehhehe. Saya AJK buku program saja tapi saya ada bersama setiap hari siang dan malam bersama-sama kawan-kawan bujang saya untuk menjayakan program ni atas nama bekerjasama dan bertanggung jawab.
Cikgu Yusuf (SMK Seri Menanti) dan cikgu Azhar (SMK Raja Muda) sedang berbual bersama seorang pegawai polis marin yang ada bersama-sama dalam Program RIMUP kali ini untuk memantau aktiviti laut. Naik kapal tutttt tuttt tuttt dalam laut yang sedikit bergelombang dan cuaca berjerebu ..tapi seronok arr...
Taklimat pemakaian jaket keselamatan oleh pegawai polis marin. Penting ni.
Cikgu Haniza, Ustzh Fairuz, saya, En. Polis Marin, cikgu Nabiha.
Cikgu-cikgu kena naik bot bersama para pelajar untuk menjaga pelajar
sepanjang perjalanan menaiki bot bersiar-siar di laut belakang sekolah saya ni... laut ni lebih kurang 5 kilometer di belakang sekolah saya. Cuma ni kami masuk kawasan laut tapi kat pantai kampung Seri Menanti. Tu gambar bot peronda polis marin yang mengiringi , bot nelayan yang kami naiki. Laju arr bot tu...macam dalam Drama Gerak Khas tu....
ni cikgu-cikgu bujang yang naik bot bersama pelajar-pelajar pulak yer. Cikgu-cikgu tu mula-mula riuh je..bila dah sampai jauh hampir tengah laut terus senyap. ehhehehehe ada sikit-sikit pening arr diorang kata. Saya, alhamdulillah ok...saya cucu cicit orang-orang yang turun ke laut.
eheheheh sempat lagi berangan-angan atas bot peronda polis marin.
Aktiviti merentas desa sambil menjawab teka silang kata.
Aktiviti kerohanian..solat berjamaah dan kuliah maghrib..ni pun ada juga pelajar perempuan yang menipu tak nak solat ...dahsyat-dahsyat budak-budak zaman sekarang...sanggup lagi kata datang haid....isk isk isk....padahal tadi amil telekung ..bila kawan dia tak solat...dia boleh pula kata dia pun uzur ehheheh...kat situ juga saya sound....terkebil-kebil biji mata dia.
Aktiviti laut turut disertai oleh rescue 999. Langkah keselamatan..pastu berdoa dan tawakal arr pada Allah.
Aktiviti bergambar sewaktu menanti ketibaan pelajar-pelajar yang merentas desa melalui kawasan ini.
Aktiviti luar yang terakhir iaitu melalui rintangan dalam lumpur . Ustaz Fadzli sedang memeriksa tahap kedalaman lumpur, maklumlah anak orang takut gak kalau karang tenggelam dalam lumpur ehhehehehe
Hah tu dia....menyeberangi laut ehehhehe...nasib air surut. Mula-mula semuanya takut ..tapi akhirnya pelajar perempuan yang masuk dalam lumpur dulu...lelaki semua takut...aduhhhh duhhh ...bila budak perempuan dah turun baru lelaki ikut...apa sudah jadi dengan anak-anak lelaki sekarang.... kalau bab ragut dia buat dulu..bab rempit dia buat dulu...bab dadah dia juga buat dulu...bab mencuri motor, kereta dia juga buat dulu... hai lah anak lelaki....nampaknya kejantanan anak lelaki semakin luntur pada akhir zaman ehehhehehehheheh..nak kiamat dah ni.."tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia".. Wallah hu a'lam
