Kem RIMUP 2009 « selamat datang <BODY><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center> <BODY>

Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah reban beralih gelanggang, tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh











cikguizza


SELAMAT DATANG

Sabda Rasulullah s.a.w : Perkara yang mula-mula dihisab bagi seorg hamba Allah itu dihari kiamat ialah sembahyang (solat)".
Riwayat Tarmizi

Sabda Rasulullah s.a.w : “Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.” (riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Nasa’i)

Biodata :

Nama : cikguizza

Tarikh Lahir : 25 Februari 1972

Alamat : Parit Jawa, Muar, Johor.

Pekerjaan : Guru (sekolah menengah)

Opsyen : Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu


Sejarah Pendidikan :

SK Simpang (4) Pt. Jamil (1978)
SK. Parit Jawa, Muar (1979-84)
SMKA Maahad, Muar (1985-89)
Institut Maharani, Muar (1990)
SMK Tengku Mahkota, Muar (1991-92)
Univ. Pendidikan Sultan Idris (1998-2001)


Pengalaman Mengajar:

Tadika ABIM (1992-93)
Sek. Agama Arab At-Tanwiriah (men dan ren) (1993-98)
Sek. Agama, Parit Jawa(KAFA)- petang(1993-1997)
SMK Jementah, Segamat, Johor(2001)

Praktikum :
SMK Ulu Kinta, Perak (2000)
SMK Syeikh Abd. Ghani, Bidor, Perak (2001)


"Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua urusan"
Riwayat Bukhari






standards
standards
Nasyid




Game Giveaway of the Day


Go to ImageShack® to Create your own Slideshow



Personal



cikguizza@gmail.com



WAKTU SOLAT DAERAH MUAR




TINGGALKAN PESANAN


   

<< September 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30











Aliran Pemikiran Pendidik


copy url
CIKGUIZZA JURNALS


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Free Web Counter





















My blog is worth $11,855.34.
How much is your blog worth?




Page copy protected against web site content infringement by Copyscape



rss feed



Monday, September 07, 2009
Kem RIMUP 2009

Sebelum menjelangnya Ramadan, sekolah saya bergabung dengan SMK Raja Muda mengadakan Kem RIMUP...ni perkhemahan untuk perpaduan arr tapi tahun ni tak ada satu pun bangsa lain dari bangsa Melayu yang menyertainya...ermm tahlah...anak-anak murid saya yang berada di tingkatan 4 pun tak nak menyertai...agak rugi arr pada pandangan saya. Kem RIMUP tahun ni terbaik setakat ni bagi sayalah. Cuma waktu tidur malam tu hujan pulak..dah budak-budak ni dikejutkan untuk tidur di surau. Kem bermula dari hari Jumaat hingga Ahad. Saya rasa tahun depan saya nak beli khemah besar macam yang Tunku Mahkota Johor pakai tu....boleh berdiri. Tak tahulah berapa harganya. Saya pun nak turut sama tidur dalam khemah ehehhehe. Jadi tahun depan insya'Allah tak adalah gaduh-gaduh tak ada cikgu yang nak tidur di sekolah waktu program RIMUP begini.

saya tak tidur di sekolah sebab dah seharian hingga ke malam saya berada bersama-sama pelajar. Malam saya balik..sebab saya tahu saya biasanya akan 'pengsan' bila mengikuti aktiviti begini ehehheheh. Itu pun GPK HEM bising-bising kata cikgu bujang pun tak nak tidur kat sekolah...kadang-kadang saya fed up dengan sikap sesetengah orang...kenapa dalam semua hal cikgu bujang je yang kena tala buat itu buat ini....ingat cikgu-cikgu yang bujang ni tak ada tanggung jawab lain ke.... saya tengok cikgu-cikgu yang dah berkeluarga sarapan pagi anak nak ke sekolah pun tak buat...pagi-pagi dah tercongok dalam kantin. Saya buat sarapan pagi. Saya tak kata arr saya baik, atau bagus tapi tanggung jawab tetap tanggung jawab. Sekurang-kurangnya siapkan air teh o ke apa ke...aruah mak saya dulu setiap pagi mesti buat sarapan. Mak bangun awal pagi, jam 4.30 pagi ..jam 5 pagi. Masak kari ayam, asam pedas, macam-macam. Anak-anak akan tengok ibu bapa macam mana, kemudian dia menilai. Sebagaimana ibu bapa mahukan anak-anak bagus, baik, bertanggung jawab, jujur, begitulah juga dengan anak-anak mereka juga mahukan ibu bapa yang begitu.

Saya rasa tak salah kalau dalam urusan kerja kita bergilir-gilir buat kerja. Yang setakat datang siang jengah-jengah je masa aktiviti perkhemahan tu, eloklah sebelah malamnya tidur pula kat sekolah. Ni balik-balik orang bujang...balik-balik orang bujang...kadang-kadang terasa macam hamba kerahan tenaga... cikgu-cikgu bujang ni ramai yang tak kisah nak tolong menolong tapi bila dah tolong kena bebel memang arr kita orang rasa kecewa sangat...terasa macam ada orang yang tak tahu bersyukur. Nasib baik tak cakap depan saya tu...kalau cakap depan saya masa tu juga saya start enjin kereta ...bye bye arrr.....jaga sendiri ehehheheheh. Saya tak suka orang membebel...saya tak suka orang banyak cakap...bosan.

  

Budak-budak ni sedang mendengar taklimat daripada kem komandan, cikgu Fauzi (SMK Raja Muda). Cikgu Fauzi seorang yang amat bertanggung jawab, memang layak arr jadi kem komandan.

