Terkejar....Kejar « selamat datang <BODY><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center> <BODY>

Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah reban beralih gelanggang, tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh











cikguizza


SELAMAT DATANG

Sabda Rasulullah s.a.w : Perkara yang mula-mula dihisab bagi seorg hamba Allah itu dihari kiamat ialah sembahyang (solat)".
Riwayat Tarmizi

Sabda Rasulullah s.a.w : “Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.” (riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Nasa’i)

Biodata :

Nama : cikguizza

Tarikh Lahir : 25 Februari 1972

Alamat : Parit Jawa, Muar, Johor.

Pekerjaan : Guru (sekolah menengah)

Opsyen : Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu


Sejarah Pendidikan :

SK Simpang (4) Pt. Jamil (1978)
SK. Parit Jawa, Muar (1979-84)
SMKA Maahad, Muar (1985-89)
Institut Maharani, Muar (1990)
SMK Tengku Mahkota, Muar (1991-92)
Univ. Pendidikan Sultan Idris (1998-2001)


Pengalaman Mengajar:

Tadika ABIM (1992-93)
Sek. Agama Arab At-Tanwiriah (men dan ren) (1993-98)
Sek. Agama, Parit Jawa(KAFA)- petang(1993-1997)
SMK Jementah, Segamat, Johor(2001)

Praktikum :
SMK Ulu Kinta, Perak (2000)
SMK Syeikh Abd. Ghani, Bidor, Perak (2001)


"Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua urusan"
Riwayat Bukhari






standards
standards
Nasyid




Game Giveaway of the Day


Go to ImageShack® to Create your own Slideshow



Personal



cikguizza@gmail.com



WAKTU SOLAT DAERAH MUAR




TINGGALKAN PESANAN


   

<< May 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31











Aliran Pemikiran Pendidik


copy url
CIKGUIZZA JURNALS


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Free Web Counter





















My blog is worth $11,855.34.
How much is your blog worth?




Page copy protected against web site content infringement by Copyscape



rss feed



Saturday, May 09, 2009
Terkejar....Kejar

Jumaat, jam 3 petang ada gotong royong membersihkan bilik guru yang sememangnya bersepah-sepah. Penuh dengan bermacam jenis barang. Pening saya tengoknya. Setiap kali saya masuk bilik guru, saya akan rasa rimas sangat. Bahang bilik tu..dah tak macam dulu. Orang yang pasang jeriji besi tu tersalah pasang menyebabkan tingkap kecil bahagian atas tak boleh nak dibuka. Kipas dulu ada dua sekarang dah tinggal satu je. Cikgu-cikgu terpaksa menggunakan kipas berdiri dan kipas yang letak atas meja...satu kipas berdiri tu..ustazah Roziyana bawa dari rumah. Satu lagi kipas kecil yang letak atas meja tu dari perpustakaan ..kipas kak Fadhilah ..pembantu perpustakaan sekolah saya...dia cuti sakit..nampaknya kena mintak halal dan guna barang dia tu. Saya pernah suruh dia bawa balik..tapi dia bagi guna. Saya nak hantar kipas tu kat rumah dia..takut nanti dia kata saya dah tak nak dia kerja bawah saya....kecil hati pula nanti. Jadi biar je kat sekolah.

Jumaat tu, saya agak lewat pergi program gotong royong..saya sampai jam 3.30 petang..saya tertidur ...malam tadi saya tidur sekejap je sebab saya kena buat kerja-kerja penting...orang bujang ni lain sikit..semua kerja kena buat seorang diri...orang dah kahwin...isteri masak, suami boleh jaga anak...suami mesin rumput..isteri boleh buat cengkodok pisang....erm  tapi tengok arr kalau dapat suami dan isteri yang jenis rajin dan bertanggung jawab ..untung arr...kalau dapat suami yang jenis..pakai tuala lepas mandi sepuk kat kerusi....bukak seluar ..sangkut kat kepala katil....jenis yang tak reti nak tolong isteri ..balik kerja duduk je baca surat khabar....time makan...perut dia lapar..sibuk tanya...dah siap? dah siap?....rugi arr kalau kahwin dengan jenis yang macam tu ahahhahaha. Isteri pulak dapat yang jenis...balik kerja tidur..balik kerja tidur..rumah macam kapal karam pun buat tak tahu jer.... pinggan tak berbasuh..baju tak bersidai..anak melalak..bergaduh..gaduh...buat tak tahu je..janji dapat tidur...abis arrr ehehhehee.

Apa yang saya dapat tengok...berbeza sangat kerja cikgu dulu-dulu zaman mak abah saya dengan kerja cikgu sekarang....mak cik saya dah berapa kali ajak saya ke surau...ada usrah jam 3 petang kat surau kampung saya....kena bawa sepiring kuih...tapi balik rumah je dah pukul 3..nak pergi tak sempat...tak solat lagi semua...mudah-mudahan Allah kuatkan semangat saya...saya nak pergi juga nanti insya'Allah...