ahhaha cikgu..serius nampak...kenapa tu? ada masalah ke..? penat ke? nak ambil duit ke? cikgu ada duit ke tak tu? >> sesi bercakap dengan diri sendiri...dah GPK HEM tak ambil berat tentang kami...kena bebel pulak tu kami ni....jadi ni sesi bercakap dengan diri sendiri dan ambil berat tentang diri sendiri ehehe. Tak per cikgu...relekkksss ...cikgu nak ambil h/phone ek tu...slow-slow ambil h/phone dalam kocek tu nanti duit-duit dalam kocek tu ikut terkeluar bertaburan nanti...walaupun saya tahu cikgu tak ada duit banyak...hanya ada duit-duit syiling cukup buat beli air tebu...tapi saya tahu maruah cikgu tinggi...cikgu cukup jaga maruah diri dan keturunan serta seluruh ahli keluarga cikgu...saya tahu tu. Kalau takat orang bebel-bebel ke marah-marah ke kat cikgu..cikgu relek jer..wat-wat sabar...serahkan diri mereka pada Allah....dan serahkan diri kita juga pada Allah...Hasbunallah wanikmal wakil...sabar ek cikgu...orang atas dunia ni memang semua nak tunjuk gagah...nanti dalam kubur...diorang lain cikgu...banyak-banyak bersabar ek cikgu...ehehheheh
Jumaat 3 Julai, sebaik saja saya balik ke rumah dari sekolah, saya kemas pakaian yang perlu. Saya nak pergi Subang Jaya malam nanti. Pak cik Zainal dan Mak cik Mariaton nak ikut sama. Adik gemuk akan pandu kereta kembara comel saya tu. Saya ada banyak kerja yang perlu dibuat sebelum bertolak ke sana. Kat luar ada longgokan dahan rambutan yang baru ditutuh oleh kawan abah, Pak cik Mat Som. Saya kena bersihkan rambutan tu dari dahannya. Nak bawa ke Subang Jaya nanti.
Adik sepupu saya cikgu Linda telefon tanya saya bertolak bila. Saya ajak dia naik kereta saya sekali. Bertolak sama-sama tapi dia nak naik bas. Tak lama lepas tu dia call lagi cakap tiket bas dah habis. Jadi dia ambil keputusan balik Muar dan pergi bersama saya.
Saya kemaskan buah-buah rambutan tu seorang diri dulu. Petang nanti adik saya Akbar dan adik ipar saya Aty akan balik tolong saya kemaskan rambutan tu semua. Lepas maghrib Linda sampai. Jadi saya, Akbar, Aty dan Linda sama-sama mengemaskan buah-buah rambutan tu dan masukkan ke dalam beg plastik.
Pak cik Zainal dah telefon beberapa kali tanya bila nak pergi. Ialah janji pergi lepas maghrib tapi terpaksa ditunda. Adik gemuk pulak pergi ke laut memancing ikan. Dia ikut kawan abah, Pak Ali. Selalu dia pergi tangkap ikan. Kalau dapat Gelama, saya tak payah dah nak beli ikan lagi kat pasar. Semalam adik gemuk dapan ikan Talang besar-besar lebih 20 ekor. Tadi petang adik gemuk bawa balik ikan Talang saiz kecil sedikit tapi lebih 35 ekor. Banyak. Saya bagi adik nombor 3, Akbar bawa balik. Separuh lagi Pak Cik Zainal minta. Nak buat ikan kering katanya. Jadi simpan dulu dalam peti sejuk beku kat rumah saya. Sebab nak bertolak ke Subang dah malam ni. Lepas Maghrib adik gemuk ambil Pak Cik Zainal dan Mak Cik Mariaton kat rumah mereka. Jam 9.30 malam baru kami semua bertolak. Saya, Linda dan adik gemuk satu kereta. Pak Cik Zainal dan Mak Cik Mariaton, Aty dan Akbar satu kenderaan lain depan kereta saya.
Sampai Seremban, adik gemuk berhenti kat kawasan rehat kat situ. Mengantuk, dia turun beli air, adik gemuk belikan saya air kopi dan nasi lemak. Linda pulak tidur dah kat tempat duduk belakang kembara. Lepas dah hilang mengantuk barulah bertolak semula ke Subang Jaya. Adik saya Akbar dah berdesup laju, adik ipar mesej, dia kata Akbar pandu laju sebab kalau bawa perlahan dia mengantuk. Dia terus ke rumah bapa saudara saya Pak Yem , kat Subang Jaya juga tapi seksyen lain arr. Hantar Pak cik Zainal, Mak cik Mariaton dan buah rambutan.