  

        Itu saya arr tu ehehhehe. Saya AJK buku program saja tapi saya ada bersama setiap hari siang dan malam bersama-sama kawan-kawan bujang saya untuk menjayakan program ni atas nama bekerjasama dan bertanggung jawab.

    

Cikgu Yusuf (SMK Seri Menanti) dan cikgu Azhar (SMK Raja Muda) sedang berbual bersama seorang pegawai polis marin yang ada bersama-sama dalam Program RIMUP kali ini untuk memantau aktiviti laut. Naik kapal tutttt tuttt tuttt dalam laut yang sedikit bergelombang dan cuaca berjerebu ..tapi seronok arr...

  

Taklimat pemakaian jaket keselamatan oleh pegawai polis marin. Penting ni.

  

Cikgu Haniza, Ustzh Fairuz, saya, En. Polis Marin, cikgu Nabiha.

 

Cikgu-cikgu kena naik bot bersama para pelajar untuk menjaga pelajar

 

 sepanjang perjalanan menaiki bot bersiar-siar di laut belakang sekolah saya ni... laut ni lebih kurang 5 kilometer di belakang sekolah saya. Cuma ni kami masuk kawasan laut tapi kat pantai kampung Seri Menanti. Tu gambar bot peronda polis marin yang mengiringi , bot nelayan yang kami naiki. Laju arr bot tu...macam dalam Drama Gerak Khas tu....

 

ni cikgu-cikgu bujang yang naik bot bersama pelajar-pelajar pulak yer. Cikgu-cikgu tu mula-mula riuh je..bila dah sampai jauh hampir tengah laut terus senyap.  ehhehehehe ada sikit-sikit pening arr diorang kata. Saya, alhamdulillah ok...saya cucu cicit orang-orang yang turun ke laut.

 

eheheheh sempat lagi berangan-angan atas bot peronda polis marin.

 

Aktiviti merentas desa sambil menjawab teka silang kata.

 

Aktiviti kerohanian..solat berjamaah dan kuliah maghrib..ni pun ada juga pelajar perempuan yang menipu tak nak solat ...dahsyat-dahsyat budak-budak zaman sekarang...sanggup lagi kata datang haid....isk isk isk....padahal tadi amil telekung ..bila kawan dia tak solat...dia boleh pula kata dia pun uzur ehheheh...kat situ juga saya sound....terkebil-kebil biji mata dia.

 

Aktiviti laut turut disertai oleh rescue 999. Langkah keselamatan..pastu berdoa dan tawakal arr pada Allah.

 

 Aktiviti bergambar sewaktu menanti ketibaan pelajar-pelajar yang merentas desa melalui kawasan ini.

  

Aktiviti luar yang terakhir iaitu melalui rintangan dalam lumpur . Ustaz Fadzli sedang memeriksa tahap kedalaman lumpur, maklumlah anak orang takut gak kalau karang tenggelam dalam lumpur ehhehehehe

  

Hah tu dia....menyeberangi laut ehehhehe...nasib air surut. Mula-mula semuanya takut ..tapi akhirnya pelajar perempuan yang masuk dalam lumpur dulu...lelaki semua takut...aduhhhh duhhh ...bila budak perempuan dah turun baru lelaki ikut...apa sudah jadi dengan anak-anak lelaki sekarang.... kalau bab ragut dia buat dulu..bab rempit dia buat dulu...bab  dadah dia juga buat dulu...bab mencuri motor, kereta dia juga buat dulu... hai lah anak lelaki....nampaknya kejantanan anak lelaki semakin luntur pada akhir zaman ehehhehehehheheh..nak kiamat dah ni.."tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia".. Wallah hu a'lam

 

ahhaha cikgu..serius nampak...kenapa tu? ada masalah ke..? penat ke? nak ambil duit ke? cikgu ada duit ke tak tu? >> sesi bercakap dengan diri sendiri...dah GPK HEM tak ambil berat tentang kami...kena bebel pulak tu kami ni....jadi ni sesi bercakap dengan diri sendiri dan ambil berat tentang diri sendiri ehehe. Tak per cikgu...relekkksss ...cikgu nak ambil h/phone ek tu...slow-slow ambil h/phone dalam kocek tu nanti duit-duit dalam kocek tu ikut terkeluar bertaburan nanti...walaupun saya tahu cikgu tak ada duit banyak...hanya ada duit-duit syiling cukup buat beli air tebu...tapi saya tahu maruah cikgu tinggi...cikgu cukup jaga maruah diri dan keturunan serta seluruh ahli keluarga cikgu...saya tahu tu. Kalau takat orang bebel-bebel ke marah-marah ke kat cikgu..cikgu relek jer..wat-wat sabar...serahkan diri mereka pada Allah....dan serahkan diri kita juga pada Allah...Hasbunallah wanikmal wakil...sabar ek cikgu...orang atas dunia ni memang semua nak tunjuk gagah...nanti dalam kubur...diorang lain cikgu...banyak-banyak bersabar ek cikgu...ehehheheh

Posted at 04:37 am by cikguizza

Sal
September 7, 2009   03:28 PM PDT
 
Menarik...hmmm jgn kutuk GPK HEM...tak baik...ehehehheheh
cikguizza
September 7, 2009   04:04 PM PDT
 
hahhahhaa tak kutuk...tulis je ehehhehe tu arr realitinya..i geram tau ehhehee
zaty
October 11, 2009   12:15 AM PDT
 
cgu..mkn tu lbh ckit.. hehe nnt kne tiup angin.. ntah terbang ke mane kang.. susah lak sy nk cari nnt taw hehe
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry
© cikguIzza 2000-2007