saya tolong arr gotong royong apa yang patut. Jam 4.30 petang saya turun bawah..saya kena tengok empat orang anak murid saya buat latihan silat ...mereka ada persembahan silat kat luar..atas permintaan GPK HEM sekolah saya..semua perempuan. Latihan kali pertama...saya tak puas hati..saya suruh buat lagi latihan kali kedua....buat silat sembah, pecah dan toyer..ermm lepas tu saya suruh budak-budak ni ambil baju layang, bengkung dengan tanjak..saya pesan apa yang patut...saya kata pakai capal....diorang kata,"cikgu tak ada capal arr..cikgu belikan arr". Amboiiii...petang tu...Fahmi, Amalina dan Azreen datang...Fahmi dengan Amalina ada bersama saya ..tengok budak-budak berlatih silat...Fahmi dapat pergi SMK Pekan Baru...Fahmi cakap kat saya,"cikgu, kalau saya masuk SMK Pekan Baru nanti, saya kena masuk silat arr, dah saya tak sama-sama budak Seri Menanti". Ermm Fahmi tu ketua pasukan silat sendeng sekolah saya sebelum dia keluar kerana tamat sekolah tingkatan 5..dia arr yang dapat pergi lawan peringkat daerah. Lepas tu saya jawab ar," Ami kalau masuk pekan..ami jangan masuk silat sana...cikgu tak suka tengok ami join sana....ami kena jaga budak-budak silat sekolah kita...kalau ami masuk sana..cikgu tak nak kawan ami wakkakakkaka". Pekan Baru..silat Jawa...lain dianya cara dan gaya. Fahmi gelak-gelak je.

Lepas tamat latihan saya terus bawa Fahmi dan Amalina balik..rumah mereka kat Parit Tengah. Lepas tu saya terus ke bandar beli barang. Malam tu saya buat macam-macam kerja.. cari ..dapat...cetak...cari dapat cetak....kumpul artikel...semak buku...buat sikit kajian tentang satu perkara tapi saya tak boleh ceritakan di sini. Saya sangat sibuk...letih memikirkan kertas soalan periksa yang belum disiapkan lagi....saya kena pergi outstation minggu depan, empat hari. Terkejar-kejar saya menyiapkan semua yang perlu saya buat sebelum pergi.

Sabtu

Bangun pagi lepas buat apa yang patut...saya surf internet sekejap..ada kerja yang tak siap lagi..lepas tu masak nasi goreng dan buat air teh untuk sarapan pagi...tu pun saya sarapan pukul 10.30 pagi...basuh pinggan mangkuk, periuk kuali semua...kemas dapur..sambung buat kerja..sekali tu tertidur....bangun-bangun jam 11.30 pagi ..buat kerja lagi...tengah hari nak masak ..tak ada siapa keluar ke pasar. Ikan dah habis...ikan yang ada tu besar-besar tapi ikan yang adik gemuk pancing...saya tak makan...adik gemuk pun tak makan...tah arr simpan je dapat peti sejuk. Petang tu abang saya datang..hantar nasi minyak...rumah mak mertua dia ada kenduri kahwin... malam tadi jam 10 lebih..kakak ipar dengan saudara dia datang ambil dulang hantaran 15 dulang, dulang bunga pahar 2. Banyak betul diorang kena balas dulang hantaran.

Jam 2 petang saya sidai kain...cuci lagi ..sidai lagi...seminggu baru basuh semua baju. Lepas tu bagi ayam adik gemuk makan...adik gemuk tu tak nak bagi ayam dia makan..dia kata ayam patuk tangan dia...ermm lepas tu bagi ikan-ikan adik bungsu saya pulak makan....saya tak suka bela binatang..kalau kita tak dapat urus dengan baik nanti dosanya kita yang tanggung...lepas tu saya cabut rumput tepi rumah, mencangkul dan menanam pokok bidara. Mahal pokok tu dan susah nak dapat. Adik gemuk yang carikan...ada kegunaan pokok tu.

Lepas tu saya menguruskan pokok-pokok lada adik gemuk...gemburkan tanahnya..tanam lagi anak-anak pokok yang baru. Maghrib saya dah masuk rumah...kemas beg pakaian yang akan saya bawa outstation nanti ...adik gemuk balik..dia tanya,"angah nak pergi mana?". "Angah kemas beg yang nak bawak gi JB tu..". "Angah ni asik tinggalkan Ajiz je", "Errkk angah yang selalu tinggalkan bang cik ke, bang cik yang selalu tinggalkan angah?". Adik gemuk sengih-sengih je.

Oklah sampai sini dulu, jam dah pukul 11.47 malam....pagi-pagi esok jam 6 lebih saya kena bertolak ke Melaka...insya'Allah.. Insya'Allah saya cerita lagi lepas saya balik outstation..ada banyak hal yang perlu saya lakukan sebelum saya kerja luar.

# saya tengah menulis sambil menonton drama...dalam drama tu ada kematian...pelakon tu baca surah yassin banyak salah...ermm kita ambil pengajaran untuk diri kita sendiri yer...Dunia itu hanya sementara ..akhirat jua yang kekal abadi..tiada siapa yang akan membantu kita di alam akhirat nanti ..melainkan amalan kita sendiri..ukurlah amalan masing-masing...kita sudah bersedia ke menghadapi soalan malaikat di hadapan Allah s.w.t. nanti..sama-samalah kita beringat...saya mengingatkan diri saya sendiri..dan saya berkongsi dengan semua pembaca..

Lupa nak cakap...saya kan rasa gelihati tengok apa yang terjadi kat Perak...adoii lah hai...rasanya tak payah keluar cerita ni kat berita pun tak apa...sebab semua orang tahu ceritanya....siapa jahat dan siapa yang baik...kita serah je pada Allah...pertolongan Allah akan datang juga pada mereka yang berada di jalan yang benar...insya'Allah.

wassalam

 

Posted at 10:43 pm by cikguizza

sal
July 9, 2009   10:33 PM PDT
 
lamanya cikgu x update blog....
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry
© cikguIzza 2000-2012