Adik gemuk terus ke rumah Akbar, ngantuk tak tahan dah tapi sampai rumah Akbar, adik gemuk kata nak tidur rumah kawan dia. Saja nak jumpa kawan-kawan katanya. Masuk je rumah saya sambung makan nasi lemak yang beli tadi, adik ipar saya makan mee goreng, beli kat kedai mamak kegemaran dia ehehhe. Saya tak suka makan kat kedai mamak tapi saya suka roti nan, roti canai, roti bom, roti tempayan, cicah kuah dal, kuah kari....ermmm sedapnya. Cuma saya cukup risau kalau orang buat roti canai tak basuh telur. Nak buat roti canai telur tu, dia tebar adunan roti canai tu, lepas tu tangan dia terus je ambil telur dari papan yang letak telur tu, pecahkan atas roti.....eeeiiiiii najis arrr...tak suci telur tu jadi telur tahi ayam..sebab apa tau, telur tu tak dibasuh dulu. Kadang-kadang kita beli telur pun kita nampak ada najis ayam, cuba bayangkan penebar roti canai tu, dia dah tebar-tebar , tangan dia ambil telur kat papan yang tidak dibasuh tu dan pegang, pecahkan kemudian pegang telur dan pegang adunan roti yang ditebar....isk isk iskkkkk.. makan roti tahi ayam lah kita jawabnya. Patut arr anak-anak jadi lembab, lembam kat sekolah. Payah nak ingat ilmu sebab makan makanan tak suci. Kita pun sama, bila nak ingat sesuatu ilmu tu terpaksa menghafaz berkali-kali..tu pun tak berapa nak ingat. Inilah akibat makan makanan tak suci, nampak bersih tapi tak suci. Telur kalau dah cuci tapi letak balik atas papan telur yang kotor tadi, sama je kotornya. Ni kena beringat-ingat sikit, kalau nak jadi generasi cemerlang zahir batin kena jaga apa yang kita makan, dari segi kesuciannya, kebersihannya dan kehalalannya.
Orang sekarang dah tak kisah, duduk minum kat kedai kopi orang kafir pun ok jer, makan roti bakar yang orang kafir bakarkan pun ok jer, makan kuey tiaw yang orang kafir goreng pun ok jer, makan kat kedai makanan laut orang kafir pun ok jer...pendek kata makan kat kedai makan orang kafir pun boleh berselera. Patut arr anak-anak dan keluarga hancur akhlaknya. Pergi luar negara pun macam tu...main makan je makanan apa pun tanpa mengira status kesucian dan kehalalannya. Ni bagi sesetengah orang arr, sesetengah orang yang lain cukup ambil berat apa yang mereka makan.
Sabtu, 4 Julai 2009 , Adik saya Dita @ Hid dah ada dah kat rumah Akbar. Malam tu saya tidur, Linda tak tidur sangat, dia siapkan baju mummy dia, nak pasang-pasang labuci dan manik-manik.
Pagi tu Akbar pergi dulu rumah Pak Yem naik motor. Lepas tu adik saya Ain, adik ipar, Faizal, anak-anak buah saya, Syadat dan Deeja pergi juga. Tinggal saya, Aty, Linda dan Hid yang ada kat rumah Akbar, tunggu Linda siapkan baju Mummy. Mummy dia dah telefon beberapa kali tanya pasal baju tu. Maklumlah kenduri kahwin kali ni ada pakaian seragam pemberian ibu saudara saya, Mak Sham.
Belakang: Cikgu Linda (sepupu saya), Hid (adik saya no. 5), Saya dukung anak buah, Syadat), Lula @ Zura (sepupu saya).
Depan: Deeja (anak buah), Ain @ Dr. Inayah (adik saya no. 4).
Daddy (bapa saudara saya Hj. Mahmood, Abang mak saya), Pak Omar (Dr. Hj. Mohd. Omar, abang mak saya), Saya dan sepupu saya, Wani. Dalam mulut daddy ada rambutan rasanya tu ehheheheheh.
Pengantin, sepupu saya yang lelaki, Aditya.
Yang baju hijau tu bapa saudara saya, Pak Yem @ Hj. Ab. Rahim (adik mak saya - tokey kek lapis Arisya), bergambar bersama Pak Omar dengan gaya senyum lebar bapa pengantin ehhehehe.
