Sejak dari awal raya lagi saya memang sangat sibuk...biasanya muka saya ni muka dapur ...duduk kat dapur ..buat kerja dalam dapur juga...malam raya, berbuka puasa dengan ketupat, Sambal Goreng Johor, Kari ayam. Ketupat tu buat dalam 70 ke 80 sarung. Malam tu juga adik ipar bawa balik kuih lopis berbantal-bantal yang masih berbungkus dengan daun pisang. Adik ipar orang Melaka. Saya tak gemar kuih manis tapi saya suka kuih lopis ar, aruah abah pun suka juga . Mak adik ipar saya dah ajarkan cecara nak buat kuih lopis cuma saya belum pernah cuba memasaknya. Ramai keluarga saya suka kuih lopis.
Adik saya Ain, beraya di kuala Pilah tapi petang raya dia balik Muar. Tak sudah-sudah dia mesej saya suruh masak sambal goreng Johor ( Sambal goreng ni bukan macam sambal biasa tapi ada tempe, tauhu, tauhu kering, suun, Perut lembut (babat), adik saya Akbar tambah kerang dalam bahan masakan kali ni, santan...eh macam-macam arr). Lepas tu dia pesan suruh simpankan sambal goreng tu, suruh masak rendang banyak-banyak pulak....rendang tak sempat masak...makan jer rendang yang saudara mara beri. Banyak dah tu...
Pagi Raya saya bangun awal untuk memasak nasi beriani, daging beriani dan kari dalca. Terlewat juga dah tu bangun..dalam pukul 5 pagi..adik lelaki saya yang akan membantu saya memasak awal-awal lagi dah berpesan supaya mengejutkannya bila saya mula nak memasak beriani. Jadi pagi raya tu dimulakan dengan merebus daging dulu bagi lembut...rebus daging untuk beriani dan rebus daging untuk buat kari dalca sayur dan daging. Nasi beriani masak lambat sikit....fresh arrr nasi tu. Adik ipar masak ayam masak merah dan buat pencuk (Johor panggil pencuk, tempat lain ada yang panggil acar timun).
Petang baru pergi hantar nasi rumah jiran-jiran, saudara mara dan kenalan. Adik saya Akbar, hantar nasi ke rumah mak mertua dia di Melaka. Dalam pukul 5 petang saya masak lagi nasi beriani sebab nasi yang masak mula-mula tadi dah nak habis. Dia balik malam tu bawa pulang daging asam Melaka...banyakk. Puaslah memakannya.
Raya ke dua, ramai keluarga saya balik rumah saya, bapa saudara, ibu saudara, sepupu-sepupu..penuh laman rumah dengan kereta-kereta. Petang ni sesi makan kuih muih, murtabak daging, adik gemuk ada buat air lincikang (ada orang panggil laicikang, cikang dan sebagainya). Malam masak nasi putih, lauk ada dah. Macam-macam ada. Abang mak saya dan keluarga balik ke JB malam tu juga, abang mak saya dah uzur..tak kuat sangat.
Raya ketiga, pagi tu saya masak nasi goreng dan mee hoon goreng (mee siam). abang sepupu beli roti canai, putu piring. Bapa saudara saya beli mee rebus. Ikan untuk masak tengah hari ditaja oleh abang sepupu.
Tengah hari tu masak asam pedas ikan pari, asam pedas ikan mayong, udang goreng, sayur kobis goreng. Lepas makan bapa saudara dan keluarga balik Subang Jaya. Petang tu abang sepupu dan keluarga pula bertolak balik ke Kajang.
Raya ke empat. Hari ni ada kumpulan marhaban pakatan kampung nak datang rumah. Nak masak soto hari ni. Adik saya dan adik ipar keluar beli ayam dan semua bahan. Adik bongsu keluar beli buah dan bahan lain yang diperlukan. Saya berharap tak ada orang datang beraya di rumah pada hari ini..sebab saya sibuk sangat..anak murid saya mesej...saya cakap set hari lain...saya sibuk hari ni. Daripada pagi lagi buat sarapan, lepas tu masak tengah hari. Saya sempat makan sarapan hanya pada waktu tengah hari...makan tengah hari saya tak sempat ambil...letih ...letih. Belum siap apa-apa lagi, masa nak tengok adik sepupu saya balik ke Subang Jaya tiba-tiba sekumpulan pelajar datang...kelam kabut arr saya....siap-siap solat..tukar pakaian....nasib baik adik bongsu saya tahu apa nak di buat...adik bongsu dan adik saya Hidayah (Dita), menyiapkan air minuman dan kuih-kuih raya..adalah dalam 20 orang bekas pelajar saya tahun 2006. Nasib baik diorang tak lama kat rumah saya ehehhe. Saya dah lambat ni ..saya kena masak soto untuk marhaban malam nanti...Saya tukar semula baju supaya saya mudah buat kerja...Masuk dapur nasib baik adik bongsu dah masakkan nasi empet dan dah cincang ayam. Saya siapkan bahan-bahan lain...sambil-sambil mengajar adik bongsu saya cecara masak soto tu.
Tiba-tiba keluarga Mak Andak saya pula datang....erkkk mak Andak masuk dapur...saya beritahu malam nanti ada kumpulan marhaban nak datang. Jadi saya layan mengikut sepatutnya..nasib baik diorang faham, tengok kami di dapur begitu sibuk...diorang tak berlamalah di rumah saya. Kalau abah ada..tak apa..abah boleh tolong layan sementara kami semua memasak.
Semua adik-adik saya membantu, keluarkan pinggan mangkuk, bekas-bekas minuman, jug air, kemas ruang depan, angkat buah-buah, dan macam-macam lagi. Kalau saya buat sorang mahu pengsan saya ehehhe....saya bersihkan ayam, masak soto seperiuk besar sambil dibantu oleh adik bongsu saya, hiris timun, celur tauge dan sebagainya. Nasib baik sayur tauge tu adik saya Ain dan bersihkan ekornya. Lama dia membersihkan dari tengah hari sampai petang.
Lepas maghrib adik saya Akbar sampai dari rumah mertua dia. Saya minta tolong dia belikan bawang goreng tadi...yang sedia ada tak cukup kata adik bongsu saya. Sempatlah makan malam sekejap ..tengah-tengah makan... kumpulan marhaban sampai. Siap tak cukup mangkuk dengan sudu lagi..adalah dalam 30 orang.
Lepas tamat marhaban, barulah dapat berehat..adik bongsu saya angkat semua pinggan mangkuk bawa ke dapur. Saya cakap biar jer kat dapur esok baru kita basuh...terlalu letih dah....masa untuk tidur....ZZzZzzZ semua orang pengsan keletihan.
* saya ingat kan dah post cerita ni...rupanya saya tak post ehhehe siap dah lama...busy punya pasal la ni ehehhe