Ni ibu saudara saya, Mak Sham @ Dr. Shamsiah (adik ipar mak saya - mak pengantin). Tengah cakap apa arr tu ehehhee.
Tu kak sepupu saya, Kak Shidah & Abg Ramli (Dr. Hj. Ramli)..romantik nampaknya. Belakang tu kak Shila ( isteri abang sepupu saya) tengah perhatikan merpati dua sejoli yang sedang bergaya bila diambil gambarnya. Gaya macam jelous je kat Shila ehehhehehhehe.
Ini adik gemuk saya, menjaga tong air kot ehhehe.
Linda, Kak Shila dan adik saya, Ain..ni lah tempat paling strategik untuk bergambar ehehhehee.
Ha inilah saya ehhehee dan adik perempuan saya Dita @ Hid (tokey shell). ehhehehe tengah betulkan beg kertas tu, sebab tali dia tercabut.
Jangan salah faham, ini bukan pasangan bahagia suami isteri atau pak we mak we tapi ini sketsa semasa, kakak dan adiknya (arif @ geff) ehhehee. Ala ala alahhh manjanya eheheh. makan kali ke berapa tu kak? ehhehe
Saya bersama adik bongsu Ali( setelah khemah dikemas).
Inilah meriahnya apabila keturunan Hj. Salleh bin Basman @ Hj. Salleh Ranodewangso berkumpul bersama-sama. Tak tahu bila lagi kami akan berkumpul begini, mungkin masa 'gathering family' tapi tak tahu bila, sebab bos yang selalu uruskan percutian keluarga sedang menyambung pelajarannya di Melbourne, Australia atau pada majlis perkahwinan yang seterusnya insya'Allah ..siapa??? entah....kita sama-sama tunggu ehehhehee jeng jeng jeng....semua ahli keluarga yang masih bujang belum dipinang dan belum pergi meminang ehhehe.
Saya balik malam tu juga sebab esoknya , Pada pagi Ahad ,saya perlu ke Melaka, ada kuliah yang tidak boleh ponteng.
Melihat pada tajuk tulisan saya hari ini, dapat saya rasakan bahawa itu satu tajuk yang amat besar penjelasannya. Terus terang saya katakan, saya mengkagumi dunia perubatan Islam, kekaguman itu akhirnya mendorong saya membawa diri saya terus ke dalam dunia tersebut secara formal. Hakikatnya saya mengkagumi ilmu Allah.
Belajar sedikit demi sedikit, bak kata pepatah sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit. Saya tak pernah mahu mendedahkan apa yang saya sedang lakukan, adalah lebih baik hanya Allah sahaja yang tahu tapi ada beberapa perkara yang berlaku sepanjang penglibatan saya dalam dunia ini menyebabkan saya terdorong untuk menulis cerita ini.
Apabila kita membawa diri kita ke dalam dunia perubatan islam perkara paling utama, paling penting ialah niat. Tiap-tiap suatu perbuatan itu bermula dengan niat. Apakah niat kita menuntut sesuatu ilmu, untuk menunjuk-menunjuk hebatkah, untuk membangga dirikah, untuk berbakti kepada keluarga dan masyarakat kerana Allah kah atau untuk apa? tanyalah diri masing-masing. Kalau setakat untuk membangga diri dan menunjuk-nunjuk hebat maka sia-sialah.
Bila saya bercampur gaul dengan sebilangan kecil insan dari dalam dunia perubatan Islam ini...alhamdulillah ramai juga yang berilmu tinggi. Ada yang ilmunya memang tinggi tetapi pemurah pula untuk berkongsi ilmu, ada yang berilmu tinggi dan sentiasa pula merendahkan diri. Alhamdulillah....ilmu Allah amat luas, sampai bila-bilapun kita tetap mentah dalam menuntut ilmu.
Yang mengecewakan ialah persaingan yang kurang sihat dan sifat ketaksuban pada sesatu pusat rawatan Islam menyebabkan ada di antara pengamal perubatan Islam yang saling kutuk mengutuk antara pusat rawatan mereka, kutuk mengutuk antara mereka, menaburkan cerita-cerita yang tidak patut, malah ada juga sampai satu tahap pengamal perubatan berbangga dengan ilmu yang ada di dada mereka, kemudian memperlekehkan tahap ilmu orang lain, memperlekehkan kaedah yang digunakan oleh pengamal perubatan yang lain, menabur fitnah dan sebagainya . Seolah-olah merasakan diri mereka saja yang hebat. Yang lebih mengecewakan manusia yang begini hanyalah berstatus anak murid sahaja. Inilah yang dikatakan tok gurunya tak apa-apa, anak-anak murid yang lebih-lebih.
Kadang-kadang rasa tawar hati.............., tapi saya menguatkan semangat dan berpegang teguh pada didikan yang diberikan oleh orang tua saya. Saya tidak dilahirkan untuk menjadi penipu, hipokrit dan saya tidak dilahirkan untuk menjadi penyebar fitnah. Saya akan sentiasa menyiasat dan menyelidik setiap suatu perkara yang disampaikan kepada saya, serta bertanya pada orang yang boleh dipercayai untuk mendapatkan suatu berita/ilmu yang benar dan menolak segala kebatilan. Semoga Allah berikan kekuatan kepada saya dalam berhadapan dengan manusia yang kita tidak tahu hati di dalamnya. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Saya juga berpegang pada nasihat Imam Syafie, "duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkan daripada bersahabat dengan kawan yang mesti aku waspadai" & "sesiapa menghormati orang lain tentulah ia akan dihormati kerananya. Begitu juga, sesiapa menghina orang lain, sudah tentu ia akan tersisih". wallah hu a'lam
Apa yang sangat penting sebelum menjadi pengamal perubatan Islam ialah bersihkan hati, betulkan niat, ikhlaskan diri semata-mata kerana Allah. Ini bukan platform untuk bertarung memperlihatkan kehebatan ilmu sendiri tapi inilah lantai untuk kita hidup berkongsi ilmu, bersama bersatu untuk membantu diri sendiri, keluarga dan masyarakat kerana Allah.
Apa yang sepatutnya pengamal perubatan Islam lakukan iaitu menjaga nama baik perubatan Islam dan bukannya merosakkan nama baik perubatan Islam dengan akhlak pengamal perubatan Islam yang kurang baik. Sesekali kena mendengar teguran dan kritikan orang lain dengan berlapang dada, belajar mengaku kesilapan dan buangkan sifat ego dan letakkanlah kejujuran di dalam diri dan jangan cepat merasa diri sendiri hebat.
Allah SWT telah berfirman, yang ertinya: "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan teliti (tabayyun) agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Q. S. Al-Hujuraat: 6)
"Belajarlah menangis mengenangkan dosa yang telah banyak kita lakukan, bukan ketawa gembira dengan menambah dosa yang sedia ada"
Seperti biasa saya beralasan lagi ehehhee....saya sibuk bangat kebelakangan ini. Saya dah tamatkan perkhidmatan streamyx yang saya telah langgani bertahun-tahun kerana 1. lembab 2. asyik tak boleh online dalam tempoh yang lama 3. tak ada diskaun sekalipun line sangat tak elok keadaannya 4. tak pernah ada sesiapa daripada streamyx yang meminta maaf line tak elok, sekali pun bila saya ceritakan masalah ni di kedai TMpoint 5. saya dah bosan, saya dah bosan, saya dah bosannnnn.
Saya melanggan broadband celcom sekarang ni sekalipun line 3G tak ada di kawasan saya, guna gprs tapi sesekali waktu malam laju gak linenya...itu lebih baik daripada guna streamyx yang asik asik disconnect...baru online 1 minit disconnect lagi...hampeh..walau bagaimanapun saya tetap berterima kasih pada streamyx kerana saya telah menggunakan perkhidmatannya bertahun-tahun dengan penuh sabor (kata orang muo) ehehhehe. Broadband celcom ni pun tak ok gak...tapi saya cuba guna dulu...nanti saya masukkan balik streamyx ehehhe ada sebab arr saya wat cara macam ni.....broadband ni pun slow, tentunya masalah macam ni membosankan orang yang suka menulis blog seperti saya. Ermmmmmmmmm
Cerita saya kali ini bermula dengan kisah saya berkursus di Johor Bahru bulan Mei hari tu. Saya berkursus dari hari Isnin hingga hari Khamis,ke lokasi kursus iaitu Hotel Seri Malaysia JB...adik gemuk dan kawan baik dia hantar saya, seorang cikgu SMK Raja Muda tumpang kereta adik saya juga. Bila tiba di lokasi, (kami tiba agak awal juga) saya terus ke lobi hotel, nak mendaftar ni..sampai je depan pintu hotel ..tiba-tiba seorang lelaki berbaju kot membukakan pintu untuk saya...ermm terima kasih..terima kasih ehehehe... saya senyum...kami berbalas senyum... masa beratur nak mendaftar tu..saya perhatikan orang sekeliling...ermmm rupanya hanya saya dan kawan saya saja yang memakai name tag, cikgu lain tak pakai pun ehhehe. Saya perhatikan encik berbaju kot tadi..dia tak bukakan pintu untuk orang lain, dia bukakan pintu untuk saya je ehehhehehe dia kakitangan pusat sumber negeri Johor rasanya...saya pun dok fikir-fikir..naper orang tu bukakan pintu untuk saya, ermm rezekilah tu nak dapat layanan baik sikit kot ehehhe..
Suatu pagi tu ketika saya dan rakan sebilik saya menuju ke dewan makan, nak sarapan ni...sekali tengok semua kerusi meja penuh dek orang...mana nak duduk ni...agaknya lapor benor guru-guru ni pepagi ehehhee..awal pagi mereka dah pergi makan. Jadi saya dan rakan sebilik saya duduk di kerusi bahagian depan dewan makan bersama seorang lelaki dan perempuan yang tidak saya kenali...cuma yang saya pasti itu bukan guru yang berkursus bersama saya. Saya tengok lelaki itu memakai baju ala pakistani, ala baju tabligh tu, dalam hati ermm ada gak orang tabligh dok lepak sini...biasakan mereka lepak kat masjid...kawan sebilik saya tanya.."boleh duduk sini?" Orang tu cakap" duduk ...duduk banyak kerusi kosong ni". Saya dan kawan saya terus ar duduk dan makan-makan nyum yam nyum nyam gitu..ehehe. Sekali orang berpakaian tabligh tu bertanya, saya dan kawan saya ni dari mana, sekolah mana dll....dia banyak melayan kawan saya arr...sebab kawan saya terlalu peramahnya ehehhehe saya kan pendiam..lebih-lebih lagi kalau saya tak kenal orang tu...saya banyak diam cuma nyampuk sesekali..senyum sesekali...ala-ala puan sri gitu ehhehe...nak kata saya sombong, tak berapa...nak kata saya tak sombong macam ada sikit-sikit sombong arr...wakkakaka sekali pagi tu waktu tengah makan tu ..encik 'tabligh' tu bagi tazkirah percuma tentang kehidupan...tentang amal ibadah, tentang macam-macam...part ni saya mula berminat...ini line saya ehehhee.. dari gaya puan sri saya bertukar sedikit ramah arr...sekali tu saya terdengar dia cakap prof... prof...erkkk saya sedikit terpaku...siapa pulak makhluk Allah depan saya ni sebenarnya...sekalitu datang arr seorang kakitangan perpustakaan Uitm Johor ke shah alam ke tak tahu ler saya ..lupa dah...dia duduk sebelah saya..dia bilang prof ni ada menulis buku....huk alah..lagi saya musykil...kawan saya pun sibuk tanya...boleh saya tahu, saya bercakap dengan siapa ni? ahhahaha....bagus-bagus..kawan saya dah bertanya... encik 'Tabligh' tadi tu pun kata arr.. awak sebenarnya bercakap dengan celebrity....sambil encik tabligh tadi senym simpul..ermmm sekalitu kakitangan perpustakaan tu bagitahu, depan saya tu yang encik 'tabligh' tu kan pengarah UiTM Johor ....lorr hai wakkakaka ingat ke encik Tabligh mana tadi ehehhee adoi lah . Meja makan yang saya duduki semakin ramai ..semua kakitangan Uitm, Puan Maznah A. Hamid (Timbalan Ketua Pustakawan PerpustakaanTun Dr. Ismail UiTM Johor), Puan Faridah Talib (Timb. Ketua Pustakawan Kanan PTAR UiTM Shah Alam), Tuan Haji Haron Wee Ah Boo (Ketua Pustakawan PTAR Shah Alam) seorang lagi saya tak ingat siapa. Tuan Haji Haron tu baik , peramah...cakap ada slang kelate ...
Ni dalam dewan kursus Hotel Seri Malaysia Johor Bahru.
Ketika dalam dewan, semasa Prof. Mohd Kamil berucap, beliau telah berkata, tadi ada dua orang guru yang makan bersama dia sempat arr dapat kuliah percuma agak lama juga. Kemudian sebelum ucapan beliau berakhir, beliau telah meminta dua orang guru yang makan bersama beliau tadi, iaitu saya dan seorang kawan saya supaya berjumpa dengan beliau untuk diberikan cenderamata. Kami berdua pun bangun arr....prof datang kat meja kami...dan berikan cenderamata berupa cd ceramah beliau...siap ditandatanganinya.
Saya dah tengok dan dengar ceramah beliau...bagus untuk diambil pengajaran oleh semua.
Prof. Tn. Hj. Muhd. Kamil b. Ibrahim ketika sedang berucap. Beliau seorang yang peramah dan mudah berkongsi ilmu...terima kasih daun keladi.
Hari Rabu petang adik gemuk datang, dia tidur kat hotel tempat saya berkursus, memandangkan bilik hotel banyak habis, yang ada cuma bilik untuk family, jadi saya bayar jer arr...adik gemuk komplen , angah asik tinggalkan dia jer ehhehehe. Tu yang saya suruh dia tidur jer kat hotel, bawalah kawan dia seorang. Dulu adik bongsu saya komplen, dia bilang, "angah ni asik je pergi sekolah" . Macam tulah kerja seorang guru, lain sekolah lain caranya, sekolah besar lain gayanya, sekolah kecil lain gayanya, guru ramai lain cara tadbirnya, guru sedikit lain pula cara tadbirnya....bagi guru, malam hari kerja, siang pun hari kerja...cuma yang penting dalam hidup kita...kerja biar ikhlas, bukan untuk menunjuk-nunjuk, bukan untuk diwar-warkan, bukan untuk meminta-minta anugerah cemerlang, sumbangan bakti kita....biar hanya Khalik yang Maha Esa saja yang tahu....itu lebih bermakna. Kalau dah kerja-kerja tiba-tiba je orang nak bagi cemerlang...itulah rezeki yang Allah beri...belajarlah bersyukur.
Cukup 4 hari 3 malam berkampung di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru, hari ni saya akan berangkat pulang bersama-sama adik gemuk, kawan dia dan seorang cikgu SMK Raja Muda yang tumpang kereta adik saya.
Rasa rindu yang membuak-buak pada kampung halaman ..cheeeewaaaahhh padahal bukannya jauh sangat pun. Tapi saya ni memang cepat rindu kalau tinggalkan rumah. Bagi saya rumah abah adalah 'syurga' saya. Di situlah suka dan duka hidup saya terhimpun dan tersimpul rapi.
Sampai jer rumah, angkat barang-barang semua. Hidupkan enjin kereta kembara saya....ermmmm rindunya dengan kereta lumba saya yang comel ni ehehehhe. Lepas enjin dah panas-panas suam....saya pun apa lagi...ZZzzzZzooooooMMmmm ZZzoooMMmm dengan kelajuan 5 kuasa kuda padi eehheheh kereta saya meluncur laju menuju kedai buku Popular di bandar Muar. Saya beli buku Travelog Haji , mengubah sempadan iman, dan sebuah lagi Tarvelog Dakwah, Meniti Hari Esok..kedua-duanya ditulis oleh Prof. Tn. Hj. Muhd. Kamil bin Ibrahim.